Sunday, October 30, 2011

1CiTiZEN

story written by Shaqjaja at 3:14 PM 2 awesome people
assalamualaikum

before aku membuta time hujan ni, aku nak kecoh-kecoh kat sini pasal program 1CiTiZEN. kat u lain aku tak tahu. tapi kat sini wajib. demmit! burn cuti aku wei!

semalam dengan pagi ni ada lecture untuk program ni. aku satu benda tak paham apa yang dia cuba sampaikan. motif program ni pun aku sampai sekarang belum tahu lagi. kalau dah tak redha tu memang aku tak fokus la dalam kelas. dia mengajar aku tidur. kalau tak tidur, melucah memekak ramai-ramai kat belakang. 

"AWAK TU PEREMPUAN! jangan over sangat!"
sila pergi jahanam kau dengan ayat kau.

semalam lecture aku pemalu. lecture lelaki pemalu memang best la kan. minta nombor phone. tanya single lagi ke tak. sengih-sengih time kitaorang tanya dia macam-macam. kali ni student pulak nak try lecture. hahaha
rupanya dah ada 2 anak. ok fine!

hari ni kelas aku pukul 9. pukul 8.30 aku bangun. pelik ke kelas pukul 9 bangun pukul 8.30? biasa je kan. dah la datang lambat lepas tu rilek je boleh pergi breakfast pulak. perut kalau lapar mana boleh belajar kan. macam la kau fokus study dalam kelas

lecturer hari ni gatal. nak cakap dengan orang yang cantik-cantik je. kalau hensem takpe. tapi yang best, dia ni melayan. saya suka!!

pukul 12 tadi dah start exam. kena masuk 2 by 2 sebab server kat UiTM ni gempak gila vavi punya! dia punya internet laju tak terdaya nak kejar. tapi aku dapat pc terbaik. pc dah terbaik, port je tak terbaik. betul-betul bawah aircond yang takde penutup. so aircond memang fokus 101% kat aku. sebab port dia best macam kat iceland, so aku kena buat cepat-cepat so that nanti aku tak jadi macam mayat kena awet bawah tu.

45 minit je aku buat. abang yang jaga exam tu terkujat tengok aku cepat je siap. takde masa dah nak re-check bagai. aku fail tak fail aku tetap ada kat UiTM ni jugak. tak ke mana. bukan dia nak hantar aku further study kat oversea pun kalau lulus.
 result dia memang aku terkujat la kan. tidur, memekak, makan. walaupun aku pandang muka lecturer tapi sebenarnya aku tak dengar dia cakap sebab aku dengar lagu. 


passed wey!! rasa macam nak berhenti belajar. bawak sijil ni je nak cari kerja nanti. muahahahaha markah cukup makan pun nak kecoh. 


thankz people! :D

Saturday, October 29, 2011

masalah manusia di akhir zaman

story written by Shaqjaja at 2:07 AM 2 awesome people
assalamualaikum

topic kasi panas sikit. ni hal roommates tak sebulu punya pasal. aku dulu pun take time kot nak sebulu dengan roommates aku. tapi lama-lama dah ok. boleh tidur sebantal, makan megi semangkuk. 

member aku cerita, roommate dia berkira gila babeng. amik barang orang takpe. time orang nak minta tolong sikit, (minta tolong amik pen yang tak sampai semeter pun kat sebelah) dia boleh bantai cakap tak suka orang minta tolong kat dia. bullshit man! 
lepas tu boleh cakap tak reti pegang penyapu. woi! muka kau macam budak kampung, tak pernah pegang penyapu jadahnya! selimut kau siap orang lipatkan. kau ingat kau bela orang gaji ke kat sini. perangai kau nampak sangat macam budak hulu weyh!
 jangan ingat kau lagi tua, budak-budak takut kat kau. mak aku ajar hormat orang tua. tapi mak aku tak ajar hormat orang kurang ajar. kalau tak puas hati aku boleh maki je. sempoi ma~~~
kau memang pilih bulu ke nak sound? tak suka bunyi bising? apa macam tadi? menyirap ke kitaorang buat bising? panas? sila sound kalau kau rasa tak puas hati. 

lagi satu, suara tu tak payah nak gedik sangat. meleleh taik telinga aku dengar. nak manja pun beragak. laki kau je nak dengar. aku tak hengen. karang suara manja aku keluar memang kau tak jadi apa. 

kau kalau tengah sangap cakap dengan laki kau pun beragak la. kalau kaki dah naik sampai atas meja dengan bawah meja letak quran + makanan bagai memang macam sial la kan. agak-agak la.

lagi satu, aku paling pantang lelaki yang suka amik kesempatan di atas ke'cute'an muka sendiri. perghh!!! muka baik. dalam hati setan ada buat party. unbelievable beb! boleh main try-try perempuan. nasib baik kau comel. kalau tak memang dah makan kaki saiz 9. 

tadi aku pergi makan kat sek 7, then aku nampak la cashier tu jual lighter, aku pun dengan poyonya tanya kawan aku,
 "eh lighter kau ada gas lagi tak?" 
then minah kat cashier ni boleh tanya, 
"adik ni smoke ke? kalau nak lighter free boleh isi form ni sebab akak tengah buat survey pasal smokers."
=_______________________='
menjadi dol aku berlakon. boleh minta jadi pelakon tambahan kat prof madya razak mohaideen. 

ok. tu je. aku malas nak cerita pasal cikgu kaunseling aneh ni. cukup la kat fb je aku kecoh. 

thankz people! :D

Wednesday, October 26, 2011

wordless wednesday #2

story written by Shaqjaja at 7:01 PM 0 awesome people
assalamualaikum

SUBWAY ---> TUTTI FRUTTI





thankz people! :D

Tuesday, October 25, 2011

dulu

story written by Shaqjaja at 9:46 AM 0 awesome people
assalamualaikum

dulu benci, sekarang sekepala.
dulu sayang, sekarang makin sayang. awww!!! 

thankz people! :D

Monday, October 24, 2011

sebab banyak ketawa

story written by Shaqjaja at 11:35 PM 4 awesome people
assalamualaikum

selagi tak luah kat sini selagi tu aku tak leh study. 

aku bising, orang takut nak tegur. aku senyap orang kata aku sakit. habis nak aku buat apa? seriously aku tak boleh senyap. nanti aku mengantuk.

susah betul hidup kalau nak puaskan hati semua orang. aku hidup bukan untuk entertain kau.

btw, jangan pertikaikan kenapa aku kasar. aku kasar sebab aku tak nak kena pijak. aku kasar, aku tak maki orang sesuka hati mak nenek aku. 

sorry la kalau perangai aku macam orang takde manners. aku selesa macam ni. tak suka, tak payah layan. aku ok je. ko tak suka aku, aku 10 kali tak suka kau. 

kalau tak puas hati, cakap je. aku ok. kalau rasa macam tak suka aku, lepas ni aku tak payah pandang kau langsung dah. 

*aku rindu atie, mekcah, carul, ijue. 
thankz people!

Sunday, October 23, 2011

best nite ever

story written by Shaqjaja at 12:03 PM 0 awesome people
assalamualaikum

tak larat nak update blog semalam. penat gila vavi punya. 

semalam aku ada ceramah MYDISTRESS kat menara. google sendiri pasal benda ni. tak kuasa nak cerita. lepas habis ceramah kat menara tu aku balik jalan kaki. siot betul pakcik bas tu. penat tau tak!!!!!!

balik tu aku ingat nak membuta la 5 jam. takde maknanyan 5 jam. sejam je. pukul 6 tidur, 7.30 bangun. NGEE~~ :D

actually malam semalam kitaorang semua pergi ICT. benda ni tak plan pun. aku nak pergi pharmacy cari mask je sebenarnya. so semalam pukul 8 kitaorang keluar pergi makan dulu. 

bajet macam tak perasan syaifa nak snap pic. 
yang baju biru tu sebenarnya tengah lapar.


lepas habis makan kitaorang tunggu bas nak pergi ICT.  1 bas pun tak lalu weyh!!  last-last kitaorang menapak je. takde la jauh sangat. tapi kalau jalan kaki tu penat la.

ramai gila nak mati kat ict tu. konvoi, rombongan sekolah, rombongan tak sekolah semua ada. disebabkan ramai dan salah pilih masa untuk pergi ict, so kitaorang tak boleh masuk snowalk yang mahal gila tu. fuhhh! selamat duit aku. lepas tu nak naik pirates boat yang majoriti budak-budak je yang naik. =,='

aku sebenarnya tak paham dengan yang baju biru tu. 


excited dapat pergi ict 2 kali. =,='

nak jugak....

comel~~~

dua kali comel~~~

roomate aya, aya, wani, syaifa, fatin, zatil, mama iman.

aku suka yang ni. :D

cantik cantik cantik

rugi kau takde jannah. hahaha

Friday, October 21, 2011

semalam dan hari ni

story written by Shaqjaja at 7:41 PM 2 awesome people
assalamualaikum

semalam lepas isyak aku rasa insyaf kejap. lama betul tak mengaji. entah-entah aku dah tak reti baca agaknya. wakaka tu tipu. time tengah mengaji tiba-tiba ada satu makhluk tuhan ni macam takde time lain dia nk buzz aku kat ym. bila dia buzz je, aku dah tau. pahala mengaji aku ni habis macam tu je japgi. date aku dengan abang 'building law' mesti kena cancel ni. cis! kesian abang 'building law'. lama tak ngadap beliau.

*aku mengaji depan lappy.

ingat nak minta nasihat kat ym ke. yela. baru putus cinta. orang, kalau putus cinta memang cari aku. muka aku ni ada macam pakar motivasi ke? jadah haram betul.
rupanya buzz kat ym tu wayang je. nak ajak skype. demmit! 
kawan punya pasal, aku sanggup sign in. skype SEKEJAP. gelak lama. seriously, aku dah lama tak gelak pecah perut. rindu sial kat korang. tolong la free hari-hari. T_T 

p/s: aku takde bulu dada ok. =,='

tu semalam punya cerita. hari ni aku habis kelas awal. lepas tu aku ajak iman, mira, lela, fatin pergi ronggeng seksyen 7. masuk jakel, semua butik yang ada kat seksyen 7 ni la. masuk semata. bagi harapan palsu kat promoter. muahaha 
lalu depan restaurant upin ipin, jumpa birthday boy umur 3 tahun camtu. nyanyi birthday song untuk dia macam orang retarded depan restaurant tu. sepanjang jalan aku tak berhenti gelak. 
demmit! banyak gelak. esok ni mesti aku menangis. serious wa cakap lu.

*1 restaurant tu usha kitaorang.

hari ni aku rasa serba salah gila kat dia. shit! apasal aku rasa macam ni. 
apa kau letak dalam biskut kau bagi aku tu ha!!!

thankz people! :D

Thursday, October 20, 2011

...

story written by Shaqjaja at 9:21 PM 0 awesome people
assalamualaikum

sorry beb. aku suka kau tapi aku lagi sayang dia. 


thankz people! :D

karma

story written by Shaqjaja at 7:20 AM 0 awesome people
assalamualaikum

ingat weyh.

KARMA

hari ni kau buat kat orang. esok kena kat kau balik.
kau buat status hot setap nak perli orang segala, last-last makan diri kau.
kadang-kadang kita kat atas, kadang-kadang kat bawah. 
time kat atas jangan lupa yang kau nanti akan ada kat bawah. 
jangan fikir kau hot kau boleh bantai cakap apa kau suka.
kalau rasa awkward bila kena batang hidung sendri, sila duduk di hutan.

terima kasih daun kelapa, kalau kau terasa aku tak tanggung apa-apa.
NGEE~~


thankz people! :D

Tuesday, October 18, 2011

bahagia sangat!

story written by Shaqjaja at 1:31 AM 2 awesome people
assalamualaikum

dah lama tak rasa bahagia macam ni.
NGEE :D

saya suka!!! 
nak hari-hari macam ni.


thankz people! :)

Friday, October 14, 2011

first impression

story written by Shaqjaja at 3:39 PM 0 awesome people
assalamualaikum

selalunya first impression aku mesti tak macam apa yang sebenar. impression yang tak boleh pakai.

first impression: aku ingat dia ni gedik tahap nak mampos, tapi sebenarnya dia memang gedik. haha pointless. tak, memang la gedik tapi takde la tahap nak mampos. selalu perempuan gedik ni lain macam sikit perangai dia bila ada jantan.
tapi kau punya gedik aku boleh terima sebab kita sama gedik. :D

first impression: aku ingat dia ni beriman tahap ustaz-ustazah. tapi................... gatal rupanya mamat hamba Allah ni. cakap benda-benda 'nonsense' dengan aku. ececeh... macam la aku baik sangat sampai tak menyimpang bila sembang.
 actually aku memang selalu menyimpang ke arah 'nonsense'. tapi dengan kawan-kawan aku je la. lelaki + perempuan. tapi yang lelaki tu ialah kawan aku yang dah lama jadi kawan. bukan baru 2 3 minggu kenal dah boleh cakap 'nonsense'. awkward weyh!

first impression: aku ingat kau ni jahat + gedik + jelez dengan kelebihan orang lain, rupanya, kau memang macam tu pun. HAHAHA die! die! die!

first impression orang lain kat aku pun sama jugak. dorang ingat aku ni sombong. garang. jahat. gedik. yela. muka aku bila tak senyum memang minta kaki. 
dah nak buat macam mana!! bukan aku create sendiri muka aku ni!
tapi aku bukan macam tu. seriously, aku boleh get along dengan siapa-siapa pun yang satu kepala dengan aku. 
aku suka gelak. kalau yang tak suka gelak tu memang aku tak boleh nak get along. why so serious~

lagi satu otak aku lain macam sikit. aku suka buat benda yang orang tak expect aku akan buat. contohnya.. aku rasa better aku jangan bagi contoh. =,=' 
kadang-kadang ada yang tak suka dengan unexpected action aku tu. tapi, i dun give a fu#k. kau tak suka jangan tengok. mak aku lahirkan aku bukan untuk entertain kau! 

p/s: siapa nak tolong basuhkan baju aku, boleh datang anggerik 2, aras 1, bilik 11*. harga boleh runding. :)

thankz people! :D

Thursday, October 13, 2011

kenapa surveyor, bukan engineer.

story written by Shaqjaja at 9:54 AM 2 awesome people
assalamualaikum

ramai yang tanya,
 "kenapa kau tak sambung engineering?"

ada yang lagi teruk,
"dah tak de kos lain ke kau nak amik?"

ok. yang tu sangat sentap. i don't wanna live in this world anymore. 
TT_____________TT

hina sangat ke kos ukur bangunan ni?
hina sangat ke jadi surveyor?
ada ke mana-mana law cakap yang ada basic engineering KENA sambung engineering.

aku bukan apa. malas dah nak pening + serabut kepala otak belajar benda susah. serabut-serabut ni not my style la. calculus tu semua, thankz but no thankz. :)
aku nak belajar yang senang. yang lepak je belajar. takde sampai pukul 5 6 pagi baru dapat tidur. assignment membukit sama tinggi dengan bukit aku daki hari-hari kat sini tapi aku tetap tak kurus. muahahaha 
tapi kalau lecturer yang tanya kenapa aku tak sambung engineering, aku cakap, "kos tu dah penuh". ramai sangat. hahaha logik ke? lantak la. aku dah tak de alasan lain nak bagi. 

kos apa tu tak penting. apa kau ingat kau budak engineering kau hebat sangat la? (yang hebat tu, hebat la) apa yang kita belajar sekarang tak semestinya bila kerja nanti sama dengan apa yang kita belajar. (ayat aku tunggang langgang sebab aku tak belajar bm kat sini)
entah-entah nanti aku jadi doktor bila kerja nanti. muahaha kalau luka koyak, pakai cement je. 

tapi kadang-kadang bila jumpa kawan-kawan aku, rasa menyesal sebab tak sambung engine tu ada la sikit-sikit. 90% kawan-kawan aku budak engine. whaaaa!! siap bagi statistic lagi.

lantak la. janji aku belajar, dapat degree first class then boleh kerja kat UK. UNITED KINGDOM. 

ok dah. penat membebel. nak study LAW pulak. (last-last kena jugak belajar yang susah)
lepas ni jangan la eh tanya dah kenapa aku tak sambung engine. rasa berat nak jawap. T_T


thankz people! :)

Tuesday, October 11, 2011

cerita ceritu

story written by Shaqjaja at 6:18 PM 0 awesome people
assalamualaikum

banyak cerita, masa takde.

1. kenapa kena buat journal? perlu ke nak cerita apa yang aku buat?? aku sendiri tak ingat apa aku buat semalam. =,='

2. tadi aku pergi klinik. SELESEMA  je pun. tapi sebab free aku pergi je la. alang-alang dah ada kat sana kan. aku ingat dia nak bagi ubat selsema je la. sekali 3 dia bagi. ubat kan kalau dia sedap aku tak kisah kalau dia nak bagi aku telan seumur hidup pun. ni rasa dia................... die!! die!! die!!

3. untungla saya kena belajar law yang sangat senang!

4. aku baru tahu kegunaan penutup botol air 'asam jawa'. membazir je kalsium kat gigi aku yang dah terkikis tadi. muahahaha

5. walaupun banyak jalan + naik turun bukit aku berat aku tetap naik. sama tinggi dengan bukit. =,='

6. aku nak pergi dataran cendekia the giant seksyen 7 sekarang.

7. bye people!

thank people!

Friday, October 7, 2011

encik min ku sayang

story written by Shaqjaja at 7:50 PM 0 awesome people
assalamualaikum

rasa macam nak bagi award kat siapa-siapa yang dapat baca tulisan aku. XD
tulisan aku bukan buruk ok. cuma aku ada font tersendiri. :P
buruk buruk pun ada isi. bukan main tenyeh je. 

dengan ini, saya mengumumkan, esok saya tak nak pergi koko!
bye encik min ku sayang! muahmuahmuah!
saya nak balik! emergency! ada orang di rumah yang tengah rindu kat saya. 
bahaya tu!

thankz people!

Tuesday, October 4, 2011

yeay!

story written by Shaqjaja at 11:21 AM 2 awesome people
assalamualaikum

1 assignment dah siap. dalam masa beberapa jam. 

"perlu ke nak kecoh? macam kau sorang je ada assignment."

nak meraikan kejayaan menyiapkan assignment dalam masa beberapa jam. kami nak ke seksyen 2. 
weeee~~ 

hari ni class pukul 4 sampai 6 je.
esok, pukul 5 sampai 10 mlm. takpe. yang penting aku tak yah bangun pagi.  

esilav2.jpa.gov.my yang masih berdegil. 
GGGGGGRRRRR!!!!!!!!!!!!!!
macam tak nak bagi je ni!!!

thankz people!

Monday, October 3, 2011

jjjpppaaa

story written by Shaqjaja at 9:55 PM 2 awesome people
assalamualaikum

jpa macam tak nak bagi duit kat aku je. jumaat dah kena hantar semua borang. ni satu borang pun tak boleh nak download ni. nak kena penjamin bagai. 

tsk tsk tsk

thankz people!

Saturday, October 1, 2011

good work!

story written by Shaqjaja at 11:49 AM 4 awesome people
assalamualaikum

setinggi-tinggi tahniah di ucapkan kepada diri sendiri, siti atiqah abdul halim, siti haizum zamani dan juga siti hajar quraisha kerana layak mendapat tajaan jpa. hahaha (te'riak' sebentar)

tapi tak dapat nak buka web page tu sebab server down dari semalam. ok fine. 
=__________='

btw, sepatutnya hari ini ada program untuk student part 1. so pagi tadi aku memang semangat la bangun awal. tapi dia baru mukaddimah aku dah lena. aku tak dapat cari apa point / tak paham dia cakap apa.

10.30 pagi dia bagi makan pagi. di kesempatan itu aku berniat

"sahaja aku buat jahat kerana bella"

bella ajak balik bilik, tidur. aku memang fikir 10 kali jugak tadi nak balik ke tak. tapi dari aku tidur kat lecture hall tu baik aku balik je kan. last-last kitaorang  4 orang balik dengan penuh rasa cuak. 

dah sampai bilik tu jannah dapat message

"attendance amik before 12.30"

ok fine. aku nak pergi sana balik pukul 2. 

redha je la. takde siapa paksa balik. sukarela balik.

p/s: nak minta tolong siapa tuliskan nama dalam attendance ni.. T_T

thankz people! 
 

SHAQJAJA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review