Sunday, April 3, 2011

sekadar pengajaran

story written by shaqjaja at 1:11 AM
assalamualaikum

di ulang semula, SEKADAR PENGAJARAN. takde niat nak malukan sesiapa apatah lagi melukakan hati. :)

semalam bersamaan dengan 1 april 2011, hari jumaat, adik (panggil "kakak") aq TERSAYANG tidak menghadirkan diri ke sekolah. dengan erti lain, dia serong. minta maaf yea dik kaklong bgtau orang. ni nak bagi pengajaran kat orang lain je ni. 

macam ni cerita nya....

pada suatu petang jumaat yang mulia, adik aku telah melakukan perkara yang tak berapa nak mulia. dah pukul 4 petang tak balik sekolah lagi. kebetulan ayah aku cuti. mereka (mama & ayah) bersama-sama telah meluangkan masa LAPANG  dengan mencari anak TERCINTA. (ayah amik cuti memang untuk cari kakak pun! *sentap) 

cari punya cari, jumpa kat rumah kawan dia, si A, merangkap kawan adik aku yang satu lagi. tengok kakak aku tengah tidur. mak aku tanya A "dah lama ke dia tidur". A kata "baru je". tapi mak A dia kata "dah lama dah dia tidur". kantoi bodoh di situ ye. aku rasa aku kena ajar adik aku cara-cara nak menipu tanpa terkantoi. =.=' LOSER BETUL LA KAU NI KAKAK !

balik tu memang dia kena kaw-kaw la wei ! berbirat ! tu pun ayah aku tahan mak aku. kalau ayah aku kerja, memang lunyai adik aku kat situ. tapi, padan muka kau kakak ! aku dah lama nak tengok kau kena macam tu ! (gelak setan) 


mula-mula dia try nak kencing mak aku. tapi silap la. naluri keibuan mak aku kuat mengatakan dia ni menipu. AMIK KAU ! naluri siap. last-last dia citer benda sebenar. ha ! ni korang kena dengar !

pagi tu dia pergi sekolah dengan si A. before ni dia pergi sekolah dengan adik aku satu lagi, nisa. entah angin apa yang datang serang dia ni tiba-tiba nak pergi sekolah dengan si A. ni mesti ada something. (negative thinking) means nisa last nampak dia pagi before pergi sekolah tu la. balik patutnya sama la kan. dah hari jumaat. semua balik 12.30 (sebab tu time skola dulu aku suka hari jumaat) tapi dorang tak balik sama pulak. pelik.. pelik... tu mak dengan ayah aku pergi cari.

balik tu dia kata/kencing mak aku. dia kata dia ada latihan bola baling sebab tu pukul 8 tak masuk sekola lagi (sebab ada sorang pakcik ni nampak adik aku merayau dalam pukul 8). pastu dia tipu lagi, dia kata dia balik awal then tidur kat rumah si A ni. mak aku ugut nak tanya cikgu betul ke dia ada datang sekolah/latihan bola baling. kalau cikgu dia cakap TAKDE..... memang triple la dia kena. last-last dia mengaku dia ponteng.

adik aku kata dia memang nak pergi sekolah pun. tak de niat langsung nak ponteng. tapi si A ni menggatal nak breakfast tah mana-mana. ajak adik aku sekali. pastu tengok-tengok dah lambat. adik aku kalau dah lambat memang dia tak masuk dah. pastu si A dengan PANDAINYA pergi ajak adik aku tidur rumah dia. BODOH UNTUK KO SI A AJAK ADIK AKU SERONG SEKOLAH PASTU LEPAK AREA RUMAH NI ! bangang pun ada jugak. tu la..... orang suruh pergi sekolah, kau ponteng. kan dah terserlah KEBANGANGAN tu. =.=' lepak la jauh-jauh sikit. tu pun nak kena ajar ke.

mak aku panggil si A ni. nak sound la kononnye kan. kalau tak sound dia pikir mak aku takut/tak amik port. silap la wei ! ko jangan main-main dengan mak aku ni. anak orang tak anak orang, kalau dah salah memang dia kerjakan macam anak sendiri. T.T mak aku tanya elok-elok (ingat! anak orang tu). aku tak tahu la apa mak aku tanya. aku tak suka marah orang or tengok orang marah orang. si A ni yang mengajar adik aku ponteng. CELANUT !! hari tu dia ajak orang lain. ni dia ajak adik aku. WOI! NAK PONTENG  SORANG-SORANG DAH LA! AJAK ADIK AKU BUAT APA. NAK SHARE DOSA KE. KUBUR LAIN-LAIN. DOSA TANGGUNG SENDIRI LA. (ececeh.. pandai cakap.. dosa sendiri tak sedar. haha at least aku tak ajak/ajar orang buat dosa)


tapi at the end dia minta maaf. tapi dia punya celanut tak habis lagi rupanya. kan aku dah cakap. budak suka ponteng/menipu ni la kerja dia. pergi canang kat orang tah pape citer pasal mak aku. pastu kawan-kawan adik aku semua dah pandang serong kat adik-adik aku. PERGI MAMPOS LA JAHANAM! KORANG MEMANG DASAR TAK KENANG BUDI! DAH TOLONG TAK TAU NAK CAKAP TERIMA KASIH! ORANG MACAM KORANG NI BAIK TAK ADA PUN TAK PE. SATU SEN HARAM TAK RUGI! (TERover plak)

tapi aku nak cakap yang si A ni memang tak guna betul la. first, kalau betul dia ni KAWAN kan, dia mesti kejut adik aku pukul 12.30 tu suruh dia balik supaya tak kantoi bodo. dah la dia ni punca adik aku tak pergi sekolah. 2nd, time adik aku dah lambat masuk tu sepatutnya dia kena bertanggungjawab sikit kan. pergi masuk sekolah sama-sama ke. tak pun kalau ye la nak balik, pergi la jumpa mak aku. minta maaf. ni tak. ajak tidur rumah dia pulak. =.=' ni la contoh kawan yang tak boleh di buat kawan. *aku lambat sejam masuk kelas, dengan muka selamba katak nya masuk je buat tak tahu @ tak salah.

hmm. kesimpulannya kat sini aku nak cakap kalau nak serong tu pandai-pandai la. jangan sampai kantoi bodoh. ok tu tipu.

actually, jangan la nak serong-serong sekolah ni. kalau kecik-kecik dah pandai menipu dah besar nanti camne  la erk?? kat sekolah ni la kita nak pupuk displin dalam diri supaya nanti kat u kau jadi orang. tak jadi binatang. paham? cuba bayangkan kalau dah masuk u nanti. (orang macam ni ada ke masuk u?) macam mana la kan. tak kan nak ajak 1 hall tu ponteng kot.... tapi kat u tu biase la serong-serong ni. tapi serong pun tidur kt bilik sendiri. tak tidur bilik kawan. *sentap
serong pun kelas-kelas yang macam datang takde makna contohnya kelas computer. kau datang kau tidur. baik balik tidur je. *sendiri sentap. penat pun tak naik turun tangga. ye tak?

aku rasa sebenarnya aku menceritakan/mengkantoikan diri sendiri yang aku suka serong kelas and tidur dalam kelas. =.='

*p/s: aku ni memang suka buat orang tacink dan sakit hati. saya minta maaf kawan-kawan and encik boyfren. T.T


thankz for reading this entry. :)

0 awesome people:

Post a Comment

 

SHAQJAJA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review