Monday, September 19, 2011

kasihan mereka

story written by shaqjaja at 10:26 PM
assalamualaikum

sedang roommate aku enak dibuai mimpi siang hari, aku nak cerita sikit. bukan sikit la. banyak rasanya. 

cerita 1.
aku tak tahu la apa masalah senior-senior kat sini. kesian pun ada. adakah tergugat dengan kehebatan + kepandaian + kebijaksanaan + kecerdikan kitaorang? muahaha
cerita dia macam ni. tadi kitaorang cari pusat zakat. then tanya la sorang abang ni. dia kata turun tangga belakang ni then pergi bangunan sebelah. lepas tu dia tanya kita orang ni student baru ke. time dia tanya tu aku memang dah tak sedap hati. tapi kitaorang follow je la instruction dia. last-last sesat. fcuk! aku dah agak! dia memang nak kencing kitaorang. walaupun aku ni takde sixthsense tapi aku boleh tau perangai sesetengah senior sengal ni. actually ni kali ke 2 kot kitaorang kena kencing. cam harem je kan.
mampos ko la! tipu kitaorang student baru dengan niat suci nak belajar ni. aku takde kuasa la nak balas dendam. but i believe in karma. hahahaha (gelak setan)

cerita 2.
petang tadi pakcik aku datang hantar barang. then aku keluar pergi seksyen 2 nak habiskan duit pakcik aku beli barang untuk subjek lukisan. lepas tu pergi makan. part makan ni yang best. tak nak makan kat seksyen 2 yang murah tu. nak jugak makan jauh-jauh. sampai seksyen 15. last-last aku kenyang makan angin je dalam kereta tu.
dah pusing seksyen 15 dalam 4 5 6 kali baru jumpa tempat nak makan. masalahnya bukan kat seksyen 15 tu kitaorang makan. kat klang dah. bila dah sampai tu aku rasa nak belari dengan kelajuan cahaya masuk kedai makan. order pulak memang sekejap sangat sampai. aku tak paham kenapa semua benda sekarang bergerak dengan kelajuan cahaya. muahaha
makanan sampai je aku terus mengadap tanpa menoleh + menghiraukan kucing yang mengingau kelaparan kat sebelah. part kucing tu aku tipu. makanan dia..... perghhhhh!!!!! kucing tipu yang lapar tadi pun reject. bukan tak sedap. eh memang la tak sedap. aku just nak cakap tak berbaloi la jalan jauh nak cari makan tapi rasa macam tu kan. nasib baik la bukan duit aku. kalau duit aku memang aku extend lagi la karangan 380 patah perkataan ni. muahaha
time pusing-pusing kembara jelajah shah alam ni berapa biji kilang tah aku jumpa. macam-macam kilang. padan la berhabuk je bilik aku. kilang bersepah-bersepah. padahal takde kaitan pun sebenarnya. tapi tadi aku rasa bangga jap dapat lalu depan bank negara malaysia (macam penjara pun ada). rasa macam dah amik berkat depan bank tu. mana tau lepas ni dapat duit free ke kan. (menatang apa pulak duit free tu)

anyway, thankz a lot to my dearest uncle yang selalu datang sini and cares a lot about me. u are the best! selalu-selalu la singgih sini eh. rumah bakal makcik pun dekat sini jugak kan? muahaha

p/s: penat gila hari ni! 6.30 dah bangun. balik kelas pukul 5 ptg. balik terus mandi, solat then online. baru online kejap pakcik aku call cakap dia dah sampai. 


thankz for reading this entry. :)

0 awesome people:

Post a Comment

 

SHAQJAJA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review