Sunday, September 18, 2011

aku rasa aku hebat!

story written by shaqjaja at 11:29 AM
assalamualaikum

minta maaf eh. tajuk entry bukan lah nak mencapub apatah lagi mencari gaduh. cuma sememangnya hakikat dunia yang aku memang hebat. muahahaha (bahasa somalia mana tah aku guna ni)

kau tak rasa hebat ke kalau bangun pukul 3.30 pagi lepas tu buat qiamullail, sambung dengan subuh, sarapan, jalan-jalan cari pasal, balik bilik pulak terus mandi, basuh baju, jemur baju, angkat mana yang dah kering. OHMAIGOD!!!! kalau mak aku baca ni menangis dia agaknya.

PENGUMUMAN : mana-mana makcik yang ada anak teruna yang cukup pakej + cukup duit boleh la hubungi saya. tol free 24 jam. terima kasih. :)

tapi aku nak cakap la kan, aku tak menyesal la pergi bengkel motivasi tu. sekarang aku tahu kenapa ada certain pelajar je yang kena pergi. SEBAB ALLAH TAALA DAH PILIH KITA ORANG UNTUK JOIN MAJLIS ILMU NI. ha! nampak tak. lepas pergi bengkel tu bahasa aku pun dah rasa macam nak kena lempang je. kalau ada lagi la bengkel yang macam ni serious aku join. sebab bengkel ni macam lepak je. takde rushing-rushing nak kejar masa dengan kelajuan cahaya.

aku nak share sikit la apa yang aku dapat kat bengkel tu. sikit je la. sebab aku pun memang dapat sikit. erm. dia bagi tips untuk tuntut ilmu. first, jauhi maksiat. ok. tu je. yang lain tak ingat. 

lagi satu, dia kata arahan untuk "menundukan pandangan" bukan untuk perempuan tapi untuk lelaki. sebab yang cantik di mata lelaki tu adalah perempuan. tapi yang cantik di mata perempuan bukan lelaki, tapi intan permata.

p/s : roomate aku sorang-sorang dalam toilet basuh baju. then aku tengok dia tersengih-sengih. aneh-aneh je. dia kata takde orang nak sembang dengan dia. tu dia berangan then sengih la sorang-sorang. alolo ciannye dia.

ok tu je. nak pergi sambung tidur. aku baru nak upload gambar. tapi gambar tak berapa nak jadi. 
T______________T

thankz for reading this entry. :)

0 awesome people:

Post a Comment

 

SHAQJAJA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review