Tuesday, September 27, 2011

9.00 am --> 11.20 am

story written by Shaqjaja at 8:36 AM 2 awesome people
assalamualaikum

kelas pukul 9 hari ni. so aku plan nak bangun awal sikit. 
hampehhh!!! roommates aku sangat mensyukuri nikmat mulut + suara yang tuhan berikan. 
lalu memekak seperti alarm clock yang degil. =,='

takpela. bangun je la awal sikit. tak rugi apa pun. 
tengah iron baju then datang seorang hamba Allah yang selalu membawa berita gembira. NGEEE~

"jajaaaaaaaaaa~~ kelas cancel"

ada tak berita yang lagi gembira dari ni? muaahaha aku sayang kau Iman. and u too Puan Elma. 
MUAHMUAHMUAHMUAH!

moral of the story : cerita ni takde moral value. 

p/s : ada class pukul 11.20 am. 

thankz people! 

Monday, September 26, 2011

ffffffffffffuuuuuuuuuuu

story written by Shaqjaja at 7:00 PM 0 awesome people
assalamualaikum

moral of the story : jangan nak semangat sangat pergi class. lecturer tak lari. kelas pun tak lari. 

aarrrrgggghhhhh!!! kenapa mesti aku!!! kenapa!!!
malas nak cerita. fikirla sendiri. benda yang selalu jadi kat student innocent cam aku. 

ok next.

sekarang ni aku selalu free. assignment tak banyak. sampai aku kena begging minta kerja kat mira. 

AND THE AWARD OF MOST HARDWORKING STUDENT GOES TO 

"an error occured while we try to upload the picture"

FFFFFFFFFUUUUUUUU

setinggi-tinggi tahniah kepada nora kerana berjaya melayakkan diri untuk persatuan SUKSIS. semoga SUKSES.
untungla dapat kolej next sem. untung la dapat elaun. untungla dapat ptptpu. 

p/s: aku benci blog interface yang baru ni. 

thankz people. :)

Sunday, September 25, 2011

sundaysundaysundaysunday

story written by Shaqjaja at 11:11 PM 0 awesome people
assalamualaikum

hari ni semua busy dengan ptptpu. aku tak apply. weeeeee~~
roomate aku 2 orang yang apply. jannah dengan bell. tapi yang lagi sorang (syaifa) dia sudi jadi peneman setia jannah. so aku sorang-sorang je la kat bilik.

SERIOUSLY!! aku yang selalu kena tinggal. aku yang selalu free. aku yang selalu bangun awal. aku yang selalu sapu bilik (baru 2 kali sepanjang 3 minggu duduk sini). 


so hari ni walaupun takde class aku still bangun awal. lepas subuh dah bangun. (actually pagi tadi aku terlepas subuh). bangun tu mula-mula semangat nak study la konon. last-last aku mentakcantikkan board aku je. cantik tak cantik. aku buat bukan untuk tatapan orang ramai. 

then bila dah siap tu aku sambung study tumblr. study blog orang. study fb. macam-macam aku study hari ni. tu yang kepala hot dah tak leh masuk apa ni.

siapa-siapa yang ada tumblr tolong la follow tumblr ni. 

AMARAN!! ANDA DINASHATI UNTUK TIDAK MEMBUKA PAGE INI JIKA ANDA MENGIDAP SAKIT JANTUNG MAHUPUN LELAH/ASMA


esok ada class building law. kenapa!!!!! kenapa mesti aku!!! 

thankz people. :) jangan lupa follow tumblr tu ok!

Saturday, September 24, 2011

sabtu yang isnin

story written by Shaqjaja at 5:28 PM 3 awesome people
assalamualaikum

ok entry ke 2. last. serious. penat tak hilang lagi. 
pagi tadi ada kawad kesatria negara. nama macam awesome je kan. memang awFUL pun. 
kawad tu aku rasa macam best je. entahla. aku start kawad dari form 1. lepas tu masuk teknik pun aku kena kawad untuk pengakap peringkat sekolah. nak pergi peringkat daerah tu memang tak la. aku masuk teknik bukan nak berkawad bagai. nak belajar je. mak aku takde pesan 

'kaklong masuk sekolah ni kena kawad tau. jangan belajar. mama memang suka tengok report kad yang berdarah' 

AKU PALING BENCI KAWAD SEBAB NANTI MUKA AKU RASA MACAM NAK MASAK.

perlu ke capslock? tapi kawad kesatria ni best sikit la. dia macam bertimbang rasa jugak la. komander pun macam ok je. tapi tak tahu la kalau belang dorang belum keluar lagi kan. kawad pun tak panas. sebab dari pukul 8 - 10 pagi tu panas dia apalah sangat kan. vitamin tu. vitamin apa aku tak tahu. aku belajar bancuh simen je kat sekolah. 

tadi lepas kawad ada praktikal untuk subject land surveying. aku lupa la nama dia. banyak makan semut. UiTM banyak sungguh semut yang suka menyorok dalam makanan aku. nak jadi perisa tambahan. boleh bayangkan tak, lepas kawad je terus lari sambil bawa beg (macam harem je) pergi menara yang jauh nak mampos tu. actually kitaorang naik bas. :) nak jalan tu mustahil. kalau mengengsot tu mungkin. 

lepas amik semua barang baik yang nak guna kitaorang patah balik ke pusat islam. oh god! kaki aku rasa nak tercabut kot. kitaorang siap jadi wakil untuk budak-budak yang tak datang amik barang. mulia sungguh hati korang (aku tak). untung la yang pergi amik barang tu (aku la tu). dapat makanan free kot! haha 

lepas habis buat praktikal tu kitaorang pergi makan kat seksyen 2. abc dia nampak macam best je. bukan main tinggi lagi. siap ada icecream. tapi rasa dia..... pergghhh! bukan abc dah ni. ni DEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ. rse abc tu hilang dah. 

dah pukul 5.28 petang. penat tadi belum hilang lagi. TT___________TT

thankz people. :)

aku sayang FSPU

story written by Shaqjaja at 4:54 PM 3 awesome people
assalamualaikum

ni actually cerita semalam. tapi hari ni baru ada masa nak story. busy kalah menteri. =,='

semalam aku takde class. memang totally free la. tapi petang tu ada program dengan FSPU (fakulti senibina perancangan dan ukur). kacau schedule betul la. baru nak bersenang-senang. 

semalam pukul 5 ada program apa tah. aku tak amik tau pun. datang je. lepas tu ikut je orang lain buat apa. tapi kalau diorang sembah berhala aku tak ikut ah. 

kitaorang main game. buat menara dari bahan terbuang. nama menara tu samp-ah sar-ap. memang terbuang habis la. menara paling tinggi yang akan menang. tapi menara kitaorang takde la tinggi mana. but still kitaorang yang menang sebab menara kitaorang yang paling stabil. 

game kedua tu kena pass belon berisi air ke belakang. group kitaorang jugak yang memang sebab 10 belon yang ada semua sampai dengan selamat. :) 

game yang ketiga ni paling BEST ah sebab aku main game ni. bukan aku nak pun. tapi ada abang senior tu dah aim aku, mira dengan lela. actually kitaorang tak buat cheers group. tu yang kena paksa main. aku bukan tak nak buat cheers group tu. cuma tak nak nampak macam retarded. 

game ni kena cari gula-gula dalam tepung. kalau kat sekolah tadika dulu (sekolah menengah tak main geme ni) kena tiup tepung pastu amik gula-gula tu guna mulut. kat universiti orang dah advanced. dalam tepung kena letak perisa. bagi sedap dan bersemangat nak cari gula-gula. bahan-bahannya ialah: 

tepung
garam secukup rasa
serbuk kopi
air untuk pekatkan tepung
gula-gula yang dah expired

dia kalau letak tepung je aku tak kisah sangat. ni dah letak air, memang tak la kan. nak cari bukan main susah lagi. kalau tiup, esok la jumpa gula-gula tu. time tu takde fikir apa dah. fikir nak memang je. memang aku benamkan je dengan muka-muka sekali. aku orang ke 5 kot. kau bayangkan berapa mulut dah terbenam dalam tepung tu. EEEEUUUUUWWWWW!!!!!! yang part gula-gula expired tu aku tipu je.

balik tu ingat nak pergi DATC join mira dengan lela makan. tapi lepas solat maghrib tu aku macam dapat petunjuk dan hidayah (ececeh). so aku tak pergi. penat siak!! game cincai pun penat. bukan sebab main game aku penat. jalan nak pergi FSPU tu berliku habis la. rasa macam duduk pendalaman je. kena naik sampan. naik bukit. turun bukit. lintas sungai yang arus deras + buaya lapar semua ada la. 

ku fikir panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. bella ada kelas. syaifa dengan jannah nak keluar. aku sorang-sorang je kat bilik. aku baru ingat nak tidur. sebab esoknya tu ada kawad. tapi tak kan nak duduk sorang-sorang pulak. mana maunya aku duduk. so aku follow jannah dengan syaifa tengok transformer 3. bayar RM1 dapat tengok movie seat 1st class. oleh sebab aku dah tengok so aku manfaat aircond + masa yang ada dengan tidur. 

pic takde, pic aku berbayar ok. 

thankz people. :)

Tuesday, September 20, 2011

no entry. (takde kaitan)

story written by Shaqjaja at 12:30 PM 3 awesome people
assalamualaikum

untungla tengah free. muahaha

free kepala hot kau la jaja! baru tadi azmiraharon call cakap ada kelas MENGEJUT. (rasa macam doktor pulak) kalau aku pergi la kelas tu memang lepas ni aku jilat la tapak kaki kau. mana tak nya. aku dah seksi meksi ni mana maunya aku tukar baju semula. kalau kelas tu setapak 2 tapak dari sini aku dah pergi dah. ni bertapak-tapak! tak tertapak dah aku nak menapak. pening dah? ok proceed. (lagipun nak bagi assignment je. pergi ke tak pergi aku tetap tak nak buat assignment tu)

actually aku bukan nak cerita pasal kelas MENGEJUT ni. aku just nak meluahkan ke'tidakpuashati'an. hari-hari nak cerita pasal tak puas hati kan? bosan eh baca benda yang sama? takpe. aku suka. 

kita ni tak sempurna. (ececeh ayat dia..) kalau nak nampak perfect kat mata semua orang tu bukan senang. kalau nak puaskan hati semua orang memang susah. aku pun kalau boleh tak nak orang sakit hati dengan aku. nak-nak kat tempat baru ni. niat aku nak belajar. time masuk sini dulu aku tak fikir pun nak cari kawan bagai. rasa macam nak hidup sorang-sorang je. senang cerita kan? tapi tu lah. aku pun tengah cari kat mana silap aku. 

sebab aku cakap dengan lelaki ke kau tak puas hati? tergugat ke? aku baru 'bercakap'. belum 'bermanja'. (muahaha gurau je saiful bakri) aku tengok kau lagi overacting. baru masuk dah kecoh. kau jangan risau. aku tak cantik @ hot macam kau. memang lelaki melayu terakhir tu pandang kau je. plus aku belum miang tahap nak minta nombor lagi la. jadi matang sikit la. kau bukan budak-budak. benda macam ni tak patut jadi modal nak bermusuh. cari modal lain la. 

ok stop sampai situ. ada tips nak bagi. tips jimat duit. ni untuk students yang rasa duduk uitm ni sangat banyak pakai duit. bukan uitm je la. semua u boleh. u sayang i pun boleh. HA HA TAK KELAKAR.

  • korang punya lunch dengan dinner tu beli sekali terus. sebab biasanya nasi putih tu sekali beli RM1 je kan? ha! korang sumbat sampai tahap takleh nak bungkus(lunch+dinner). lauk pun beli sekali je. serious jimat. RM6 untuk sehari makan tu murah la kan.
  • naik bas free a.k.a bas uitm. muahaha takpe penuh pun. janji free and korang dengan duit sampai dengan selamat. kalau u lain yang takde bas free tu jalan kaki je la. exercise.
  • kalau ada gap antara kelas dalam 1 jam - 5 jam tu tak payah balik. cari surau, baca quran. pahala dapat, duit pun selamat. pergi library pun boleh. 5 jam tu kedengaran melampau kan? haha untuk orang yang betul-betul nak jimat and yang tak apply ptptipu tak rasa macam lama pun. 
  • tak payah pakai berukband. walaupun wifi ni LAJU, korang sabar je. sabar tu kan separuh daripada iman. 
  • ni yang paling penting sekali! kat uitm ni banyak betul kiosk yang jual baju and pape je la. perempuan kalau dah masuk kiosk ni, nampak jensen ackles lalu kat sebelah pun buat dono je. kalau pergi kat kiosk macam ni, sila la bawak teman yang agak-agak tengok muka dia je korang ingat mati. kau nak beli je dia boleh physco kau sampai aku tak jadi nak beli. aku rasa bangga kalau dapat keluar dengan selamat bersama duit tersayang dari kiosk ni. 

ok tu je untuk hari ni. nak tidur. pagi tadi aku minum kopi o pekat pun still mengantuk lagi. memang takde apa yang dapat atasi mengantuk aku. bye peeps. 


thankz people!



Monday, September 19, 2011

kasihan mereka

story written by Shaqjaja at 10:26 PM 0 awesome people
assalamualaikum

sedang roommate aku enak dibuai mimpi siang hari, aku nak cerita sikit. bukan sikit la. banyak rasanya. 

cerita 1.
aku tak tahu la apa masalah senior-senior kat sini. kesian pun ada. adakah tergugat dengan kehebatan + kepandaian + kebijaksanaan + kecerdikan kitaorang? muahaha
cerita dia macam ni. tadi kitaorang cari pusat zakat. then tanya la sorang abang ni. dia kata turun tangga belakang ni then pergi bangunan sebelah. lepas tu dia tanya kita orang ni student baru ke. time dia tanya tu aku memang dah tak sedap hati. tapi kitaorang follow je la instruction dia. last-last sesat. fcuk! aku dah agak! dia memang nak kencing kitaorang. walaupun aku ni takde sixthsense tapi aku boleh tau perangai sesetengah senior sengal ni. actually ni kali ke 2 kot kitaorang kena kencing. cam harem je kan.
mampos ko la! tipu kitaorang student baru dengan niat suci nak belajar ni. aku takde kuasa la nak balas dendam. but i believe in karma. hahahaha (gelak setan)

cerita 2.
petang tadi pakcik aku datang hantar barang. then aku keluar pergi seksyen 2 nak habiskan duit pakcik aku beli barang untuk subjek lukisan. lepas tu pergi makan. part makan ni yang best. tak nak makan kat seksyen 2 yang murah tu. nak jugak makan jauh-jauh. sampai seksyen 15. last-last aku kenyang makan angin je dalam kereta tu.
dah pusing seksyen 15 dalam 4 5 6 kali baru jumpa tempat nak makan. masalahnya bukan kat seksyen 15 tu kitaorang makan. kat klang dah. bila dah sampai tu aku rasa nak belari dengan kelajuan cahaya masuk kedai makan. order pulak memang sekejap sangat sampai. aku tak paham kenapa semua benda sekarang bergerak dengan kelajuan cahaya. muahaha
makanan sampai je aku terus mengadap tanpa menoleh + menghiraukan kucing yang mengingau kelaparan kat sebelah. part kucing tu aku tipu. makanan dia..... perghhhhh!!!!! kucing tipu yang lapar tadi pun reject. bukan tak sedap. eh memang la tak sedap. aku just nak cakap tak berbaloi la jalan jauh nak cari makan tapi rasa macam tu kan. nasib baik la bukan duit aku. kalau duit aku memang aku extend lagi la karangan 380 patah perkataan ni. muahaha
time pusing-pusing kembara jelajah shah alam ni berapa biji kilang tah aku jumpa. macam-macam kilang. padan la berhabuk je bilik aku. kilang bersepah-bersepah. padahal takde kaitan pun sebenarnya. tapi tadi aku rasa bangga jap dapat lalu depan bank negara malaysia (macam penjara pun ada). rasa macam dah amik berkat depan bank tu. mana tau lepas ni dapat duit free ke kan. (menatang apa pulak duit free tu)

anyway, thankz a lot to my dearest uncle yang selalu datang sini and cares a lot about me. u are the best! selalu-selalu la singgih sini eh. rumah bakal makcik pun dekat sini jugak kan? muahaha

p/s: penat gila hari ni! 6.30 dah bangun. balik kelas pukul 5 ptg. balik terus mandi, solat then online. baru online kejap pakcik aku call cakap dia dah sampai. 


thankz for reading this entry. :)

Sunday, September 18, 2011

dah 4 tahun aku kena...

story written by Shaqjaja at 5:51 PM 2 awesome people
assalamualaikum

17 september 2011
around 11.30 p.m
tarikh bersejarah.
dimana aku dapat tahu
yang dah 4 tahun aku kena tipu!!!!

ohmaigod! 4 tahun kena tipu hidup-hidup.
marah tu tak la kan. kalau marah pun aku boleh buat apa? macam tak logik je nak marah-marah. sepatutnya aku berterima kasih kat korang sebab dah tipu kitaorang.

to afiqah abdul manaf and saiful mubarak, thankz a lot sebab dah tipu kitaorang.
sebab korang menipu, aku dengan mamat sengal + kuat merajuk + bajet hot + buaya darat + 'tough' tu live happily ever after. 

sila la menipu lagi. lepas ni memang aku kejar kau!!

thankz for reading this entry. :)




aku rasa aku hebat!

story written by Shaqjaja at 11:29 AM 0 awesome people
assalamualaikum

minta maaf eh. tajuk entry bukan lah nak mencapub apatah lagi mencari gaduh. cuma sememangnya hakikat dunia yang aku memang hebat. muahahaha (bahasa somalia mana tah aku guna ni)

kau tak rasa hebat ke kalau bangun pukul 3.30 pagi lepas tu buat qiamullail, sambung dengan subuh, sarapan, jalan-jalan cari pasal, balik bilik pulak terus mandi, basuh baju, jemur baju, angkat mana yang dah kering. OHMAIGOD!!!! kalau mak aku baca ni menangis dia agaknya.

PENGUMUMAN : mana-mana makcik yang ada anak teruna yang cukup pakej + cukup duit boleh la hubungi saya. tol free 24 jam. terima kasih. :)

tapi aku nak cakap la kan, aku tak menyesal la pergi bengkel motivasi tu. sekarang aku tahu kenapa ada certain pelajar je yang kena pergi. SEBAB ALLAH TAALA DAH PILIH KITA ORANG UNTUK JOIN MAJLIS ILMU NI. ha! nampak tak. lepas pergi bengkel tu bahasa aku pun dah rasa macam nak kena lempang je. kalau ada lagi la bengkel yang macam ni serious aku join. sebab bengkel ni macam lepak je. takde rushing-rushing nak kejar masa dengan kelajuan cahaya.

aku nak share sikit la apa yang aku dapat kat bengkel tu. sikit je la. sebab aku pun memang dapat sikit. erm. dia bagi tips untuk tuntut ilmu. first, jauhi maksiat. ok. tu je. yang lain tak ingat. 

lagi satu, dia kata arahan untuk "menundukan pandangan" bukan untuk perempuan tapi untuk lelaki. sebab yang cantik di mata lelaki tu adalah perempuan. tapi yang cantik di mata perempuan bukan lelaki, tapi intan permata.

p/s : roomate aku sorang-sorang dalam toilet basuh baju. then aku tengok dia tersengih-sengih. aneh-aneh je. dia kata takde orang nak sembang dengan dia. tu dia berangan then sengih la sorang-sorang. alolo ciannye dia.

ok tu je. nak pergi sambung tidur. aku baru nak upload gambar. tapi gambar tak berapa nak jadi. 
T______________T

thankz for reading this entry. :)

Saturday, September 17, 2011

intan payung saya :)

story written by Shaqjaja at 12:09 AM 0 awesome people
assalamualaikum

happy birthday my dearest intan payung. 
semoga success selalu. 
belajar rajin-rajin. 
kerja hebat-hebat. 
kumpul duit banyak-banyak.
kahwin cepat-cepat.
buat wedding event yang grand-grand. 
buat baby banyak-banyak.
jangan malas-malas.
 makan banyak-banyak.
sayang kau ketat-ketat.

ilysygs. forever. to infinity and beyond. :)

Friday, September 16, 2011

JEMPUTAN VVIP KE BENGKEL MOTIVASI

story written by Shaqjaja at 11:58 PM 0 awesome people
assalamualaikum

esok ada bengkel motivasi untuk student fakulti tersayang. ni aku bertambah sayang kat UiTM ni. rasa macam nak ada bengkel motivasi hari-hari. tak yah belajar pun tak pe. mak rela nyah!

17 SEPTEMBER 2011
10.10 pg -11.00 pg           pendaftaran pelajar
11.00 pg -11.15 pg           upacara perasmian (TIDUR)
11.15 pg -12.15 tgh          ceramah motivasi 1 (TIDUR)
12.15 tgh - 12.45 tgh        forum (TIDUR)
12.45 tgh - 1.30 ptg         MAKAN TENGAHARI
1.30 ptg - 2.00 ptg           solat zohor
2.30 ptg - 4.30 ptg           ice breaking (TIDUR)
4.30 ptg - 5.00 ptg           solat asar
5.00 ptg - 6.00 ptg           MAKAN/riadah (TIDUR)
6.30 ptg - 7.20 mlm         MAKAN MALAM
7.20 mlm - 8.30 mlm        solat maghrib
8.30 mlm - 9.00 mlm        solat isyak
9.00 mlm - 10.00 mlm      ceramah motivasi 2 (TIDUR)
10.30 mlm - 11.00 mlm    MINUM MALAM

18 SEPTEMBER 2011
4.30 pg - 6.30 pg            qiamullail + solat subuh
6.30 pg - 7.00 pg            tazkirah (TIDUR)


actually before start kem motivasi ni, pukul 8 tu ada koko.
arghhhhhh!!!!!!! kenapa dunia tak adil untuk aku!!! 

memang UiTM di hatiku la kan. ni yang buat aku nak sangat masuk uitm ni. aku bukan tak suka dengar ceramah ni. cuma masa tu macam tak berapa nak kena sangat la. first week ni aku baru nak sesuaikan dengan tempat ni. nak setting masa tidur, makan, study semua. dah lama sangat kat rumah. lemau dah aku sekarang ni. 

chow chin chow. nak pergi tenangkan hati dan perasaan. sobs~

thankz for reading this entry. :)

Thursday, September 15, 2011

dunia oh dunia...

story written by Shaqjaja at 6:51 PM 3 awesome people
assalamualaikum

lagi cerita pasal UiTM. ni bukan benda yang baik la kan. haha siot je. 
aku dah plan kot nak balik weekend ni. tapi ada koko pulak sabtu ni. tapi taklimat je. habis pukul 10. so lepas pukul 10 tu ingat boleh la nak balik. TIBA-TIBA aku dapat surat untuk join kem + qiamullail. SABOR JE LA. 

macam takde minggu lain nak buat. dah tu ada certain student je yang pergi. sepatutnya 1 jabatan 20 student je. ni pahal lak 1 kelas kena join. kadang-kadang dunia tak adil untuk aku. sobs~

sakit hati pulak tengok roomate aku dapat balik. cis! 
aku bukan jelez dengan dia. aku bengang dengan pentadbiran ni. macam mana tah dia pilih student. 

NAK BALIK LA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, September 14, 2011

takde tajuk

story written by Shaqjaja at 11:02 PM 0 awesome people
assalamualaikum

sekarang belum start belajar so aku memang rajin la nak update. thankz to lecturer yang baik hati. haha

hari ni sepatutnya aku ada kelas petang sampai malam. tapi first class kan. so aku agak kelas mesti sejam je. last-last lec tak masuk. T_T
balik tu aku keluar kejap dengan pakcik aku yang rajin bersama bakal isteri.
kahkahkah bila da nak kahwin..... lama dah orang tunggu.

malam ni ada perjumpaan semua pelajar kolej anggerik. aku memang 'dah tanam niat nak pergi'. tapi roomate aku semua tak pergi. aku tak pergi la jugak. tak kan nak tunjuk baik pulak kan. :P ingat kan berani sangat la tak pergi perjumpaan tu. rupanya penakut. bila ada orang ketuk pintu semua senyap. menikus. aku yang tak takut pun jadi yang paling takut. hahaha siot betul la. 

ok nyte people. aku dah mengantuk tahap cipan ni. see ya! 

thankz for reading this entry. :)

Monday, September 12, 2011

UiTM di hati sesiapa

story written by Shaqjaja at 6:24 PM 2 awesome people
assalamualaikum

lama siak tak online. sekarang pakai wifi uitm. untungla ada wifi kat uitm. haha
nak cerita sikit pasal orientasi uitm di hati ku ni. nasib baik la dapat fasi yang baik. aku tengok kolej lain fasi semua garang nak mampos. fasi kita orang lepak je. tak de marah-marah. tapi lepak-lepak pun macam kem tentera jugak. T_T
sekali sehari aku mandi. bukan apa. nak jimat air. kahkahkah tidur je dengan badan bau macam bangkai. 

hari ni dah boleh masuk kelas. fakulti aku depan kolej. mula-mula dah bangga dah. rupanya kos aku punya kelas kat menara. kena naik bas pulak. baru plan nak pergi lambat-lambat. siot je. tadi aku rasa dah jalan 100 km cari kelas. ada kata kat sini. ada kata kat sana. masalahnya kalau 'sini' dan 'sana' tu dekat takpe. ni macam hujung dunia je. penat tak yah cakap la. ada gap kejap tu boleh pulak aku pergi kolej delima untuk daftar koko. lepas tu naik bas balik semula kat menara. SUMPAH PENAT. tadi masuk kelas lambat sikit. nasib baik lec sporting. hilang semua penat. 

hari rabu kelas sampai pukul 10.30 MALAM. TERBAIK!!!!!
kalau tak dapat skor memang aku dah jumpa menara mana nak terjun. haha

tu je. nanti aku nak membebel lagi pasal uitm ni. hohoho
 

SHAQJAJA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review