Thursday, December 27, 2012

untuk housemate dari housemate

story written by shaqjaja at 8:07 PM 0 awesome people Links to this post
assalamualaikum

selalu dah buka page ni pastu tak tahu nak taip apa. -.-' tadi time mandi banyak pulak idea. 

ha ok dah ingat. 

dah nak habis semester 3 dah. sekarang tengah prepare untuk final exam. lagi seminggu nak exam baru nak study. muahahaha biasa la tu. yang skema je study awal. and yang skema tu la yang skor. lol

so ini bermakna dah 2 sem aku duduk rumah sewa. susah tau nak duduk serumah dengan orang luar. maksud aku bukan adik beradik sendiri. "air kalau dincincang tak kan putus" do u get what i mean? pandai-pandailah fikir. 

aku duduk rumah sewa ni terus untuk 5 sem. sampai grad nanti la. senang nanti tak yah cari rumah sewa lain. susah nak cari rumah murah + dekat dengan UiTM kat sini.

so bagi aku la kan... kalau kau nak stay lama dengan housemates kau lama-lama kena la bertolak ansur sikit.  jangan la nak berkira sangat. member kot. lain la kalau kau tak kenal. sampai kicap pun sorok bawah katil. apa la tak senonohnya perangai. tapi kadang-kadang ada je yang tak reti bahasa. kau dah tau makanan tu kau tak bayar kau pandai-pandai la mintak izin dulu. kalau sekali dua amik tak pe. ni dah orang tu dah macam supplier kicap pulak. berapa abah kau bayar dia beli kicap?

2nd, house chores. ni paling penting la. abah kau bukan tan sri tau tak. so jangan goyang kaki.
kau busy? habis orang lain tak busy? orang lain pun belajar jugak.... 

3rd, hygiene. untuk makluman anda sekalian, sesungguhnya housemates anda sendiri malu untuk tegur. inikan pula anda yang di tegur. lepas mandi calit ketiak, pastu bau. busuk tak? haha rambut kalau seminggu sekali cuci jangan terkejut la kalau kutu pun mati. aku paham sesetengah orang hormon dia overdose. kalau kau tahu hormon ko overdose..... mandi lebih sikit. 

4th, pinjam barang. kau tak kan lari dari pinjam meminjam. aku ni seluar dalam dengan bra eman je tak pernah pakai. semua baju, seluar, shawl and etc. aku dah pernah pinjam. aku pinjam lepas tu kalau aku berpeluh / baju tu bau aku akan basuh. kita amalkan konsep "anda pakai anda basuh". okey adik adik? 

5th, perangai pelik. iye.. aku paham... takde sape mintak housemate pelik. kau rasa dia pelik. dia lak rasa kau pelik. saling pelik kan? hahahahahahaahhahhaha ok tak kelakar sebenarnya. kalau korang saling pelik so takde masalah la kan? haahahahahahahah lagi sekali tak kelakar.  terima dia seadanya. maybe dia belum kenal kau. kau belum betul-betul kenal dia. amik masa sikit benda macam ni. 

6th, on call dengan boyfriend. aku paham umur-umur macam ni semua ada boyfriend. ada juga yang takde. ada juga yang tak nak tahu perihal kau dan boyfriend kau. so kalau nak bersembang hal sulit mahupun hal masa depan dengan anak-anak sila masuk ke dalam bilik. mekasih. 

takde niat nak mengata siapa-siapa. sekadar teguran. kalau terasa maknanya anda lah orang yang ditegur disini. :) aku tak mention so korang tak yah la emosi lebih lebih.

thank you for reading this entry. have a nice day :)

Sunday, December 16, 2012

bbq persatuan bisa uitm

story written by shaqjaja at 3:05 AM 0 awesome people Links to this post
assalamualaikum

its 2.36 am. aku dalam selimut tengah buat dissertation. sambil tunggu eman siapkan part dia aku update jap.

sem ni aku rasa gatal anggota badan nak handle dinner persatuan. padahal sem ni subjek dah 10. aku rasa kena tambah bagi 20 baru tak jadi kerja lain agaknya. XD

so aku handle bahagian guest. invitation card. banner. button. tu semua part aku. tak lupa dengan bantuan eman. hee

banner yang tak bagi tau dinner persatuan apa =='

invitaion card yangnampak mcm mahal la konon

ni poster
semua ni aku buat sendiri. background google dalam internet sebab tak reti buat background lagi. kalau aku buat kang takut sorang pun tak nak datang XD

actually ni bukan dinner. its just a bbq night. nak lilek lilek. kwajaq kan? aku dah g tempah baju dia boleh jadi bbq je. dah la baju tailor design cam orang tua!


sempat jap webcam. hihi

kbye nak sambung kerja.

Sunday, December 9, 2012

*takde tajuk*

story written by shaqjaja at 1:04 AM 0 awesome people Links to this post
assalamualaikum

curi masa sekejap nak update blog. aku baru balik dari kedai makan. lepas tu otw balik nampak orang jual durian. dah lama dah nak beli durian tapi tak de kesempatan. so tadi beli durian. 2 biji rm10. mahal kan. so kitaorg sebagai perempuan gunakan peluang yang ada untuk ayat abang-abang kat tepi jalan yang jual durian tu. XD

ayat punya ayat dapat la 3 biji rm10. huhu balik-balik je terus makan durian padahal aku kenyang nak mampos. tapi sebab mengidam kan so makan la. durian 3 biji aku cuma dapat makan 1 ulas, yus 1, aya 2, eman 2. =.=' 3 biji dapat banyak tu je. yang free dia bagi tu pun buruk. tapi alhamdulillah. ada rezeki dapat rasa. hihi

btw, baju dah hantar kat tailor. 15 dec amik. sebab nak cepat so design dia macam nenek-nenek sikit. tengok je la nanti. kalau cantik aku pakai. kalau tak aku bagi mama je. total cost baju tu je rm58! kalau beli dah dapat yang cantik. duhh

andddd esok.... epul nak balik kulim dah. dia takde aku cuti ni aku tak tahu la camne. :( benda apa-apa mesti aku cari dia. aku lapar aku cari dia. aku bosan aku cari dia. aku sedih aku cari dia. kawan-kawan memang tak de kat area rumah aku tu. yang rapat pun duduk jauh-jauh kat hujung malaysia. lagi sedih bila takde internet. tu memang paling sadis la.

nak sambung buat kerja. semua kerja due date minggu ni. kbye






Wednesday, December 5, 2012

semalam aku sedih. hari ni aku happy

story written by shaqjaja at 8:59 PM 0 awesome people Links to this post
assalamualaikum 


setelah semalaman aku sedih sampai tidur 12 jam. pagi tadi aku call mama cakap takde baju untuk dinner. bergenang biji mata. alahai.. manjanyaaa. *sila muntah* konon nak luahkan perasaan. but then mama tanya bila nak pakai. sebab mama nak bagi duit beli baju lain. OHMAIGOD!!! rasa macam apa yang hilang semalam dah datang balik hari ni. haha


ok lepas tu mama cakap pasal financial planning. mama dengan ayah dah discuss nak simpan duit untuk beli rumah la. tu la. ni la. tiba-tiba ayah cakap "kena simpan duit untuk kaklong kahwin sekali ni.". ohmaigod! ohmaigod! ohmaigod! aku mimpi ke? betul ke ayah yang cakap? but then mama cakap kat ayah "buat apa simpan untuk dia. dia nak kahwin biar dia simpan lah." k fine. mama jeles. :\


thats ok. dengar ayah cakap macam tu pun dah cukup buat aku happy. ada la sikit semangat nak g kelas revit petang tadi. kat kelas tadi lec cakap kena start project. dia marah kita orang sebab tak start project awal-awal. bila masa dia cakap pasal project pun aku tak tahu lah. haih..

guwa jd tutor bhai





Tuesday, December 4, 2012

Im sad :(

story written by shaqjaja at 6:55 PM 2 awesome people Links to this post
assalamualaikum



semalam mood aku ok je walaupun belum buka mata lagi aku dah dapat berita buruk. "baju aku hangus terbakar" actually tak heran sangat tu yang mood ok. 

lepas tu time balik boleh pulak ada orang reverse sampai terlanggar kerete effi. yang langgar tu macam budak sekolah je. dia dah terlajak kat simpang 3. pastu ada bas laju. dia dah cuak agaknya. tu yang reverse laju sangat. nasib baik tak de pape. break pad kena tukar. tu tak de kaitan pun dengan accident. memang break pad dah lama rosak. time hantar bengkel tu tokey tu kata kerete dah tak leh jalan sebab break dah tak makan. fuhhh nasib baik lah tak jadi pape yang lagi buruk kan. 

hari ni lain pulak ceritanya.. hari ni aku sepatutnya kelas pukul 2. tapi kena gerak awal sebab nak kena amik plan kat SUK. patut semalam pergi amik. tapi sebab accident tu so budak laki wakil la amikkan. tapi rupanya dorang tak amik. mengamuk la yang si perempuan. hari ni mood aku pun ok je. 

pukul 2 start mandarin listening test. alhamdulillah. boleh la jawap. walaupun ada 2 3 soalan aku tak clear. lepas tu dia sambung dengan oral test. sepatutnya aku buat minggu depan. tapi alang-alang dah ada kat sini apa salahnya. time orang lain buat, semua kena duduk kat luar. time aku buat, tiba-tiba laoshi suruh semua budak next class which is part 3 i think, dia suruh budak-budak tu masuk. and secara tiba-tiba, apa yang aku baca semua tak ingat. even dia dah sebut pun aku still tak leh sebut. sedih sangat sebab aku rasa aku macam tak dapat buat yang terbaik. :( 


aku dah usaha. now aku tawakal je. kalau ada rezeki, ada la kan. kalau tak de tu, ada lah hikmahnya..

next is, baju dinner. aku dah beli kain. tiba-tiba tailor cakap tak boleh jahit sebab takde contoh. hmm.. aku tak leh buat pape. mak aku pun tak reti jahit. 



Thursday, November 29, 2012

kisah aku dan part 3. *tajuk mintak pelempang*

story written by shaqjaja at 8:02 PM 2 awesome people Links to this post
assalamualaikum

sem 3 serious penat. 10 subjek wajib amik. 5 final paper. meh sini nak cerita satu2 punya subjek. susah senang subjek tu. lec macam mana. best ke tak. ni bukan nak merungut. tapi nak luahkan apa yang aku rasa. if tak suka aku tak boleh buat apa. hak bercakap hak anda. lain orang lain pandangan.

first, ctu553. hubungan etnik. subjek ni aku rasa takde input langsung. dah la student yg buat presentation. lec je tambah sikit2 je apa yang kurang kat slide show student. serious. nasib baik 2 credit hour je. tapi ada final exam. 

second, hsk223. sports aid. ni kokurikulum. guwa tak pernah datang bhai!! ready untuk fail. T_T aku tak datang sebab banyak budak medik. budak medik tersebut agak menjengkelkan and benda ni tak best. lagi pun aku memang takde perasaan langsung dekat koku. hihi

third, bel482. business and professional communication. errr.. aku tak tahu nak cakap camne. dia asyik mintak dialog meeting tapi tak pernah lagi buat meetingnya. sekarang dah tinggal lagi 3 minggu before study week. DIE DIE DIE!!!

fourth, bmd401. mandarin language. lec di import khas dari china. aku suka belajar mandarin. tapi lec buat aku tak suka. dia emosi. benda baru. susah kot nak paham. aku ni banyak dosa. susah la sikit nak serap ilmu. jangan expect aku belajar sekali terus masuk. slow slow lah. duhhhh.. btw, oral test dapat 10/10, writting test dapat 8.6/10. heeee boleh la kan.. oral test 2 aku give up lah. bye
lagi satu, ada drama. k bye

fifth, bss501. built engineering environment. lec baik tapi cara dia mengajar buat aku lemah lutut nak g kelas. satu haram den tak paham. tak nak komen cara dia mengajar. maybe aku yang lembab. :p dah la 3 credit hour! :O DIE DIE DIE!!! plus ada final exam.. 

sixth, bss502. construction technology. ni pun apa kurangnya dengan yg atas ni. dia ajar sumpah tak best. lepas tu bila orang tak fokus at the end of class dia buat test. mencik kan? aku tak peduli. jawap cincai2 lepas tu blah. final nanti aku struggle. :p btw, subjek ni kena buat mock up basement parking. and group aku belum pergi site lagi. DIE DIE DIE!!! dah la 3 credit hour. double DIE DIE DIE!!! anddddd ada final exam. makkkkkk mintak ampun..

seventh, bss505. building pathology and control. aku sampai tak tahu mana kuliah, mana kelas tutorial. lol paham2 je la kan.... 3 credit hour + final exam and please DIE DIE DIE!!! 

eight, bss506. computer aided design. revit architecture. lagi 3 minggu project pun belum start. FFFFFFUUUUUUUUUUUU tapi yang ni test boleh tengok buku. so macam baik sikit la. nasib baik tak de final exam. kalau tak, die lagi la.

ninth, bss512. costing and estimating. subjek paling point! lec suka marah + pukul. benda senang jadi susah. benda kalau ajar elok-elok boleh je guwa paham. cakap elok-elok tak yah marah boleh en... tapi serious, aku suka subjek ni. so aku try lembutkan hati lec dengan perform dalam kelas dia. bukan perform nyanyi ke menari. 3 credit hour. ada final exam. killer subject.  serious. :\

tenth, bss518. fundamental research and methodology. dia ajar basic dissertation part 5 nanti. tak takde lah macam orang bongok buat dissert kan. so far yang ni ok. takde final exam. dalam process nak siapkan research proposal. 3 credit hour. 

kerja memang bersusun. aku selalu pergi kelas pukul 7-8 pg camtu. balik petang dalam pukul 6-7 mlm. penat tak cakap lah. nasib baik aku mampu berdiri, tulang belakang mampu tegak, lutut mampu bengkok, perut mampu menghadam, mulut mampu mengunyah, otak mampu berfungsi, jantung mampu mengepam. alhamdulillah. tak sakit. mintak sangat jangan sakit sebab kerja tak boleh delay. 

nak honeymoon bagai memang lah tak de masa sebab 10 subjek di tambah dengan dinner pun aku and the geng handle. paling penat eman la. aku tolong sikit je. tolong buat masalah banyak lah. orang kata aku takde life. korang silap sebab sem lepas duit jpa abis dalam masa sebulan. hari2 guwa visit sunway. sem ni duit dah beli lappy. so duit awal2 dh habis. lagi pun memang guwa tak de masa nak shopping. 

next week ada oral test 2. aku tengah nak buat script untuk oral test. aku harap sem ni pointer tak lari jauh sebab tak larat nak kejar. 



Maksudnya :- “Ya Tuhanku, lapangilah dada-ku. Dan permudahkanlah segala urusan-ku. Dan ungkaikanlah segala yang tersimpul pada lidah-ku. Dan mudah-mudahan mereka semua dapat memahami segala urusan-ku”. [Toha : 25-28] 

Saturday, October 27, 2012

ohlala couple

story written by shaqjaja at 10:57 PM 0 awesome people Links to this post
assalamualaikum



sekarang ni aku rasa cerita ni paling best kot. (setahun layan 2 drama korea memang ni je la yang paling best. lol ) 

so drama ni cerita pasal yeo ok and her husband soo-nam. typical korean drama. konon-konon kelahiran sebelum ni yeo ok 1st class geisha mati then dorang promise akan kahwin in the next life. tapi in the next life soo-nam buat perangai. dia ada perempuan simpanan. tiba-tiba 1 hari kantoi. depan mata yeo ok dorang kantoi. sedih gila part tu. cerita dia macam biasa je kan kita dengar? tapi bila tengok rasa lain. kena tengok. sedih sangat. 

aku yang suka marah ni pun kalau tengok husband aku macam tu boleh lemah lutut. bukan husband la. kalau boyfriend kantoi pun aku lemah lutut. nauzubillah...

dah malam. muka dah berminyak. bye 

p/s: i love u dear msb

Sunday, October 21, 2012

kenapa kelantan di benci

story written by shaqjaja at 1:17 AM 0 awesome people Links to this post
assalamualaikum

tadi idea bertimbun. bila tengok je layout post ni terus hilang macam kilat. pergghh.. ni suruh tidur suruh berambus ke tak tahu lah.

btw, aku just tak paham kenapa orang lain which is orang selain orang kelantan benci orang kelantan. bila tanya semua bagi point tak kukuh. tau nak benci tapi takde point nak benci. orang lain benci so kau pun ikut benci. lol get a life u people. 

tapi ada 2 3 orang cakap orang kelantan di benci sebab dorang suka berpuak. erm... berpuak pun jadi masalah ke? haha sila cari point lain untuk membenci. 

point kedua, ada yang cakap sebab orang kelantan kasar, pengotor, jahat and whatsoever. errr.. adakah jahat, kasar dan pengotor di classified based on where they come from? orang kalau nak jahat tak kira dari mana dia datang. kalau dah pengotor tu pun tak semestinya dari kelantan. apa orang kedah pembersih sangat ke? *simply pick kedah*. and kalau nak ikut kasar orang melaka lagi kasar kot bahasa dia... aku ada family kat kelantan and from melaka jugak. so aku boleh bandingkan. 

yang ni lagi satu, bila ada mamat nak usha sorang awek kan, bila dia tahu awek tu dari kelantan mesti dia cakap "aku baru nak usha dia, tapi dia budak kelantan. kenselll!!". errr i was like... what's wrong if she's kelantanese? tapi orang kelantan lawa-lawa kan? haha face the fact!

sila jangan benci kelantan, benci la kepada orang-orang yang jahat sahaja. sebab kat kelantan banyak makanan sedap. omnomnom *takde kaitan*

tapi mindset people kita tak boleh nak ubah la. nak buat macam mana kalau orang lain nak benci orang kelantan. abis ingat orang kelantan suka sangat kat korang? haha

aku bukan nak backup orang kelantan lah. tapi actually aku kelantanese. lol me kelantan murtad. tak reti cakap kelantan. tak tahu tempat-tempat kat kelantan. but i'm proud to be kelantanese. 

post ni takde kaitan dengan red warriors or sengaja nak mengapi-api kan mana-mana pihak. peace no burn. ooppsss! wakaka

till then, bye peeps. nitenite. nak bercinta dengan epul. 

Wednesday, October 17, 2012

terlebih exercise ni la jadinya

story written by shaqjaja at 3:04 AM 0 awesome people Links to this post
assalamualaikum

now pukul 2.54 pagi. bangun pukul 2 pagi semata nak mandi. kalau tak sebab nyamuk aku tak bangun anddddd tak update blog pepagi buta. 

so lately ni aku ada buat zumba dance dengan belly dance. buat pun sebab saja-saja nak exercise konon nak keluarkan peluh selain dari jogging. baru buat dalam 3 hari. then stop seminggu. and today aku kena pergi pusat kesihatan sebab backpain. actually sebab muscle belakang ni dah jadi apa aku tak sure sebab aku tak layan doctor tu sebab dia kerek. ha banyak betul sebab dia. kerek tak kerek tu dia punya pasal. tapi kalau student uitm shah alam tau kot doctor mana yang aku maksudkan. 

ada ke dia kata aku pelik sebab sakit belakang. =..='

seriously, sakit.

k bai.


Sunday, October 7, 2012

dancing class

story written by shaqjaja at 10:34 PM 0 awesome people Links to this post
assalamualaikum

so we meet again.. HAHAHAHAHA *evil face*

ok. tadi tu intro yang loser. 

actually sem ni berazam nak kahwin ngn azam bin azim. wakaka boyfriend sape pun aku tak tahu. ok ok serius! sem ni berazam nak turunkan berat badan. *muka serius* tapi aku sempat jog sekali. and 1 round je. hahaha bukan malas. tapi tak larat. memang la tak larat. setahun jog sekali pastu nak buat 2 round lak. melampau. 

kalau nak kurang makan memang susah la. memang tak kan la aku tinggal makan kan. so sebagai ganti aku dance. hee :D me with eman and aya. gambar tak leh upload sebab tak censored. haha tak snap gambar pun. kalau tengok balik video kita orang dance mesti malam nanti nightmare. 

aku buat belly dancing and zumba dance. mula-mula tu memang susah tapi takde la sakit-sakit badan ke apa. 

but hari ni tak buat sebab eman takde. dia ada date. aku yang beria nak date, dia yang date. sedih tak dapat jumpa epul. :(

bye

Tuesday, October 2, 2012

Give Up Dengan Mandarin

story written by shaqjaja at 11:37 PM 0 awesome people Links to this post
assalamualaikum

kalau aku tengah takde mood mula lah rasa macam semua orang tak suka aku. tapi memang aku nak bebel pasal orang benci aku. --' *sigh*

sedih kan bila tau orang yang kita sayang + rapat sebenarnya tak suka kita. tau tak macam mana rasa dia? rasa dia memang fuuu la. 

tapi nak buat macam mana. macam yang hanis zalikha cakap. "you can't make everybody like you, you don't even like everybody" hee :D 

tapi kadang-kadang aku think +ve. maybe mood aku tengah swing kan so that's why aku rasa macam semua orang benci aku. lol 

tapi...... *tapi lagi* ha ni nak cerita ni! *cerita panas dah start*

hari ni aku attend kelas mandarin. lecturer import dari china. tapi dia islam. nama dia azizah. semangat waja sikit dia ni. 1 week class dia dah mengajar. waja tak waja. dia mengajar sampai menyembur! tu yang nampak kete waja import dari china tu. ok tu tak kelakar.

so 1st week tu aku dah kena point dengan dia. aku salah sebut. memang berterabur habis la bunyi dia. bunyi lain aku bantai lain. mau tak! ada intonasi tinggi rendah lak. aku buat semua bunyi rendah. =.=' eleh.. biasa la kan. aku makan belacan bukan makan babi. memang sebut tak sama. 

so hari ni kelas untuk minggu keempat dia mengajar. dia mengajar pasal number. biasa before dismiss dia mesti tanya sorang-sorang soalan untuk topic apa yang dia ajar on that day. so tadi dia tanya sorang-sorang tapi bukan pasal topic hari ni which is number. ada sorang student tu dia siap tanya boleh tak kalau dia nak tanya pasal number. then student tu cakap "tak boleh" sebab tak paham sangat pasal topic ni. so dia tukar soalan. 

sekali time turn aku dia tanya soalan pasal number. =..=' seriously ???? dah la dia cakap laju gila. bila ulang pun laju jugak. mula-mula tak dapat jawap. then aku refer buku. lepas tu aku dapat jawap then dia suruh ulang. lepas tu buat muka. bila orang lain salah jawap dia gelak-gelak lepas tu tolong betulkan. 

lu fikirlah sendiri. aku tak nak judge lecture kat blog. takut tak sempat delete. hahaha

bila jadi macam ni aku rasa takde semangat nak study. padahal aku selalu study mandarin waktu malam before tidur sebab takut lupa.

rasa-rasa dia tak sengaja or dia memang unfair dengan aku? :( 

sepatutnya sekarang aku study mandarin tapi sebab lec being unfair, so rasa malas. malas sangat... 

اَللّهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَارْحَمْنِيْ وَأَلْحِقْنِيْ بِالْرَّفِيْقِ
"Ya Allah, berilah pengampunan padaku, belas kasihanilah aku dan pertemukanlah aku dengan kawan-kawan yang tertinggi- yakni malaikat dan hamba2 yg soleh"

Riwayat Imam Bukhari & Muslim

Saturday, September 29, 2012

yesterday

story written by shaqjaja at 11:09 AM 0 awesome people Links to this post
assalamualaikum

belum sempat buat intro dah ada yang nak menaikkan darah aku. nasib baik anak mak aku. kalau anak aku memang tanggal dah kulit aku kerjakan. 

breath in... breath out..

semalam aku balik wangsa maju. actually tak plan pun sebab ingat kat this week kena pergi pangkor. sekali kena tunda bulan november sebab fakulti takde duit sebab lecturer makan duit student. oppsss! haha adakah ini fitnah ataupun kebenaran? wakaka dah macam blog gosip-gosip jadah haram.

so semalam ponteng kelas sebab takut tak sempat lak nak balik. tiket effi pukul 11.50 am. 11.45 am tu still tengah cari parking. tiket dia yang 11.50 am tapi aku lak yang gelabah. =.=' bukan apa. kalau dia terlepas train susah la. sesat anak orang tu apa aku nak jawab kat 2 mak 1 ayah dia. p/s: bukan mak tiri

alang-alang aku balik lunch hour tu ajak la epul pergi lunch sekali. :p sekali tunggu dia kat klcc sampai sempat dinner. wahhh pandai aku mereka cerita! 

lepas lunch balik membuta kejap pukul 6 keluar balik. on the way balik rumah lepas lunch tu aku nampak ada sekumpulan budak sekolah. diorang cacat penglihatan. ada la dalam 20 orang. sorang je yang boleh nampak. dia je la yang lead kawan-kawan dia. orang lain takde pun tolong budak-budak tu turun tangga. bila aku tengok diorang, aku bersyukur dengan apa yang aku ada. 

petang pergi wangsa walk tengok hotel transylvania. dah lama dah nak tengok cerita ni. kelakar la. tapi aku takde la gelak tak hengat dunia. --'



takde mood. kbye

Sunday, September 23, 2012

Dating Beramai-Ramai

story written by shaqjaja at 10:00 PM 2 awesome people Links to this post
assalamualaikum

hmm. macam mana nak buat intro ni. *10 minit fikir*

17 sept birthday epul tapi tak dapat balik sebab kelas baru start seminggu plus duit belum dapat lagi. so today aku jumpa epul konon nak bagi hadiah la kan. hadiah duit jpa bhai! tapi nak cari barang lelaki ni kemain susah. =.=' penat aku cari. ada tu mahal sangat. ada tu murah sangat ada tu tak berkenan di hati. sampai aku give la cari hadiah. ingat nak belanja makan je kan. hehe *kedekut*

so malam semalam aku dah remind epul. banyak kali aku remind. aku cakap tidur awal sebab nanti bangun lewat. aku kena pergi awal sebab effi balik dari pasar terus nak hantar aku. dalam pukul 10 macam tu la aku janji dengan dia.

hari yang dinantikan telah tiba. *dang! ayat aku!* pukul 7 lebih aku mesej dia tak reply. then call. call banyak kali lak tu. tapi aku siap je macam biasa. tengah siap-siap tu pun still call. padahal handphone dia off tu. degil jugak nak call. sampai kat bangsar dalam pukul 10.30 pagi. call epul lagi. sampai menangis call dia. tanggal eye-liner aku menangis teruk betul. malu je =.=' sampai aku cakap dengan dia aku tak nak jumpa dia and biar dia datang rumah aku amik hadiah dia.

selepas beberapa kejadian, kita orang jumpa kat klcc. akhirnya!!!

from left: nisa, me, mama, kakak

actually "kakak" tu adik bongsu aku. and i'm the eldest. pendeknya aku =.='


mama pun nak jugak! 

guwa dating bawak mak. kau hado?


lepas touching 1 jam

cover blender aku letak atas kepala. jadi topi chef. haha

tak kasi amik gambar kening dia

me look cute. haha


no matter how mad i am, deep in my heart i can't hate u.  tak sure sebab kesian or sayang. but i know. that's not your fault. 

kalau bercinta, jarak bukan penghalang. yang penting u trust each other. :)

till then, bye

Friday, September 21, 2012

ehem. saya update guna lappy baru!

story written by shaqjaja at 9:17 PM 0 awesome people Links to this post
assalamualaikum

dah lama dah tunggu saat ni. sekarang baru ada port, ada masa, ada idea, ada modal nak bercerita. :D

since jpa pun dah masuk maka dengan ini saya ishtiharkan lappy baru bakal mendiami rumah ini! yeay! apa aku merapek ni!

ehem. baru nak upload pic. lupa pulak lappy baru. mana ada gambar. XD semalam jpa untuk student uitm dah masuk. lepas dapat duit je terus ke plaza alam sentral. ha amik! tak sabar sangat kan. mula- mula usha kedai melayu. dia promote acer. macam tak percaya sangat kat acer. owner kedai sendiri cakap cepat rosak. =.=' lepas tu masuk kedai melayu lagi. brader ni cakap tak nak pandang mata. dia pandang tettttt. haha tapi dia nampak macam baik je. tapi tak puas hati lagi. cari lagi kat kedai lain. try masuk kedai cina. sekali cina tu biadap gila. dia tanya nak cari lappy untuk application apa. aku cakap nak cari untuk grafic design bawah 2 ribu and kalau boleh nak intel i5. japgi dia gelakkan. eh kuang hajo! cili mulut tau la. dia kata mana ada intel i5 bawah 2 ribu. benda sekarang semua kedai jual bawah 2 ribu kot. eeee menciknya! dah la cina suka menipu.

lepas beli lappy terus balik sebab rasa macam terkilan bila dalam sehari rm2000 aku cashout. tapi present untuk sayang intan payung belum cari lagi. ahad nak jumpa dah. susah betul nak cari present untuk lelaki. dah la mahal. :| ughhh why! nak beli baju rasa macam tak berbaloi kalau sehelai sampai 100 kan. benda aku pun pakai yang 3 rm50. haha bukan kedekut tau. aku rasa selesa. pakai pun tak menyesal sangat. XD nak belikan seluar tak tahu saiz lak. duhhhh bagi kasih sayang je la.

so aku decide nak beli kat kedai yang kedua aku usha tu. harga dia rm1998 termasuk antivirus. ok la kan. intel i5 kot. warranty 2 tahun. time dia tengah prepare lappy ni kita orang which is eman aya and effi menipu sembang dengan abang-abang kat kedai tu. dia cakap eman macam izara aisyah. abis tu aku iyakan aje la. sekali dia percaya aku cakap eman ni adik izara. =.=' mengilai abang tu gelak. banyak lagi benda yang dia kena tipu.


asus k43sv
see.. plastic cover tak nak buka tu. konon-konon nak bagi tahan lama. muahaha andddd aku beli ni jugak! sama dengan eman.


shomel kannnn. dia ada diamond in between cross section tu
setakat ni tu je la yang baru beli. ada lagi yang bakal di beli. wakakaka lappy dell yang lama tu bagi mama je. nak jual sayang sebab tu orang belikan time belajar kat asasi dulu. tak baik kan jual barang orang bagi. 

ok dah. takde idea nak bebel lama-lama. byeeeee

p/s: this year tak buat entry untuk birthday boy. dah la semalam nangis sebab tak dapat jumpa. haha shiann ye syg ni

Sunday, September 16, 2012

new beginning

story written by shaqjaja at 12:08 PM 1 awesome people Links to this post
assalamualaikum


dah seminggu sem 3 start but now baru ada masa nak update blog. bukan takde masa. masa tu ada je. idea je takde. plus malas. :\ since balik hari tu asyik tidur je. nak nak lepas makan. 

so bila dah masuk sem baru, semua tengah kaya mesti la macam-macam benda nak buat kan. so start dengan wall art. actually plan nak buat benda lain. but jadi lain. 



sem ni jugak kitaorang beli perabot baru. colorful dah macam tadika. :\

gambar before ada wallart painting tu.

last sem pakai meja jepun. pakai meja tu jadi pemalas. semua benda suruh orang amikkan. sem ni mintak mintak rajin sikit la. sebab kerusi tu menyakitkan. hujung dia macam tajam macam pisau. karang bangun dari kerusi tiba-tiba terus mengesot sebab kaki takde. wakaka 

ok cerita dalam kelas pulak. kelas aku untuk sem ni ramai sikit sebab budak diploma yang dah grad terus masuk sem 3. currently klas aku ada 37 orang. 19 lelaki. 18 perempuan. ramai gila. sem lepas ada 18 orang je. 5 lelaki 13 perempuan. en sharim masukkan budak-budak kelantan lepas dip dalam kelas kitaorang sebab sem lepas budak kelantan yg dari sem 1 semua masuk kelas lain. last skali budak kelantan lepasan diploma tu bising gila. haha silap besar!

sem ni subject agak tough. dah la 10 subject. :| yang paling best bila subject paling susah lec yang paling tak reti ajar yang kena ajar. T_T why oh why!! presentation pulak kena 2 orang je 1 group. k fine. 

hope sem ni lagi baik dari sem lepas. yang lepas biarkan lepas. yang baik jadikan tauladan. yang buruk jadikan sempadan. :)

till then, bye..






Saturday, September 8, 2012

jaja the poyos konon-konon nak rindu KL

story written by shaqjaja at 2:18 PM 0 awesome people Links to this post
assalamualaikum

hari ni last kat rumah. last night nak tidur kat atas katil yang empuk sampai subuh pun berapa kali tah terlajak. actually 2nd day cuti aku dah kira lagi berapa hari nak balik. seriously kat rumah bosan gila sebab aku takde member kat sini. yang paling dekat pun epul. so hari-hari jumpa dia je. sebab aku duduk hostel dulu so member banyak duduk jauh-jauh. nak keluar kena plan dulu. aku tak suka plan sebab nanti tak jadi. hee macam shit je alasan aku. 

oleh sebab selalu sangat jumpa epul maka bergaduh la. dah takde depan mata baru nak cari. rindu la. nangis la. yang menangis for sure bukan aku. semalam last keluar pun gaduh lagi. duhh gaduh sebab aku tumbuk dia then tak minta maaf. =,=' tak tahu pulak sakit. selalu elak. nape tiba-tiba macam orang takde akal tadah muka. haha sorry dear. :p lepas ni tak jumpa dah. tak kena tumbuk dah k?

so esok effi, eman and aya nak datang rumah. actually effi baik hati nak amik aku kat rumah. u never ever gonna find someone else like her! selalu boyfriend je sanggup buat macam ni. maybe sebab sayang tu sama level dengan sayang boyfriend kot. hihihi  *im not gay ok. 

lama sangat aku tunggu 9 september. *tiba-tiba rasa macam dalam movie*

lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:
Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

ha kan dah rasa berdosa. :( tapi kita bosan sangat kat rumah. stress pulak tu. tapi esok bila balik mesti rindu rumah pulak. 

tapi rasa macam poyos gila nak rindu rindu. rumah sekangkang kera je dari shah alam tu. pehlis la nak rindu. maybe rindu sampai jpa masuk. lepas jpa masuk tak rindu rumah pulak la. hehe

currently rindu rumah yang bawah ni.

dinning. comel kan? haha i know. 

port guwe

sem ni nak decorate sikit wall yang kosong tu. 

till then, bye peeps.

Friday, September 7, 2012

jogging with 2 creatures

story written by shaqjaja at 12:12 AM 0 awesome people Links to this post
assalamualaikum

rasa macam tak percaya je. tampar diri sendiri pun rasa tak rasa je. miahaha yang tu over. aku dah lama berniat nak buat benda ni. ecehhh berniat tu tak menahan.

actually hari ni aku pergi jogging. with this 2 creatures. 

shuwitnyaaaa
actually nak jogging berdua je dengan adik aku. time nak keluar rumah tu datang pulak makhluk lagi sorang ni. ajak la dia ingat nanti agak-agak dah boring aku buli budak ni. lol lari tinggalkan dia ke kan. konon-konon la ni. sekali........

konon-konon juara Olympic 
ha amik! juara Olympic kau! dia lari siap posing! BURN!! niat nak tinggalkan dia tu satu kesilapan bila dia tinggalkan aku dulu. kuangkuangkuang. so kitaorang jalan lagi nak ke trek jogging tu. bila sampai kat puspakom sekali.....jeng jeng jeng

aku dah prepare diri ini untuk lari dari hanjing. SEKALI!! ada angsa! 

level takut : 765432439464548382
level juara olympic takut: 765432439464548382 x 2

double the fear. harap jantan je kau ni. penakut! tak leh pakai betul. so lets continue the journey. 

pitstop
ah budak ni. dari jauh dah lari nak duduk sini. dia ingat tempat ni kot yang aku nak pergi. sorry baby, jalan lagi. jauh lagi. 

ha baru dia jumpa "amang" (taman)
tak lama dia main. kejap je. ingat aku boleh tengok dia senang? tak dapat jackkkkkk.. 
aku ajak dia jogging. aku lari dia pun sibuk. lari sekali jatuh 2 kali. =.=' aku lari 2 meter je kot. sebab si bulat ni kejap-kejap berhenti. mau tak! trek jogging tu banyak pokok. ada sungai. tempat dia macam tertutup sikit. bahaya la kalau jog sorang-sorang. lepas tu banyak nyamuk. memang jadi rezeki nyamuk la kan budak ni. dah putih gebu. mampat macam nak meletup. kesian dia semua tempat kena gigit nyamuk. kalau dia takde tadi memang aku jadi mangsa nyamuk. hehe

pity abang.. esok nak ikut lagi tak?

aku tanya nak ikut lagi ke tak. dengan bangganya dia cakap nak. -,- tak serik tu. memang la tak serik. mana ada budak tak suka tempat macam ni kan. part taman tu je la. 

dia tak kasi orang buaikan dia

nak jugak!

dia tak nak main gelongsor sebab ada semur SEKOR DUA

so that's for today. tomorrow nak teman mama pergi hospital. petang kalau ada masa boleh pergi jogging lagi. kena pertimbangkan nak bawak abang ke tak. dah la dia tipu aku. aku tanya ibu kasi pergi ke tak. dia siap tambah "ibu kata pergilah dengan along". padahal!! ibu dia kata jangan pergi. dia lari sampai rumah aku lepas tu terus menyorok. abang abang....









Monday, September 3, 2012

Dr.Halina and her cute baby

story written by shaqjaja at 11:34 PM 0 awesome people Links to this post
assalamualaikum

seperti malam-malam yang lain.. malam ni.. 

ok tak payah nak bunga sanggggattt lah! *gaya johan*

rutin waktu cuti ni memang sama je. bangun makan online tidur. kalau cuti setahun means setahun la i macam ni maka meletup la tahun kemudiannya. haha

#np i can't do it alone

hehe i like to tell people what song i'm listening to. tapi i tak suruh dengar pun ok. eh rasa macam gedik sikit. rasa tak? 

setiap malam mesti i baca blog. tak kisah blog siapa. tak kenal pun baca je. :) ada nak recommend blog siapa-siapa ke? sila-sila.

tadi time online twitter tiba-tiba nampak ada orang retweet tweet Dr.Halina. 

sumber: abg google
in case ada yang tak kenal la kan. anak dia sweet sangat. comel sangattttt.


try la baca. dia cerita tentang pengalaman dia as mommy to a cute lil baby. supermommy la sebab dia memang superb! dah la baby dia cute. husband hensem and dia sendiri pun lawa. pandai pulak tu. grrr jelly level 9999. plus her baby can swim! isn't that adorable? alolo comelnye baby swimming...

hihi she can be my idol. her family can be my idol. eh? idols la eh? hehe kalau nak jadi macam dia, kena kaya dulu la baru boleh kahwin. take note encik saiful!

till then. bye. :)

p/s: kita merancang tuhan yang menentukan. insyaallah

Sunday, September 2, 2012

le husband in future

story written by shaqjaja at 10:18 PM 0 awesome people Links to this post
assalamualaikum

lately ni selalu je takde mood nak update blog. dalam fikiran dah susun karangan A.Samad Said dah. bila buka je blogger dashboard terus blur. 

aku kat rumah ni memang otak tak berkembang. balik shah alam nanti kena work out sikit. bukan nak kurus ke apa. untuk kejut sel-sel otak yang hibernate selama 2 bulan ni. wakaka ayat nak over je. kelas kau jah!

*#np someone like you

konon-konon nak amik feeling la ni walaupun entry takde kaitan dengan lagu atau penyanyi ini.

lately ni epul kerap la datang rumah aku. aku rasa seronok kalau dia datang rumah, lepak semeja dengan parent aku. hihi konon-konon weekend lepas tu me and le husband visit my parent. *terover lagi*

aku bukan apa. aku nak mama and ayah kenal epul. deeply. so that my parent can trust him. tau dengan siapa aku keluar and balik malam. *balik malam tu point*. hihi bukan selalu. 2 bulan ni je. hehe

epul is my first and i hope the last man i've ever love. hee sweet kan? i know. huhu and yes. i'm serious with him. he's gonna be "le husband". he will. he must. 

kitaorang pernah broke up. and aku pernah cakap "aku takkan jilat ludah aku balik" i guess i was wrong cuz he's the best 'ludah'. wakakaka im sorry sayang. 

now he is my bestfriend and my boyfriend. sweet lagi kan? haha macehh.

tapi aku selalu marah dia. kadang bukan salah dia pun dia kena jugak. so kat sini dia bukan sahaja bff & bf dia juga tempat aku lepaskan geram. hehe 

tadi dia datang lepak kat rumah aku sebab aku malas nak keluar jalan-jalan. penat je nanti. time tengah lunch pukul 5 *eh?* dia terlepas cakap "mama tak makan?" sambil pandang ke nasi di pinggan yang dah tambah 3 kali sambil tergelak kecil. ha amik kau

ok dah. banyak-banyak kang ada yang kembang. lagi pun rojak mama dah seru aku ke meja makan. bye
                                                                                

Friday, August 24, 2012

nasib baik jumaat. kena sabar lebih sikit.

story written by shaqjaja at 2:55 PM 0 awesome people Links to this post
assalamualaikum

dear diary, 
so today aku teman mama pergi hospital amik result medical check up hari tu. erm yeah. baru nak amik result. hospital kerajaan biasa la. belum kaya lagi nak ke hospital swasta. ini yang terjadi kat hospital tadi.

time tengah tunggu giliran tu tiba-tiba ada announcement. aku dengar tapi tak paham sebab belum sempat dia habis announce suddenly everyone macam rushing ke counter. lepas tu aku blur-blur macam orang retarded tengok je. haha habis tak kan nak lari jugak padahal tak tahu situasi sebenar. lagi la retarded kan.

lepas amik nombor kena pergi jumpa doktor pulak. part ni yang aku rasa nak syahidkan semua orang. ada la sorang mamat ni dia duduk kat depan bilik doktor. konon kena buat ujian saringan before jumpa doktor. time ayah aku tunjuk kad tu dia suruh amk nombor pastu tunggu doktor panggil. tunggu punya tunggu dari hospital macam pasar malam sampai hospital macam u time cuti pun doktor tak panggil lagi. 

bila tanya kat staff lain dia kata kena amik result dulu baru jumpa doktor. 

la hawla wala quwata illah billah

berzikir jap.

aku tunggu sikit punya lama. kalau nazak, dah mati. kalau tidur dah mimpi. kalau makan dah tersadai.

sabar je la...

so ini result dia. 

so my mom ada thyroid 


farmasi dia meriah gila macam rumah terbuka!

hah amik kau!

so ni one of ubat yang doc bagi. cuba tengok betul-betul kt ubat tu. tulisan doctor tu cantik kan? ok. bukan doctor. pharmacist. 

sungguh extreme. 6 biji sekali makan.

tu je yang mampu aku ceritaI. mengantuk dah. lapar lagi. macam orang puasa dah aku ni. till then. bye.




Monday, August 20, 2012

Sekali kawan selamanya kita tetap kawan

story written by shaqjaja at 6:15 PM 2 awesome people Links to this post
assalamualaikum

*singsing lengan baju* ehem. sebenarnya takde mood nak update ni. sebab sekarang ni aku tengah lapar gila. nak-nak hujan kan. double la lapar dia sama macam harga mcdelivery time raya. *kekejaman di malaysia*

ok intro macam tak kena je kan. takpe. abaikan. aku nak bercakap pasal kawan. *tiba-tiba annoyed dengan diri sendiri*

dari sekolah rendah convent sampai sekolah menengah convent. lepas tu masuk teknik gombak. then sambung kat matrik teknikal johor. lepas tu guna cable masuk uitm puncak alam buat foundation in engineering. *megah je bunyi nye* 

bila dah pindah dari satu tempat ke satu tempat of course la kita akan jumpa orang baru. buat kawan. jadi rapat. lupakan yang lama. kan? ni hakikat. kalau tak sorang dua kau lupa mesti ada jugak yang di lupakan. (^^,)

so masalah kat sini bila kawan kita jumpa orang lain then dia lupa kat kita. aku pun buat benda yang sama. tapi.....

kenapa perlu rasa marah dengan kawan kau kalau dia dah tak contact kau? kenapa bukan kau yang call or message dia dulu? think! dont simply judge.

selalu kalau kawan dah tak call lepas tu kau nampak dia tweet seronok-seronok dengan kawan baru kau mesti terasa. then kenapa tak start the conversation first? instead of waiting for them why dont u just text him/her first.

aku memang banyak lost contact dengan kawan lama. bukan lost la. lost bunyi tak sedap. jarang contact. tapi ada je aku still contact. contohnya atie. *dia sorang je aku still contact* :| aku bukan tak nak call/message dorang tapi aku tak tahu nak cakap apa. selalu benda yang sama je yang di tanya. khabar. belajar mana. duduk mana. rumah sewa kat mana. lepas tu marah-marah sebab tinggal dekat tapi tak pernah jumpa.

tapi kat sini aku tak berani komen lebih sebab situasi berbeza. ada yang rumah dekat sekangkang kera tapi batang hidung tak pernah nampak.

bila kita semakin dewasa kita travel sana sini. jumpa macam-macam jenis orang. jumpa yang perangai pelik-pelik. yang tak boleh berkawan dengan orang pun ada *patut berkawan dengan binatang*. yang ni jenis dengan semua orang dia nak gaduh.

pilih kawan betul-betul. cari yang boleh hidup sama-sama. susah senang dia ada. :)

aku ada eman, aya, effi, and yus. dorang selalu ada dengan aku bila aku sedih, happy, marah. even bila aku susah pun dorang yang offer nak tolong. aku hope friendship aku dengan dorang last forever. :) insyaallah.


eman, yus and effi. :) i love them.

yus and beloved aya.
takde motif lain eh gambar yus ada 2. tak jumpa gambar aya.

ok. nak keluar. today mama tak masak so kena makan kat luar. :| her nose bleeding. 

Friday, August 17, 2012

P14G vs Unifi

story written by shaqjaja at 5:30 PM 0 awesome people Links to this post
assalamualaikum

ni bukan nak api-apikan ke apa eh. cuma aku nak bagi tau pasal unifi dengan P1 ni. 

rumah sewa kat shah alam tu aku pakai P1. kalau pakai broadband kan lemz (lembab). pastu nak bayar pun rasa macam tak berbaloi. sorang katakanlah RM80 (pakej celcom). lepas tu youtube kalau buka lusa baru boleh tengok kan.

so bila pakai P1 aku puas hati. memang laju. tak sempat loading. aku jarang nampak page loading. download lagu ke apa file ke memang laju. apatah lagi youtube. tengok movie kt youtube pun smooth je. takde sangkut-sangkut. bayar pun RM27 sorang sebab share 5 orang.




waktu beli tu (eman yang beli) eman ada tanya, "kitaorang ni students, kalau cuti macam mana eh?". penjual tu kata "takde masalah. pergi kat HQ. boleh terminate sementara". bila datang cuti tu aku jadi saksi orang yang duduk kat counter customer service tu kata "cik dah salah maklumat ni. kita takde perkhidmatan macam tu". 

r u f*cking kidding me miss?

aku tak tahu dorang memang sengaja buat macam tu sebab nak market ke apa. tapi memang berdosa la tipu customer. nak-nak students. kita orang menuntut ilmu dorang boleh main kencing macam tu. 

aku baru je pakai unifi kat rumah ni. dia ada promosi untuk bulan julai hari tu. pemasangan free. sepatutnya installation fee dia RM 200. bila dah pakai 2 3 hari tu tiba-tiba unifi buat hal. kejap-kejap lost connection. pastu kena restart kat modem. kalau sekali 2 tak pe tau. ni banyak kali. kadang-kadang tu sampai 2 3 kali dalam sehari. jahanam la lama-lama kalau macam ni.

so aku call customer service. dia kata maybe ada masalah pemasangan & nanti dia hantar orang untuk tengok. kalau dia datang kena bayar RM 50. tak jugak kot aku nak bayar.  nak datang TENGOK tak kan kena bayar RM 50. bila dia call untuk confirmkan pukul berapa nak datang tu aku cakap "internet dah ok. tak yah datang la eh" haha 

so tadi modem ni buat hal lagi. aku call orang lain pulak. aku call orang yang datang pasang hari tu. bila aku call dia cakap "modem tu baru lagi. dia memang macam tu. dalam seminggu dua ok la nanti"


seriously? 

FINE! unifi ni memang nak kikis harta benda aku ke apa. sabar je la puasa-puasa ni buat hal. 

Thursday, August 16, 2012

Terkedu!

story written by shaqjaja at 12:54 AM 1 awesome people Links to this post
assalamualaikum

tak tahu macam mana nak buat intro. tapi yang penting malam ni aku boleh senyum sampai ke telinga bawak ke mimpi la. :DDDDD

hari ni aku pergi tengok movie. total recall. aku rasa movie ni bosan. serius bosan. rugi je 2 jam setengah tengok. -.-'  lepas habis movie aku membebel macam mak nenek. tetiba ada orang cakap buat aku terkedu. rasa nak beli semua baju raya kat wangsa walk tu. muahaha

tak tahu la ni proposed ke apa. tapi aku happpppppyyyy sangat-sangat!!! 

Usah dambakan suami semulia Rasulullah
Jika diri tidak sehebat Khadijah 

Tidak perlu suami 
sehebat Sulaiman 
Andai diri tidak secantik Balqis 

Usah mengharapkan suami setampan Yusuf
Jika kasih tidak setulus Zulaikha

Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Jika diri tidak sekuat Hajar dan Sarah

Usah bermimpi mendapat lelaki seperti Ali
Jika diri tidak sehebat Fatimah

wahhh rasa macam esok jugak nak kahwin. GATAL! 

tapi aku berangan sakan ni mesti mak aku tak kasi. TT_TT tak kisah la. yang penting dia dah cakap. hee aku tak nak seronok sangat. baru "cakap" nak hantar tanda. belum hantar lagi. macam-macam lagi boleh jadi sekarang kan. so aku tak yah la sibuk ye ye nak tengok pelamin la. usha baju la. usha cincin la. relex sudah..... kecoh-kecoh esok tengok-tengok tak kemana. kan kan kan.

bercakap pasal usha cincin. aku tengah usha lappy sekarang ni. nak beli lappy baru. semua macam suggest ASUS je. tapi kejap-kejap terasa kaya nak pakai vaio. muahaha tak kisah la. ada duit baru serabut kepala nak beli apa.

ok. bye. 


Tuesday, August 14, 2012

semester 3 yang menjelang tiba

story written by shaqjaja at 12:54 AM 0 awesome people Links to this post
assalamualaikum

dah lama dah nak update pasal benda ni. tapi mood tak mengizinkan. duduk rumah ni aku selalu je nak marah. =.=' sekarang tengah bahagia. :)

so today aku nak cerita pasal semester 3. eh? macam tah pape je kan. cuti pun sebulan lagi ada. actually nak tunjuk sikit banyak subject untuk sem depan. 

boleh nampak ketidakikhlasan dalam memuat naik jadual ni. 

yang credit hour 3.0 tu gegel lutut tengok. T_T sem lepas ada 3 subject je yang credit hour 3.0. susah kalau credit hour banyak sangat ni. 

tapi takpelah. usaha tangga kejayaan. usaha lebih sikit dari sem lepas sebab subject pun banyak sikit dari sem lepas. 

p/s: sedang aku seronok nak update blog tiba-tiba mood aku spoil. fffuuuuu!!!

Monday, August 6, 2012

keep calm and....

story written by shaqjaja at 11:25 PM 0 awesome people Links to this post
assalamualaikum


blog dah bertukar wajah. tangan aku memang gatal tak boleh duduk diam. ada je benda nak diubahkan. lagi pun before ni ada gambar eman free hair. dosa orang tengok aurat dia kat blog ni aku yang tanggung kan sebab aku yang post. lagi pun eman sekarang dah pakai tudung. :) alhamdulillah. semoga allah kuatkan iman dia. bukan senang nak berubah kan. dengan pengaruh orang sekeliling lagi.

cakap pasal pengaruh orang sekeliling tiba-tiba aku panas hati. hmm aku tak nak kotorkan blog aku dengan cerita pasal dia. sebut nama dia pun aku tak nak. aku dah lupakan dia. aku tak nak cerita buruk pasal orang even perangai orang tu memang buruk pun. haha



thankz for spending your time :)

p/s: demam eh? kesian awak..

Sunday, August 5, 2012

kan senang..

story written by shaqjaja at 5:13 AM 0 awesome people Links to this post

update blog via mobile. awesome kan? tapi boleh nampak la kat mana kunonya tu.

Friday, August 3, 2012

alhamdulillah

story written by shaqjaja at 2:49 PM 0 awesome people Links to this post
assalamualaikum

alhamdulillah. dah dapat tengok result. and result aku ok je. berbaloi dengan usaha. kalau dah study last minit ni la hasilnya kan. 2 hari sebelum paper baru buka buku yang tak pernah buka before ni. 


apa yang aku cuba ketengahkan ialah 'berbaloi kau mencarut habis paper aritu'. aku tak ingat part mencarut yang mana sebab aku 24/7 mencarut. haha serius ni.

actually pointer tak hebat pun. tak dekan pun. :) expectation aku untuk sem pun tak tinggi. aku just harap pointer sem ni lagi baik dari sem lepas sebab usaha pun lebih dari sem lepas. 

alhamdulillah. ada peningkatan. and aku harap sem depan pointer lagi baik. datang dah angan-angan mat jenin tu. 

bukan angan-angan mat jenin eh. ni serius. tapi sem depan ada 10 subject. so susah sikit la. susah sikit. tak banyak. hee aya pun dah berangan nak tidur ptar. haha




p/s: i'm happy today. :D


ke-nervous-an

story written by shaqjaja at 7:14 AM 0 awesome people Links to this post
assalamualaikum

now dah 7.07 am but result still lagi tak boleh tengok. orang lain boleh je. kenapa aku sorang je ni. sem lepas pun macam ni and ianya berakhir dengan kekeciwaan. sobs

takpe. ujian ni. sabar eh jaja...

i'm waiting.. and waiting.. and waiting.. and still waiting...



p/s: cuak kebebeyh ni. 
 

SHAQJAJA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review