Monday, July 4, 2011

routine yang hebat atie!

story written by shaqjaja at 3:00 AM
assalamualaikum

ni untuk kau kak tie. haha
penat aku buat ni. nak pecah kepala aku ingat balik benda-benda ni. haha


8 a.m

“kak limah!!! Bangun. Dah pukul berapa ni. Kau ni tak nak bangun ke ha? solat subuh tak pagi tadi? Ke subuh gajah lagi?  Jom la study physics hari ni. Aku tak paham la apa mak jemah tu ajar semalam. Aku tidur. Haha” 

“dah pukul berapa ni timah? Kau ni pagi-pagi buta dah menyemak kat bilik aku. Datang la tengah hari sikit. Aish!”   

“banyak la kau punya tengah hari. Semalam kata nak study math. Last-last kita stalk si girlfriend dolah bebal tu. Ha! Hari ni kau nak stalk siapa pulak?”  

“ish! Yelah-yelah. Aku pergi mandi jap. Kau buat breakfast.”  

“kau ingat aku orang gaji kau ye kak limah. Aku duku kepala kau tahu la”


Time breakfast (sambil online)

“eh kak limah, kau tengok kiah cengeng ni punya pic. Geli-geli je aku tengok dia pose macam tu. Dah macam orang tak benar. Hahahaha”

“hahaha bengong. Eh eh kau tengok ni. Dia ni la yang aku cerita semalam tu. Alar.. yang makan nasi dalam pinggan tu. Tak ingat ker? Lol”

“haha semalam aku ada download lagu best. Kau dengar ni”

“eh dah lama aku cari lagu ni. Mana kau dapat ni? Aku nak la. Masuk dalam pendrive ni”

“aku kan study youtube semalam. Pastu jumpa lagu ni.”


Lepas breakfast

“aku mengantuk la makan benda ni kak limah. Kau mengantuk tak?”

“ a ah la. Aku pun mengantuk. “

“jum la tidur. Pukul 12 tengah hari nanti kita bangun study. Hehe”


12 p.m. lagu yang dikatakan best tadi dah repeat 30 kali agaknya.

“lappy siapa la memekak ni”

“tu kau la yang buka tadi. Pastu tak tutup. Terus tidur. Sekarang lagu tu dah jadi tak best. Lol”

“dah pukul 12 la. Jap lagi joyah tu mesti call aku ajak nak pergi makan. Haha jum la pergi makan. Lepas makan kita study.”


Lepas lunch.

“rasa macam tak boleh nak study je ni. Katil kau memanggil kau tu. Haha aku nak tidur jap. Nanti kau kejut aku pukul 2 ok.”

“ha yela. Sementara kau tidur tu aku online kejap.”


2 p.m

“timah… oh timah.. bangun ler… dah pukul 2 ni. Kata nak study..”

………….................................................


6 p.m

“kau tak kejut aku ke kak limah! Ggggrrrrr!! Tak pelah. Hehe malam ni kita study. Aku bawak turun lappy. Study lec note je la. Malas bawak buku. Buku kau kan ada. Bye kak limah. Malam nanti aku turun.”


8.30 p.m

“kak limah!!!! Dah solat?  Jum la study. Dah-dah la tu online. Kau ni dari pagi tadi online.”

“hehe yelah-yelah. Kau buka la buku tu dulu. Ni kita nak study yang mana. Apa yang mak jemah tu ajar ha? Bab berapa ha?”


Lepas buat 2 soalan.

“ish! Susah betul la. Belajar 1+1, latihan 3x+y-4g/78z, exam… aku malas nak cakap.”

“haha tahu tak pe.”

“eh tadi kan aku buka fb sorang minah ni. Alar. Yang pergi class tak pakai kasut tu.”

“yang mana ha???? Owhhhhhhh.. yang tu.. mana-mana?? Nak tengok.”



Macam tu la tiap-tiap hari. Nak exam baru macam orang takde agama nak study. bila dah failed timbul la azam hangat-hangat tahi ayam nak study.

Kadang-kadang bila ingat balik rasa nak menangis. Pastu rasa nak gelak pulak. Lol


thankz for reading this entry. :)


2 awesome people:

Asha said...

jaja!!! seyesly nak gelak. hahaha.

cik qusha said...

hahaha gelak je. lol

Post a Comment

 

SHAQJAJA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review