Tuesday, March 29, 2011

loser of the day

story written by shaqjaja at 10:12 PM
assalamualaikum

hari-hari aku update. so what?? blog aku. suka hati aku la nak update hari-hari ke, bulan-bulan ke, tahun-tahun ke kan. 

tadi aku ada approve sorang mamat ni kt fb. aku tengok status dia ni aku rasa dia agak kerek. (2 x 5 je ngn aku) tapi aku rasa dia lagi over kot. sampai nak bising-bising orang cakap 'thankz' kt wall dia bila mamat tu approve someone.

wei brader ! nasib baik la orang tu cakap thankz. kalau dia maki hamun ko kat wall ko camne? adoy... aneh la ko.. macam ni punya orang pun ada ke ha? 

aku usha-usha la wall dia tadi. dia ada blog. intai jap blog dia. baru ada 1 entry. entry dia berbunyi :

mane boleh post woi ! giler ke nak post ! kena banned kang sapa nak tanggung ? giler !

aku citer sikit-sikit je la erk. 

dia kata dia dah tak percaya kat kaum hawa. then dia salahkan kaum hawa sebab asyik cakap kaum mereka je yang main kayu tiga padahal kaum hawa pun sama. pastu dia dah macam give up je kt kaum hawa ni.  

hahahaha aku rasa macam nak pijak-pijak je muka kaum adam sorang ni la. boleh tak ? ada lagi tu dia cakap. tapi tak kan tu pun nak citer gak kan. paham-paham je la post orang putus cinta ni.

orang kalau nak main kayu tiga ke kayu lapan ke kayu sepuluh ke dah tak kira lelaki ke perempuan ke bapok ke pengkid ke. semua boleh kalau nak. biasa la tu. tak cukup sorang. (nafsu apa tah makhluk tuhan ni. =.=' )

baru patah hati dengan sorang perempuan dah rasa down to the earth. haha (lagu JB woi) 
rilek la bro.. bunga bukan sekuntum. banyak lagi bunga. (jawapan yang biasa lelaki bagi kalau aku cakap bunga bukan sekuntum --> 'tapi bunga' dia lain)

hmm.. bunga apakah agaknya kaum adam ni cari kan. nak yang perfect je. apa kata kita cuba jadi perfect instead of cari yang perfect. ye la kan.cuba korang fikir, kalau semua orang nak cari yang perfect tapi tak nak jadi perfect. macam mana yang tak perfect tu nak jumpa yang perfect ? sedangkan yang perfect tu sendiri nak cari yang perfect. (pening dah aku ni) 

tak payah nak kutuk kaum hawa sangat la encik 'adam' oi. esok-esok kau kahwin dengan hawa jugak. lain la kalau kau nak jadi gay. baru putus dengan sorang perempuan dah nak sentap. sabar~ maybe ada yang lebih baik untuk kau. everything happens for a reason. :) ni baru sikit ujian untuk kau. tu nasib baik Allah Taala tunjuk time korang tengah couple. kalau korang dah kahwin, dah ada anak, ha ! tak ke naiya tu weyh !!!

malas nak citer panjang-panjang. buat sakit hati je kan. (padahal dah berjela aku mengarut macam buku chemist MR. Brown asasi puncak alam chapter hybridization) macam ni la senang cerita. kalau korang tak nak pasangan korang tu pandang orang lain, korang dulu perlu tengok/cermin diri korang. perbaiki kelemahan diri. hias peribadi sendiri. betul tak ? kalau kita nak lelaki/perempuan yang baik untuk kita, kita dulu perlu jadi baik. kan Allah S.W.T dah janji, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. dan begitulah sebaliknya. (aku ni pandai cakap je) 

kepada siapa-siapa yang baru putus cinta tu kan, nak-nak first love. (sentap doe !) be strong ok. cari je yang lain. tak payah nak terhegeh-hegeh kat orang yang dah tak nak kat kita. dan tak payah bazir air mata untuk orang macam ni ok. chill ! ramai lagi orang lain tengah tunggu korang kat luar sana tu. 

ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain di bukakan, tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang di bukakan bagi kita. 

ni kata-kata semangat dari kawan aku. :) 

* di samping kesusahan ada kesenangan. di samping kesempitan ada kelapangan. sesudah bala menggoda, di belakangnya pasti ada nikmat berlipat ganda. ingat ! Allah akan mengganti kesusahan dengan kesenangan. tak hari ni, esok. percayalah. Allah tu Maha Adil. 

thankz for reading this entry. :)

0 awesome people:

Post a Comment

 

SHAQJAJA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review