Thursday, May 26, 2011

sexual harassment

story written by shaqjaja at 9:49 PM
assalamualaikum

dulu time kecik-kecik selalu main dengan budak lelaki. bukan main kahwin-kahwin tu.
aku main baling selipar, galah panjang, bola beracun, sepak tin lagi aku tak ingat. tapi paling kelakar main lompat tikus dengan sepupu sepapat yang 3 4 ketul tu. ni kalau aku ingat kan dorang balik ni memang aku kena belasah. 
T____________T *selalu kena buli walaupun aku lagi tua.

pagi-pagi dah keluar ukur jalan main. senja baru balik. penat betul kerja main macam ni kan. haha

satu hari tu kawan aku tak boleh control nafsu dia agaknya. geram tengok aku yang comel ni. ahakz
*jangan hentak lappy korang tu. sila maki kat komen je ye. haha
sebab tak boleh control nafsu dia tu lalu dia dengan berani nya di hadapan khalayak ramai memeluk aku. 
fuck that motherfucker


oleh sebab aku ni insan yang lemah tak boleh nak lawan balik, so aku pun balik ke markas nak dapatkan bantuan rumah. aku menangis je time balik tu. lepas tu mak aku tanya kenapa aku menangis macam orang mati laki je. aku cakap la ada orang rogol peluk aku. 
mak aku pun tanpa melengahkan masa terus berlari cari budak tu. 
budak lelaki tu tahu dia salah and dia pun redha je la kena marah. tapi dia bawak geng! haram betul. ingat mak aku takut la. karang mak aku pijak sekor-sekor sia-sia je hidup atas muka bumi ni.
mak aku suruh aku tumbuk dia. wth??? nasib baik aku kecik lagi time tu. darjah 2 tak silap. apa la kederat budak darjah dua kan. tumbuk pun rasa macam kena cubit je. aku senyap je la.....

dah tu aku pun balik je la rumah.

esok sambung main lagi. hahahaha
gaduh budak-budak kan. tak ke mananye. 
tapi kan malu jugak lepas tu nak main dengan dorang balik. dorang asyik tanya aku apa rasa kena peluk.
lahanat betul. meh sini aku pijak muka kau. rasa la nikmat macam mana kena peluk.

aku tak tahu kenapa dia peluk aku. =.='
ada nafsu ke tengok budak darjah dua pakai short dengan sleeveless? 
dah la time tu aku macam tiang lampu je. 

tapi tu time kecik-kecik. innocent. tak tahu pape. 
sekarang kena macam ni memang aku tampar/maki/ludah je. 
love yourself. 

kalau kau *yang peluk aku baca ni, sila minta maaf sebab kau belum minta maaf.
haha

thankz for reading this entry. :)

0 awesome people:

Post a Comment

 

SHAQJAJA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review