Monday, February 13, 2012

macam mana settle masalah cara orang yang educated

story written by shaqjaja at 11:31 PM 4 awesome people Links to this post
assalamualakum

entry aku macam biasa lah. nak bergaduh je. benda tak puas hati mestilah cerita kat belog kan. daripada update status kat facebook pastu takut pastu remove. macam jantan takde kemaluan. wakaka jujur je la ye. susah nau nak berselindung ni.

so hari ni entry aku nak cerita macam mana educated people settle masalah. educated tu semua orang educated. yang pergi sekolah haruslah educated kan. wakaka ok yang sekolah tu tak yah kira la kan. yang masuk u ni kita citer.

umur aku pun dah 20. malas nak bergaduh. berselisih paham. salah paham tu biasalah. sedangkan lidah lagi tergigit ye dak? ni kan pulak kita manusia biasa. tapi aku kalau gaduh dengan kawan-kawan aku cari the best way nak settle masalah. u know tengking-tengking, update status kat fb, maki kat belog, thats not the way. kena la ingat.. kau berdepan dengan kawan. susah senang sama-sama. benda kecik tak payah nak cerita satu dunia. kita duduk bersila makan megi then settle masalah. ni cara orang masuk u / educated people settle their problems. awesome kan? nampak fake je kan? memang fake pun. megi tu tak lah.

memang la puas dapat buat dia sakit hati maki bagai, kecoh satu dunia, update kat fb. tapi apa kau dapat? tak rasa macam bodoh ke buat macam tu? kau rasa masalah boleh settle? tak boleh... kau mengeruhkan lagi situation tu. elok-elok benda kecik terus dah tak bercakap, dah tak bertegur sapa.

tsk tsk tsk how stupid kan..

tapi aku pun tengok orang la jugak. kalau aku dah cuba nak berbaik tapi dia pulak buat taik, buat apa aku buang masa nak settle masalah? dalam dunia ni tak de masalah tak boleh settle. semua benda boleh settle. cara masalah tu settle je berbeza. and cara penerimaan jalan penyelesaian tu pun berbeza. terpulang pada waras akal.

lepas masalah settle ada 2 benda je akan jadi. either kau lagi baik dari before ni or kau rasa awkward bila kau try nak bercakap. sebab tu bila kau nak buat masalah fikir la 2 3 kali. bila kau berdepan dengan masalah pun fikir la dengan siapa kau cari masalah. macam mana nak settle masalah. and lastly, jangan besarkan masalah dengan ungkit benda lepas. 

bila nak try settle masalah, kena sabar. sabar subur tak sabar masuk kubur. wakaka

get educated, be intelligent. 

sebab tu orang suruh pergi sekolah! belajar tinggi-tinggi. biar berfikir tu waras sikit. tapi ada je orang lagi tinggi dia belajar lagi bodoh lak dia jadi. tak boleh bawak berbincang! ceit!

later aku update macam mana nak settle masalah dengan orang lagi tua. 

Saturday, February 4, 2012

cat rumah #2

story written by shaqjaja at 8:34 PM 0 awesome people Links to this post
assalamualaikum

so hari ni rumah aku lengkap menjadi tadika islam. =,=' epul pun join cat sekali. heee sweet sangat! then kitorang lunch sekali. maka dengan itu terkantoilah perangai tak senonoh aku yang suka mencuri lauk and sendawa kuat-kuat lepas makan. 

yang paling aku tak sangka, nenek aku yang makan seciput tu boleh tambah nasi tadi. mak aku tegur la kenapa hari ni bertambah pulak. then dia cakap "makan dengan cucu (epul). ok la kot. boleh terima. nenek saya sayang bf saya. (pijaksampaimati!). tapi hari ni memang mak aku masak sedap pun. lain sikit dari biasa. maybe sebab bakal menantu datang makan kot. (pijaksampaimati!#2)

ok. dah tak larat nak taip. rasa macam nak mati je ni. padahal tadi aku cat sikit. memebel lapar banyak la. 

btw thankz a lot sayang. :)

Friday, February 3, 2012

cat rumah #1

story written by shaqjaja at 9:55 PM 2 awesome people Links to this post
assalamualaikum

esok nak cat rumah. tu memang tak surprise pun. yang surprise nya mak aku suruh epul datang cat.

SERIOUSLY?????!!!!

aku pelik sangat kenapa ajak datang cat?

mak aku cakap dia tak nak aku rasa apa yang dia rasa. cinta terhalang. bawa diri datang kl. mak aku kata dia terima je pilihan aku. asalkan lelaki tu boleh jaga aku, adik-adik aku and mak ayah aku. 

so mr.right, kau kena terima family aku macam mana kau terima aku. :)

p/s: get well soon effi sayang. :)

Thursday, February 2, 2012

maxis ke digi

story written by shaqjaja at 2:37 PM 0 awesome people Links to this post
assalamualaikum

aku nak convert maxis ke digi. then adik aku cakap. 

"mahal lah nanti'

bila masa tah dia nak mesej aku. aku pakai maxis pun dia takde nak mesej. pastu nak bising mahal. 

=,='

Wednesday, February 1, 2012

bad kids

story written by shaqjaja at 5:26 PM 2 awesome people Links to this post
assalamualaikum

aku benci budak-budak. uuurrrggghhhhh!!!

budak yang baru nak membesar ni sangat nakal. datang rumah orang habis semua benda nak pomen. sekali tak duduk diam! 

ceit!!

bad kids!! shuhh shuhh!!!

 

SHAQJAJA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review