Saturday, April 23, 2011

kawan?

story written by Shaqjaja at 3:15 PM
assalamualaikum

entry ni seriously boleh bawa bergaduh. tapi aku just nak luahkan apa yang aku rasa. dulu dah post. tapi delete balik sebab aku rasa orang boleh saman aku dengan entry tu. *sedar pun. XD

kau mesti pernah sakit hati dengan kawan baik kau sendiri kan. 
dalam berkawan, sakit hati tu benda biasa. sedangkan lidah lagi tergigit. ini kan pulak kawan. kalau tak bergaduh tak bestla. aku tak boleh nak tau kat mana kelemahan kau. contohnya, kau tak suka aku lanyak katil kau. kau cakap je. jangan simpan. kalau kau cakap kat aku, aku dah tau yang kau tak suka, so lepas ni aku tak buat. kan senang tu. benda kecik je tu sayang. 

kita hidup belajar dari kesilapan. kalau kawan kita buat salah, maafkan dia. bagi peluang untuk dia perbaiki kesilapan dia. no body perfect. 
jangan nak harapkan yang sempurna dari orang lain kalau kau sendiri belum cukup sempurna untuk orang lain

so kalau aku salah, sila bagi tau. kita settle elok-elok. setiap masalah ada penyelesaiannya. 
tak payah nak bising kecoh satu dunia. 
kalau kau salah aku dah maafkan before aku tidur. aku senang nak maafkan orang sebab aku sendiri pun banyak salah.
sedangkan nabi ampunkan umat. 

lagi satu, kalau kau rasa aku layan kau macam lahanat, tengok diri kau sebab aku layan kau macam mana kau  layan aku. kalau kau nak aku layan kau baik-baik, sila buat baik. kalau taknak, jangan marah kalau aku maki kau kat blog aku. tapi aku bukan jenis nak marah kawan then simpan lama-lama. semalam gaduh, hari ni dah boleh  makan sepinggan. 

tak perlu nak citer keburukan kawan sendiri lebih-lebih lagi someone yang pernah kita sayang, someone yang pernah hidup susah senang dengan kita, someone yang jatuh bangun sama-sama dengan kita. 

jangan benci keburukan kawan sendiri. bagi aku tu satu keunikan yang tak ada kat orang lain. aku cari keistimewaan kawan aku dalam kekurangan yang dia ada. aku tutup segala kelemahan dia dengan kelebihan  dia miliki.

sekali kita berkawan, selamanya kita tetap kawan. :)

thankz for reading this entry. :)

4 awesome people:

fazliyana abdullah said...

kenape weh?

Syahirul said...

hi fazliyana HAHAHA

Shaqjaja said...

xde pape la. haha kte nk skype. ble?
ehsan ko xpyh nk gedik la. aku pijak ko jpg.

Unknown said...

lumrah alam kan hajar

Post a Comment

 

SHAQJAJA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review