Friday, June 3, 2011

kemana menghilang?

story written by shaqjaja at 2:24 PM
assalamualaikum

mari kita bercerita pasal sime darby lagi ye. sima darby cari aku macam nak kutip hutang pulak.
teRIAK pulak. haha 
dia call aku pagi-pagi buta pukul 11. dengan suara bangun tidur aku angkat call dia.
rasa macam orang paling dungu dalam dunia sebab tolak rezeki. tapi tak pe. 
anggap je takde rezeki walaupun aku yang tolak rezeki. T_________T

ok. bukan nak cerita pasal tu. just nak bagi tau....
5 JUN ni birthday aku. WELLLLL. saja nak bagi tau. hahahaha

lupakan yang pasal birthday tu. 
actually baru balik dari rumah nenek. kenapa tunggu cuti sekolah baru nak pergi sedangkan aku bukan sekolah pun. haha tu lumrah. sebab dah biasa tunggu cuti baru nak keluar. haha kalah budak sekolah.

aku pergi 4 hari je. tadi pun rasa berat je nak balik. tinggalkan nenek sorang-sorang. atuk ada tapi macam tak de. kalau dah senyap je memang tak tahu la kan ada ke tak. ok! tak baik cakap macam tu kat atuk.

rumah nenek best sebab nenek gua brutal. haha
nenek dah tak macam nenek. macam kawan. gelak-gelak. bahan-bahan. 

lagipun boring kat rumah kan. baik pergi rumah nenek. ada jugak benda nak buat. walaupun aku tak buat. :P
tapi aku kena dera cabut rumput pakai tangan. 

malam-malam pulak lepak kat luar sampai pukul 12. berembun.
kat rumah aku duduk luar pukul 1 pun tak rasa macam berembun. berasap je. haha

bangun pagi dapat hirup udara segar.
kat rumah?? hidu la asap bas. =.='

dengar macam best tapi kenapa pergi 4 hari je???
actually aku rindu mak aku. T____T
plus nak online. haha


thank for reading this entry. :)

1 awesome people:

amir aizat said...

nak tgk muka nnek yg brutal tuu!!

Post a Comment

 

SHAQJAJA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review