Wednesday, January 25, 2012

air mata sahabat

story written by shaqjaja at 12:10 AM
assalamualaikum

last final exam aku paper law. ada gap 4 hari dengan paper yang sebelum tu. so aku ada masa la study awal. last night before exam tu kita orang buat study group ramai-ramai. berlapan la. macam biasa. geng-geng kitaorang. aku. effi. ija. aya. iman. lela. mira. fatin. 

malam tu aku lepak dengan effi. actually dia ada hutang aku satu cerita. aku nak tahu kenapa dia selalu sangat menangis. dulu aku takut nak tanya sebab dia ni lain macam sikit. garang. haha

so malam tu dia cerita la apa masalah dia. 
sebelum dia cerita dia ada bagi hint. dia post lagu mungkin nanti. dari situ aku macam dapat tangkap sikit apa masalah dia.
dia cakap sem depan dia dah takde. means sem depan dia dah tak belajar kat shah alam. dia cakap mak dia tak kasi and ada lagi la masalah dia. mula-mula tu aku macam senyap je. speechless man!! terkedu aku. tak tahu nak cakap apa. 

"takpelah fi. ko balik je la." 
ayat tu terpacul dari mulut aku. macam bukan aku yang cakap. lepas tu aku menangis tapi cover baik punya la. buruk siak muka aku kalau menangis. haha
tapi last-last kantoi gak. 
FAILED!
orang lain ingat aku dengan effi lesbian. =,=' (jadahnya kau!)

malam tu aku dah tak boleh study. baca apa pun tak masuk. mata pandang nota. fikiran aku kat mana-mana tah. kejap-kejap menangis. 
malam tu aku tidur dengan effi. last night dengan dia. tapi aku tak tidur pun. terlelap sekejap aku terus bangun tengok effi then aku pusing tempat lain. 

paper aku pukul 2 petang. aku bangun pukul 8.30 then terus pergi mandi. lepas mandi bukan study pun. aku lepak bilik iman. kitaorang print gambar. print gambar kitaorang yang pakai baju malaysia tu. and untuk kali ke berapa tah aku menangis lagi tengok gambar effi. bayangkan la. nak tengok muka dia pun aku dah sebak.

kat kelas nak amik exam aku suruh effi duduk depan aku. kenapa tah aku tarik dia. =,='
time law tu aku all out. apa yang aku baca tu lah yang aku tulis. 25 markah tapi ayat pendek gila. lantak la. aku dah tak reti nak elaborate dah. habis je ayat last untuk soalan last, aku letak pen and terus meleleh air mata. serious aku cakap. air mata ni tak boleh control. aku tahan tapi tak boleh. aku pandang effi aku menangis. aku tunduk then ok. benda tak boleh nak tengok dia. 

actually aku tak nak menangis depan effi. tapi . . . 
sorry sayang. aku tak kuat. :'(

habis law kitaorang naik bas sebab nak usha laluan bas nak pergi rumah sewa. dalam bas pun menangis. aduh!! masalah siak aku ni. banyak ketawa ni lah bahana nya. lepas tu pergi makan and aku menangis lagi. 

balik tu aku packing sebab malam tu jugak aku balik. tengah packing pun aku menangis. habis packing iman, aya dengan effi datang lepak. actually aku tak nak effi tengok/hantar kat kereta time aku balik. tapi dia kata kalau aku tak panggil dia nanti dia tak nak usaha datang sem depan. 

"fi. if aku bagi kau hantar aku balik, kau janji kau ada sem depan?"
" . . . . "

malam tu aku bagi tahu aya kenapa aku asyik menangis. aku bukan tak nak bagi tahu awal-awal tapi aku tak nak kau pressure time jawap law nanti ya. :'(

malam tu aku menangis lagi. tak boleh terima effi takde sem depan. tapi aku janji dengan dia tu last air mata aku. lepas ni aku tak kan nangis lagi. 

dah sampai rumah aku menangis lagi. tapi aku cuba tahan sebab aku dah janji dengan effi. 
sorry fi. aku dah cuba. tapi aku tak kuat macam kau. :'( 

18.1.2012 
10 pm
anggerik

aku harap sangat aku boleh jumpa kau lagi. aku harap kita boleh sama-sama grad kat sini. if kau ada kat sini sem depan, aku promise, aku, iman, aya, ija, lela, mira, fatin akan jaga kau. :'( 

mood: peterpan-semua tentang kita

p/s: benda ni dah lama tapi hari ni baru aku ada kekuatan nak tulis benda ni. but still... bergenang. . .


1 awesome people:

Post a Comment

 

SHAQJAJA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review