Saturday, April 30, 2011

blogger

story written by Shaqjaja at 3:28 AM 0 awesome people
assalamualaikum

tadi first time aku tengok orang kena rasuk dia jadi nenek kebayan. ni cerita betul. bukan main-main macam dulu kat sekolah. kalau kat sekolah tu kau ludah je ramai-ramai. kejap lagi ok lah tu.

hari ni aku merayau-rayau ke blog orang. :) aku kan rajin. 

blog pertama. si pengkid. ouh... aku benci pengkid. kenapa harus ada perasaan pada yang sejenis? apa yang dia boleh bagi kat kau? dia ada apa yang kau ada. geli-geli je berkasih sayang sesama jenis. kalau sayang macam kawan perempuan je tak pe. ni dah lain. dah main kiss mulut. pastu tayang kat fb. sweet la tu?? tapi takpe. blog dia kan. dunia dia.

blog kedua. yang suka bagi maklumat kat orang. aku suka blog macam ni. banyak informasi. tak payah baca paper der. tak payah tengok tv. baca blog je. tapi tumblr lagi pantas la.... 

blog ketiga. ni blog kasih sayang. sayang boyfriend je setakat ni yang pernah aku jumpa. bukan pernah la. macam menipu gila je kan. 'selalu' la sedap sikit. haha best je tengok orang bahagia. macam aku tak bahagia la pulak. XD

yang lain-lain tu malas la nak citer. sama je macam aku. suka membebel. mengarut-ngarut. XD
tapi takpe. dunia aku kan. suka hati aku. aku post apa yang aku rasa. as long as korang tak terasa. kalau terasa maknanya kena atas batang hidung la tu kan. haha joking. kalau terasa cakap la ye. kita berunding. settle cara baik. jangan post kat blog marah-marah. perli-perli. sentap-sentap. nanti masalah tak settle. kan dah masuk neraka. memang la aku sorang je yang pernah buat dosa kan. kau je yang perfect. haha joking!

setiap orang memang pernah buat dosa. kalau nak tegur pun kan kena la beragak. kalau dah sampai kau cakap 'macam la aku tak pernah buat dosa'... alahai..... nampak sangat akal secetek tuan...

dah la. nak tidur. 

*****************************************

hari ni aku kena tipu. siot je. tapi takpe. kau ingat aku nak senyap?
haha tunggu la ye...
btw, terima kasih sebab balik. :)



thankz for reading this entry. :)

Thursday, April 28, 2011

kau terbaik!

story written by Shaqjaja at 7:17 PM 2 awesome people
assalamualaikum

update blog sambil tutup mata sebab mengantuk.
malam tadi aku tidur pukul 7 a.m.
malam ke tu? =.='
nak gelak pun dah tak larat ni. T____T

semalam adik kau tersangkut dalam lif from 11 p.m sampai 12 something. 1 jam lebih kot. 
tapi aku buat rilek je sebab bukan aku yang kena kan. XD

lepas adik aku stuck dalam lif tu ayah aku pergi panggil pengerusi. time pergi panggil pengerusi tu dia buat derk je. ada ke patut? baik kau bagi adik aku yang sekolah tadika tu je jadi pengerusi. 

ayah aku nak call bomba tapi ada orang tak kasi. aku tak tahu sape yang tak kasi tu.
dia tak kasi panggil bomba sebab nanti bomba kopak lif tu, rosak la kan. 
tapi melampau la kalau dah 1 jam lebih stuck pun dia kata jangan panggil bomba.
kalau mampos anak orang tu macam mana? kalau betul la banyak duit, boleh ke nak bayar nyawa orang woi!
hutang nyawa di bayar nyawa la wei! *emo plak aku
kalau saman orang tu memang kaya la aku. hidup kaya dengan hasil saman. haha
aku suka! 

aku tak tahu la sape yang salah.
pengerusi ke? sebab dia macam tak nak amik tau je. busy kalah menteri nampak!!
orang yang tak kasi panggil bomba tu ke? sebab dia tak nak lif tu kena kopak.
adik aku ke? sebab malam-malam pun merayau lagi.
aku ke? sebab suruh dia balik sorang-sorang? 
hahahahahhahahhahaha

we learn form mistake kan. tapi adik aku bukan jenis learn form mistake.
bagi dia ni satu pengalaman yang mengajar dia untuk jadi berani. 
haha cayalah adik aku!!!
tengok la sape kakak dia kan.................... :P


thankz for reading this entry. :)

Wednesday, April 27, 2011

ijue ngeng, aku rindu kau.

story written by Shaqjaja at 10:31 PM 4 awesome people
assalamualaikum :)

hari yang 'mentensionkan'. pedulikan ayat aku. 

"kalau nak jaga hati orang je memanjang pun susah jugak kan. macam kita ni takde hati pulak. 
kalau nak fikir apa orang cakap pun susah jugak. macam dia je yang ada mulut. 
so, sabar je. tapi jangan sampai aku cakap macam orang takde agama, mencarut macam berzikir"

tadi tu takde kaitan dengan ijue. haha rilek ijue.
tadi ijue call. lama giler tak contact dia. buka tak nak text/call. 
tapi takut dia busy kan. malas la nak kacau. :P

macam aku tak pernah kacau kau time kau busy kan ijue. :P
haha malu saya. 

aku rindu kau ijue. 
rindu nak lanyak katil kau.
rindu teh kau.
rindu nak memekak dengan kau.
rindu nak gelak dengan kau.
rindu nak pergi kelas dengan kau.
rindu nak study dengan kau.
rindu nak makan dengan kau.
rindu nak bahan-bahan dengan kau.
aku rindu semua benda yang kita pernah buat dulu.

first impression, macam biasa. semua orang aku pandang sombong. haha
tapi seryes. before aku kenal dia, muka dia seryes tak senyum. memang la tak senyum kalau setiap kali aku tengok time dia tengah buat kerja kan. tak kan nak tersengih-sengih?
cakap dengan aku sape boleh buat soalan fizik/math/chemist sambil terseyum?

hari yang lulu keluar dari puncak alam, baru la ijue tegur aku. mesti dia kesian tengok aku jalan sorang-sorang kan. T_______T loser gila aku.

tapi time tu aku memang dah niat malas nak cari kawan lagi dah. cukup la aku main time lulu dengan jie ada dulu. serik dah setiap kali test je fail. =.=' bodohnye aku........

tapi bila aku kenal ijue je lagi parah dari aku kenal lulu dulu. lagi teruk aku main. =.=' 
tapi kalau study memang aku struggle macam nak mampos! 
result sama je macam dulu. siot betul.
tu sebab aku memang loser. T_T

btw, aku rindu puncak alam. rindu ijue, atie, mek cah, teha, ad, nina, asya, chique.


thankz for reading this entry. :)

Monday, April 25, 2011

my sister's keeper

story written by Shaqjaja at 11:27 AM 4 awesome people
assalamualaikum

semalam aku tengok movie my sister's keeper. movie ni dah lama keluar (2009) and dah lama bersarang dalam lappy. movie ni seriously sedih giler. lebih kurang macam 1 liter of tears. 


sofia vassilieva (sedap gila nama kau) jadi Kate (main character). Kate ada leukemia and takde donor untuk donate semua yang dia perlukan. so mak dia 'create' new baby untuk tolong Kate. =.=' 

nanti tengok la sendiri citer ni. :)


dulu sofea vassilieva berlakon citer eloise at the plaza. =.='
macam tak percaya. haha
citer eloise ni ada lagi sekarang kat tv. time nak Christmas je la.


watak sofea dalam movie tu.

cantik gila minah ni. bagi aku la. sanggup dia cukur kepala kan.  XD
thankz for reading this entry. :)

Saturday, April 23, 2011

kawan?

story written by Shaqjaja at 3:15 PM 4 awesome people
assalamualaikum

entry ni seriously boleh bawa bergaduh. tapi aku just nak luahkan apa yang aku rasa. dulu dah post. tapi delete balik sebab aku rasa orang boleh saman aku dengan entry tu. *sedar pun. XD

kau mesti pernah sakit hati dengan kawan baik kau sendiri kan. 
dalam berkawan, sakit hati tu benda biasa. sedangkan lidah lagi tergigit. ini kan pulak kawan. kalau tak bergaduh tak bestla. aku tak boleh nak tau kat mana kelemahan kau. contohnya, kau tak suka aku lanyak katil kau. kau cakap je. jangan simpan. kalau kau cakap kat aku, aku dah tau yang kau tak suka, so lepas ni aku tak buat. kan senang tu. benda kecik je tu sayang. 

kita hidup belajar dari kesilapan. kalau kawan kita buat salah, maafkan dia. bagi peluang untuk dia perbaiki kesilapan dia. no body perfect. 
jangan nak harapkan yang sempurna dari orang lain kalau kau sendiri belum cukup sempurna untuk orang lain

so kalau aku salah, sila bagi tau. kita settle elok-elok. setiap masalah ada penyelesaiannya. 
tak payah nak bising kecoh satu dunia. 
kalau kau salah aku dah maafkan before aku tidur. aku senang nak maafkan orang sebab aku sendiri pun banyak salah.
sedangkan nabi ampunkan umat. 

lagi satu, kalau kau rasa aku layan kau macam lahanat, tengok diri kau sebab aku layan kau macam mana kau  layan aku. kalau kau nak aku layan kau baik-baik, sila buat baik. kalau taknak, jangan marah kalau aku maki kau kat blog aku. tapi aku bukan jenis nak marah kawan then simpan lama-lama. semalam gaduh, hari ni dah boleh  makan sepinggan. 

tak perlu nak citer keburukan kawan sendiri lebih-lebih lagi someone yang pernah kita sayang, someone yang pernah hidup susah senang dengan kita, someone yang jatuh bangun sama-sama dengan kita. 

jangan benci keburukan kawan sendiri. bagi aku tu satu keunikan yang tak ada kat orang lain. aku cari keistimewaan kawan aku dalam kekurangan yang dia ada. aku tutup segala kelemahan dia dengan kelebihan  dia miliki.

sekali kita berkawan, selamanya kita tetap kawan. :)

thankz for reading this entry. :)

Monday, April 18, 2011

impian tak tercapai dek akal kau dan aku

story written by Shaqjaja at 8:01 PM 3 awesome people
assalamualaikum

haha saya lagi. 
rasa macam nak ber 'i-u' la.
boleh kan? tak kisah kan? tak muntah kan?

ok proceed. 
i nak share dengan u olls about my impian. 
i tak tahu la kenapa sejak 2 3 menjak ni kan. semua nak story pasal impian la, dream guy la, dream house la, macam dream la. memang tak tercapai dek akal u olls la. nonsense je semua tu.
nama pun DREAM kan. dalam mimpi je la. 
tapi tak mustahil. kalau ada kemahuan mesti ada jalan. :)


1. I NAK KAHWIN AWAL


ni adalah angan-angan anak dara tak sedar diri ok.
 tapi tak pe. my dream kan. u olls senyap je ok. dengar lagi  i nak cakap ni. 
kahwin awal kan bagus. tak payah buat dosa lama-lama. haha kantoi sudah..
jangan fikir yang bukan-bukan. menipu la. sape yang keluar dating balik tak bawa dosa?
i sekeh-sekeh kepale u olls nanti. 

kahwin tu kalau boleh before 26. 26 tu dah tua tau tak. 
nanti i hantar anak pergi sekolah jiran ingat i hantar cucu. T_T

pastu kalau boleh majlis tu biasa-biasa je macam janda anak satu. 
no. i mean tak payah la nak buat besar-besaran kat hotel. jemput menteri besar.
i nak yang biasa-biasa je. hantaran pun biasa-biasa je. mas kahwin pun biasa-biasa je.
senang citer semua biasa-biasa je.
lepas kahwin baru i sapu semua duit dia. haha
duit dia duit i. duit i duit i.


2. I NAK PERGI BUAT UMRAH @ HAJI DENGAN FAMILY

ni impian semua orang kan. 
kalau tak dapat pergi dengan family pun i nak hantar parents i je pergi. :)
insyaallah kalau ada rezeki.


3. NAK RUMAH REKAAN SENDIRI.

kalau i buat pelan memang tak jadi rumah la. jadi reban. 
maksud i, i nak discuss dengan arkitek tu la macam mana yang i nak. 10 bilik ke. 20 bilik ke. 
rumah i kan. rumah besar-besar ni kena la penghuninya banyak kan. 
bukan anak i la yang banyak tu. family i. family hubby i. :)
macam takde privacy kan?
tak pe. rumah besar. silap-silap dah mati seminggu tak jumpa-jumpa.
melampau!


4. STAY OVERSEA

I nak duduk oversea. buat rumah kat sana. 
tinggal dengan family i kat sana.
best kan. negara orang yang ada 4 seasons. 
tapi papepun i heart malaysia!


5. NAK ANAK-ANAK YANG....

continue..
i nak anak-anak yang soleh and solehah pakej dengan pandai sekali la. sejuk mata memandang.
kalau perempuan i nak dia pandai masak. lemah lembut. taat perintah.
kalau lelaki i nak yang berani bukan gengster. T_T gentle.
hensem tak hensem, cantik tak cantik tu lain cerita. 
nak demand anak macam-macam. i sendiri tah pape perangai. XD
takpe. doa parents kan. makbul tau!


6.  HUSBAND YANG..
bukan yang sempurna.  
penyayang. sebab i pun sama. aww!! perasan. =.='
funny. coz i suka gelak. 
sabar. sebab i cepat melenting & moody.
baik. actually i suka yang nakal. :) tapi hubby kena la yang baik.
tough. sedap i nak peluk dia nanti. XD
tak kaya tak pe. harta boleh cari, tak bawak mati.
tak hensem takpe. i tak pandang rupa. dah tua hodoh jugak.
yang terima i bukan sebab apa yang di luar. take me for who i am.
beriman. solat tak tinggal. kalau diri sendiri tak boleh nak pimpim macam mana nak pimpin orang lain kan. 
peramah. boleh masuk dengan kawan-kawan i.
rajin. rajin kerja. rajin kemas rumah walaupun tu kerja i. coz i pun kerja jugak kan.
romantik? i tak minat. bukan la tak suka. tapi ada masa-masa nya. :P
i found u!!!! haha


7. HIDUP SENANG.

bukan kaya berharta bertimbun sampai 7 keturunan tak habis nak makan. 
i bukan nak tongkat dunia. 
cuma nak hidup senang. tak payah nak fikir soal duit. i hate talking about money. bukan tak suka duit.
just tak nak runsing sebab takde duit. 


8. AWESOME JOB

ni tujuan i belajar macam nak mati sekarang ni. T__T
niat dah salah dah nie.
 ni kira 2 dalam 1 la kan. menuntut ilmu sebab di tuntut dalam islam. 
i pun nak menaikkan nama islam la ni.

i tak tau la i nak jadi apa nanti. engineer apa? perempuan jadi engineer. patutla keras je. haha
tak kisahla. janji gaji i masyuk. every month boleh pergi honeymoon. wakaka


9. FAMILY YANG SIHAT

i tak nak hubby i, anak-anak i ada penyakit. kita merancang tuhan menentukan. 
if ada pun, mesti ada penawar kan. :)
hope i sabar untuk ujian macam ni. 


10. I WANT TO BE PERFECT FOR MY HUSBAND

bukan perfect di mata semua. haha
i tak tau hubby i nak isteri macam mana.

tapi i rasa mesti dia nak isteri yang mithali. ni macam susah. haha insyaallah boleh. :)
always by his side no matter what. jangan time senang je. time susah tinggal kan dia. kita ni bukan selalu kat atas kan. :) 

*****************************

as i said earlier. impian tak tercapai akal kau dan aku. so memang mengarut-ngarut la kan. dalam mimpi je la.
tapi tak semua tu hanya sekadar mimpi. ada je yang boleh jadi kenyataan. dreams comes true. :)

thankz for reading this entry. :)

Sunday, April 17, 2011

my life sucks!

story written by Shaqjaja at 11:19 PM 0 awesome people
assalamualaikum

aku benci asasi. kenapa habis awal sangat!!! tau tak aku bosan duduk rumah. 
nak kerja?? haha aku malas. bukan malas nak kerja. cuma malas nak cari. :P
kalaulah ada kerja yang datang bergolek. XD

hari ni kerja aku....
ada jugak kerja tu '
kerja aku cuma tidur dan makan. semalam aku tidur pukul 3 pagi. sebab badmood dengan mr.e. 
perlu ke bagitau? tapi dah bagitau pun.
macam biasa. blog aku........ sambung ayat ni..

sebab badmood aku rasa baik tak payah cakap. nanti aku sendiri yang kena gelak. XD
biasa la. orang perempuan kan. every month mood kau mesti macam f#ck. 
tapi aku ni. bukan every month. every day. XD

benda kecik pun nak besar-besar kan. 
sebab tak boleh nak connect broadband aku maki-maki broadband ni. T__T
' kesian. aku yang salah kau yang kena. '
hari ni aku bangun pukul 11. bangun je terus breakfast. :) alhamdulillah. kenyang.
dah kenyang apa lagi.. tidur la kan. tipu je. 
aku tengok fullhouse sampai pukul 3.30 petang. and yes. aku tak mandi sampai pukul 3.30 tu. =.='
petang aku tidur dari pukul 6 sampai 8.30. tu pun rasa macam tak nak bangun je.

omg!!! my life sucks!! 
sampai bila nak hidup macam ni. T___T 
anyone with any idea???? please.............

aku rasa macam nak kahwin je. wakaka 
masak pun kau tak reti ada hati nak kahwin. bukan apa. 
hidup dah macam isteri mithali. baik aku kahwin je. abdikan diri untuk suami aku. 
ok. berangan jap. XD 
'mithali kepala hotak kau! bangun pun lambat! memasak pun tah kemana. '
haha sayang, u tak kisah kan i tak pandai masak... :P nanti kita masak la sama-sama.
u masak i rasa. u jaga anak i pergi kerja. u jadi permaisuri i jadi raja. XD
makin jauh dah aku menyimpang ni.
macam ni lah hidup penganggur tetap wangsa sari.
ok. stop. nak pergi tengok tv.
bye. take care. haha 

*****************************

untuk sape-sape yang nak final exam esok lusa tulat dan bila-bila je la..
good luck guys. tak payah nervous ok. jangan takut macam mana pointer korang nanti.
as long as korang dah berusaha, tak payah risau. everything gonna be ok. 
kita merancang Allah yang tentukan. 
usaha doa tawakal. 

especially to my boo, lepakss... haha
FIGHTING SAYANG!!
頑張って!!!


*org lain yang nak exam, aku pulak yang nervous tak memasal.

thankz for reading this ridiculous entry. :) 

Saturday, April 16, 2011

saya benci orientasi !

story written by Shaqjaja at 10:04 PM 1 awesome people
assalamualaikum

sorry menyemak kat dashboard. ^^,
ni last. insyaallah. 
tipu je. :P

hari ni nak membebel pasal orientasi.
kenangan sampai mati tak kan lupa.

mula-mula aku masuk smtg aku outsider sebab sentul dengan gombak dekat je.
aku buat rayuan. nasib baik dapat. aku dah tak sanggup pergi lepas subuh. balik rumah pukul 4. TIRING. 

para senior tunggu second intake masuk baru nak buat orientasi puaka tu. TERIMA KASIH KAKAK SENIOR. WE LOVE U. =__='

mula-mula beliau bagi kertas A4 (sendiri punya actually)
ni kejam punya. dah melibatkan maruah ni. aish!
kat kertas A4 yang cantik tu (decorate sendiri) kena tulis nom ic @ nama dorm. iloike!!!
pastu gantung kat leher. T_____T
aku memang suka tayang benda-benda macam ni. =.='
pergi dewan makan,surau,sekolah (untuk activity petang2), prep senang citer pergi mana-mana memang kena pakai la. 
that's suck!!

pastu  para junior yang innocent ni kena amik sign para senior. 
aku rasa semua sekolah ada orientasi macam ni. ni paling best bagi senior. kan kan kan?
time nak amik sign tu senior memang demand baik punya. tapi aku rasa dorang bertimbang rasa lagi la. tak mintak benda aneh-aneh macam suruh basuh baju ke. bagi surat cinta kat admire dorang ke. fuuhhh!!! selamat aku. 
paling-paling pun kena nyanyi lagu sifir siput tu. pergh!!! boleh teleng kepala kau. 
ada dalam 60 lebih senior. 
amik kau! kalau semua mintak sifir siput tu.... hmm.. lu pikir la sendiri. 

tapi ada jugak 2 3 orang junior yang degil @ buat kepala sendiri tak amik sign dorang. amik sign senior dorm dorang je. aku la orangnye. wakaka
tapi tak kantoi. :P yang lain kantoi. 

aku bukan tak nak mintak sign. tapi malas la. banyak lagi kerja aku nak buat dari layan kerenah dorang yang tah pape. demand macam-macam.
memang la mengeratkan silaturrahim. tapi actually aku pun tak tahu niat sebenar dorang. XD
orientasi tu tak habis sampai situ je. ada lagi. tak ingat sangat la. 

ragging tu harus kan?
yang innocent pun kena. kan bika? haha
aku tahu kau tak salah. dorang yang sakit hati. takpe bika. lumrah dunia. sakit hati tu harus. 
 benda dah lepas. kalau ingat balik dah jadi sweet memory. :)

############################

2009
aku pulak jadi senior. wee~~~ saya suka!!!
i jadi biro u!!
tu yang best sebab aku boleh conquer hostel. :P

time orientasi junior tak best.
aku rasa macam aku pulak jadi junior. siot tol!
aku suruh dorang buat kad macam ni. dorang mintak macam tu. 
"eh eh! sapa junior sapa senior ni! ini sudah lebih!"
macam-macam lagi la. aku tak pernah sound junior sebab aku pernah jadi junior and aku dah rasa apa yang dorang rasa. 
"kau nak buat apa tu kau punya pasal. tapi kalau sampai warden@cikgu kata aku tak buat kerja memang kau kena."
aku pernah sound sekali je sebab kawan-kawan aku kata aku ni berlembut sangat dengan  junior sampai dorang pijak kepala aku.

benda dorang study kat kantin waktu malam je. aku pun pernah buat gak. :P
tapi aku tak de la study dengan jantan berdua-duaan malam-malam. berpasangan.
tapi lepas aku sound tu aku minta maaf balik. 
baik kan aku. :P
aku bukan apa. aku paham. waktu tu musim mengawan. wakaka

rupanya ada sorang junior berdiri belakang aku time aku marah tu. dia boleh buat muka mintak kaki. 
masalahnya lepas dorang dah balik baru ada orang cakap kat aku. 
haaiiiisssshhhhh!!!!

mula-mula memang tak best giler duduk hostel. 
dah lama rasa best pulak. :D
orang yang duduk hostel je tau nikmat duduk hostel. :P
tapi physco bagi sape-sape yang malas belajar kalau tengok budak-budak rajin tu study. 
kenangan macam ni kat mana-mana tak kan dapat dah.
sekolah lain. u lain. poly lain. matrix lain.semua lain. 
*p/s: diari saya.

thankz for reading this entry. :)

Wednesday, April 13, 2011

zaman muda mudi

story written by Shaqjaja at 10:54 PM 0 awesome people
assalamualaikum

aku boring ni. tu update blog 2 3 kali. blog aku kan. suka hati aku ok. :)

bed time story. amik bantal busuk, botol susu, teddy bear yang encik BF korang bg tu. duduk senyap-senyap ok. 

paaaaannnnndddddaaaaaiiiiiii...............

dulu aku sekolah kat smk convent sentul. nothing special. bbbboooorrriiinnnkkkk!!! BBOOOOO!!!! tapi time sekolah kat sini la aku kenal epul. thank god! 
aku pendiam time kat convent dulu. baik gila. cakap "bodoh" pun tak pernah.*PANG
 ini kisah benar. tapi tu semua cerita lama.

lepas pmr aku keluar. masuk teknik. bukan sebab result hancur. tapi aku tak nak amik BIOLogy / account / sastera dan ada lagi satu sebab. ni rahsia. tapi aku rasa macam dah ramai yang tahu. >.<

kat smt gombak ni la aku kenal erti hidup. *PANG dulu sekolah takde lelaki. baik je aku ni. sampai kan penyelia petang cakap aku ni anak dia. masuk smtg ada lelaki. memang aku ni kena pijak je memanjang. T_T 

hari-hari menangis. salah satunye sebab aku homesick. padahal sentul dengan gombak tu boleh je nak jalan kaki. :D lagi satu sebab selalu kena buli. dorang cakap sikit aku dah sentap. noob giler. tapi lama-lama aku dah boleh masuk dengan dorang. sebab aku kena pindah duduk belakang. cikgu suruh. cikgu aku kejam. T_T 
tumbuk, lempang, ludah, maki hamun, semua dah rasa. hati ni dah jadi batu. takde perasaan. kalau mesej,
"nyte-nyte sayang. i love u.take care baby" 
mesej kalah orang bercinta. time tu memang rasa takde BF pun tak pe sebab dengan kawan sendiri pun aku bantai je love-love. aku peduli apa dia ada awek. XD *kejam.
tapi aku takde la nak duduk rapat-rapat. pegang-pegang tangan. 
kalau orang tu betul-betul luahkan perasaan kat aku pun aku rasa nak maki. sebab aku memang dah kenal sangat dengan buaya-buaya darat ni. call cakap suka sayang bukan main. kat belakang tu member-member dia tengah tunggu nak cari modal untuk bahan esok pagi. biasa la budak lelaki. aku paham. sebab aku pun buat benda yang sama. wee~~

seronok babe ada rasa macam tu. takde masalah pun. kalau ada orang tak puas hati dengan aku, aku report je dengan dorang. dorang bukan tolong settle. duduk semeja. maki sama-sama. XD best kawan dengan lelaki sebab tak payah nak fikir perasaan dorang. maki  hamun pun tak marah sebab hati kering. 

kalau cikgu takde dalam kelas, aku la setan. kalau depan cikgu memang aku setanding best student sekolah. imam sekolah pun tunduk. XD layak dapat anugerah pelakon terbaik. bukan apa. kalau time belajar, aku belajar. nak main, main jugak. belajar mana boleh tension-tension kan. lepakssss!!! baru result gempak. 
"gempak kepale hotak kau!"
gempak tu  tak la. tapi takde fail. alhamdullilah. a b c je. :P 

tapi dah naik form 5 aku dah takde nak lepak-lepak macam dulu. sebab nak spm dah. so kena la berubah kan. berubah sikit je la tapinye. pastu kawan dengan perempuan je. dulu kawan perempuan tak banyak. kawan dengan lelaki je sampai dah kena cop gedik. sebab tu aku tak suka lepak dengan perempuan. dorang suka gosip. tapi kalau dah lepak memang aku gosip je sekali. XD budak dorm je kawan perempuan aku. 
time form 5 aku dah duduk depan. maklumla dah kawan dengan perempuan je. tapi kasar tetap kasar. maki tetap maki. tak puas hati aku cakap depan-depan. takde nak cakap belakang. :D iloike!

tapi aku je la yang berubah sikit. yang lain berubah banyak. banyak giler! sampai kelas aku jadi kelas cikgu paling benci. seryes. kelas cikgu paling tak nak masuk. kelas paling banyak cikgu tacink. kelas paling banyak cikgu maki hamun. kelas wanted. 0.o berubah betul ni!

4 awam 3 & 5 awam 3

seryes wei. perangai buruk tu terbawak bawak sampai masuk universiti. memang kasar sampai sekarang. dengan epul pun aku bantai maki-maki.
 " kesian boyfren kita. T_T "
patutla aku couple dengan epul balik. perangai macam hantu sape nak ye tak? nasib baik ada jugak lelaki aku kenal before masuk teknik. kalau tak memang aku tak kawin sampai ke tua. XD

tu baru sekolah punya cerita. belum masuk part hostel lagi. 

baru junior aku dah berani bawak fon. kan aku homesick. hari-hari call mak suruh datang amik. tak nak duduk hostel. hostel puaka. T_T

lama-lama dah rasa seronok. senior junior sama-sama best, cantik, baik, hot. *bukan aku la.
 sape tak kenal G6 (dorm aku). *belagak betul.

naik form 5 aku jadi biro. UNBELIEVABLE. aku tak tahu kat mana silap aku. T_T lupa pulak. kan aku pandai berlakon. XD

biro pendidikan je la tapinye. bukan buat apa pun. aku tak boleh nak paksa orang belajar kan. boleh jadi contoh je. contoh jadahnye. XD

kesalahan tu kalah pelajar aspuri biasa la.
1. serong kelas balik tidur hostel.
2. prep ponteng. g lepak kat klas. prep suppose kat blok asrama je.
3. salah guna kuasa. wink2
4. tak pernah duty prep. :P
5. time prep tidur. 
6. turun prep pakai suka hati aku. 
7. bawak fon. 
8. guna fon slambe depan junior yg sepatutnya aku jadi contoh.
9. tak tutup kepale. *blok aku budak laki boleh nampak.
10. pakai short/sleeveless.
11. lepak surau lepas isyak.
12. pergi kantin malam-malam. 
13. pergi kat pondok guard malam-malam.
14. dating kat sekolah malam/siang. *jmpe kawan je pun.

life kat hostel memang best. dekat u dah takde macam ni. semua berlumba-lumba nak kejar pointer. kalau kau fail kau rugi sorang-sorang. time tu menyesal tak guna dah. 

haaaa...dah ada yang tertidur dah tu. bangun-bangun! habis laptop kau. air liur penuh kat keyboard tu. YEK!!

thankz for spent some time reading this entry. do come again. :)

Monday, April 11, 2011

result dah keluar

story written by Shaqjaja at 7:16 PM 2 awesome people
assalamualaikum. (crying)

hari ni result keluar. macam biasa, aku tak  pernah nervous untuk benda-benda macam ni. aku lagi nervous kalau mak aku panggil aku dengan nama penuh. seram weyh!

pointer aku.... tak tahula nak cakap macam mana. usaha tu memang la lebih sikit dari sem lepas. patut la pointer pun lebih sikit dari sem lepas. lebih 0.06. lebih la jugak tu kan. =.=' loser.

tak tahu la nak cakap macam mana. sedih pun ye. suka pun ye. tak puas hati pun ye. bersyukur pn ye. T_T 

tapi ni je yang aku mampu. bersyukur je la. kalau tak bersyukur nanti tuhan tak tarik balik rezeki Dia bagi, padan dengan muka aku. 

tapi boleh la nak bawak pointer ni nak bangga dengan orang kampung. *PANG!

dengan pointer macam ni nak apply biasiswa pun aku rasa lemah je jari jemari nak isi borang. =.=' tak layak langsung. walaupun dia nak 3.5 ke atas tapi dia tak kan pandang punya aku punye pointer ni. tak pandang tu tipu la. dah cukup syarat mungkin dia jeling je kot. 

kalau nak apply PTPTN memang sakit la nak bayar kan. orang kerja nak tanggung mak bapak, anak-anak, beli rumah, aku kerja nak bayar balik duit PTPTN. =.='

tapi papepun rezeki semua kat tangan tuhan. kalau Dia kata rezeki aku banyak ni, macam ni, aku terima je. Dia je yang tahu apa yang terbaik  untuk aku. ^^,

" chill la siti hajar quraisha!! this is not the end. baru asasi. tak payah nak sedih sangat la. dah kau pun banyak main dari belajar. :D "
*i need him now. :'(

thankz for reading this entry. :)

Tuesday, April 5, 2011

gambaran hari kiamat

story written by Shaqjaja at 11:52 AM 0 awesome people

assalamualaikum

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya 
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

 

SHAQJAJA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review