Friday, August 24, 2012

nasib baik jumaat. kena sabar lebih sikit.

story written by Shaqjaja at 2:55 PM 0 awesome people
assalamualaikum

dear diary, 
so today aku teman mama pergi hospital amik result medical check up hari tu. erm yeah. baru nak amik result. hospital kerajaan biasa la. belum kaya lagi nak ke hospital swasta. ini yang terjadi kat hospital tadi.

time tengah tunggu giliran tu tiba-tiba ada announcement. aku dengar tapi tak paham sebab belum sempat dia habis announce suddenly everyone macam rushing ke counter. lepas tu aku blur-blur macam orang retarded tengok je. haha habis tak kan nak lari jugak padahal tak tahu situasi sebenar. lagi la retarded kan.

lepas amik nombor kena pergi jumpa doktor pulak. part ni yang aku rasa nak syahidkan semua orang. ada la sorang mamat ni dia duduk kat depan bilik doktor. konon kena buat ujian saringan before jumpa doktor. time ayah aku tunjuk kad tu dia suruh amk nombor pastu tunggu doktor panggil. tunggu punya tunggu dari hospital macam pasar malam sampai hospital macam u time cuti pun doktor tak panggil lagi. 

bila tanya kat staff lain dia kata kena amik result dulu baru jumpa doktor. 

la hawla wala quwata illah billah

berzikir jap.

aku tunggu sikit punya lama. kalau nazak, dah mati. kalau tidur dah mimpi. kalau makan dah tersadai.

sabar je la...

so ini result dia. 

so my mom ada thyroid 


farmasi dia meriah gila macam rumah terbuka!

hah amik kau!

so ni one of ubat yang doc bagi. cuba tengok betul-betul kt ubat tu. tulisan doctor tu cantik kan? ok. bukan doctor. pharmacist. 

sungguh extreme. 6 biji sekali makan.

tu je yang mampu aku ceritaI. mengantuk dah. lapar lagi. macam orang puasa dah aku ni. till then. bye.




Monday, August 20, 2012

Sekali kawan selamanya kita tetap kawan

story written by Shaqjaja at 6:15 PM 2 awesome people
assalamualaikum

*singsing lengan baju* ehem. sebenarnya takde mood nak update ni. sebab sekarang ni aku tengah lapar gila. nak-nak hujan kan. double la lapar dia sama macam harga mcdelivery time raya. *kekejaman di malaysia*

ok intro macam tak kena je kan. takpe. abaikan. aku nak bercakap pasal kawan. *tiba-tiba annoyed dengan diri sendiri*

dari sekolah rendah convent sampai sekolah menengah convent. lepas tu masuk teknik gombak. then sambung kat matrik teknikal johor. lepas tu guna cable masuk uitm puncak alam buat foundation in engineering. *megah je bunyi nye* 

bila dah pindah dari satu tempat ke satu tempat of course la kita akan jumpa orang baru. buat kawan. jadi rapat. lupakan yang lama. kan? ni hakikat. kalau tak sorang dua kau lupa mesti ada jugak yang di lupakan. (^^,)

so masalah kat sini bila kawan kita jumpa orang lain then dia lupa kat kita. aku pun buat benda yang sama. tapi.....

kenapa perlu rasa marah dengan kawan kau kalau dia dah tak contact kau? kenapa bukan kau yang call or message dia dulu? think! dont simply judge.

selalu kalau kawan dah tak call lepas tu kau nampak dia tweet seronok-seronok dengan kawan baru kau mesti terasa. then kenapa tak start the conversation first? instead of waiting for them why dont u just text him/her first.

aku memang banyak lost contact dengan kawan lama. bukan lost la. lost bunyi tak sedap. jarang contact. tapi ada je aku still contact. contohnya atie. *dia sorang je aku still contact* :| aku bukan tak nak call/message dorang tapi aku tak tahu nak cakap apa. selalu benda yang sama je yang di tanya. khabar. belajar mana. duduk mana. rumah sewa kat mana. lepas tu marah-marah sebab tinggal dekat tapi tak pernah jumpa.

tapi kat sini aku tak berani komen lebih sebab situasi berbeza. ada yang rumah dekat sekangkang kera tapi batang hidung tak pernah nampak.

bila kita semakin dewasa kita travel sana sini. jumpa macam-macam jenis orang. jumpa yang perangai pelik-pelik. yang tak boleh berkawan dengan orang pun ada *patut berkawan dengan binatang*. yang ni jenis dengan semua orang dia nak gaduh.

pilih kawan betul-betul. cari yang boleh hidup sama-sama. susah senang dia ada. :)

aku ada eman, aya, effi, and yus. dorang selalu ada dengan aku bila aku sedih, happy, marah. even bila aku susah pun dorang yang offer nak tolong. aku hope friendship aku dengan dorang last forever. :) insyaallah.


eman, yus and effi. :) i love them.

yus and beloved aya.
takde motif lain eh gambar yus ada 2. tak jumpa gambar aya.

ok. nak keluar. today mama tak masak so kena makan kat luar. :| her nose bleeding. 

Friday, August 17, 2012

P14G vs Unifi

story written by Shaqjaja at 5:30 PM 0 awesome people
assalamualaikum

ni bukan nak api-apikan ke apa eh. cuma aku nak bagi tau pasal unifi dengan P1 ni. 

rumah sewa kat shah alam tu aku pakai P1. kalau pakai broadband kan lemz (lembab). pastu nak bayar pun rasa macam tak berbaloi. sorang katakanlah RM80 (pakej celcom). lepas tu youtube kalau buka lusa baru boleh tengok kan.

so bila pakai P1 aku puas hati. memang laju. tak sempat loading. aku jarang nampak page loading. download lagu ke apa file ke memang laju. apatah lagi youtube. tengok movie kt youtube pun smooth je. takde sangkut-sangkut. bayar pun RM27 sorang sebab share 5 orang.




waktu beli tu (eman yang beli) eman ada tanya, "kitaorang ni students, kalau cuti macam mana eh?". penjual tu kata "takde masalah. pergi kat HQ. boleh terminate sementara". bila datang cuti tu aku jadi saksi orang yang duduk kat counter customer service tu kata "cik dah salah maklumat ni. kita takde perkhidmatan macam tu". 

r u f*cking kidding me miss?

aku tak tahu dorang memang sengaja buat macam tu sebab nak market ke apa. tapi memang berdosa la tipu customer. nak-nak students. kita orang menuntut ilmu dorang boleh main kencing macam tu. 

aku baru je pakai unifi kat rumah ni. dia ada promosi untuk bulan julai hari tu. pemasangan free. sepatutnya installation fee dia RM 200. bila dah pakai 2 3 hari tu tiba-tiba unifi buat hal. kejap-kejap lost connection. pastu kena restart kat modem. kalau sekali 2 tak pe tau. ni banyak kali. kadang-kadang tu sampai 2 3 kali dalam sehari. jahanam la lama-lama kalau macam ni.

so aku call customer service. dia kata maybe ada masalah pemasangan & nanti dia hantar orang untuk tengok. kalau dia datang kena bayar RM 50. tak jugak kot aku nak bayar.  nak datang TENGOK tak kan kena bayar RM 50. bila dia call untuk confirmkan pukul berapa nak datang tu aku cakap "internet dah ok. tak yah datang la eh" haha 

so tadi modem ni buat hal lagi. aku call orang lain pulak. aku call orang yang datang pasang hari tu. bila aku call dia cakap "modem tu baru lagi. dia memang macam tu. dalam seminggu dua ok la nanti"


seriously? 

FINE! unifi ni memang nak kikis harta benda aku ke apa. sabar je la puasa-puasa ni buat hal. 

Thursday, August 16, 2012

Terkedu!

story written by Shaqjaja at 12:54 AM 1 awesome people
assalamualaikum

tak tahu macam mana nak buat intro. tapi yang penting malam ni aku boleh senyum sampai ke telinga bawak ke mimpi la. :DDDDD

hari ni aku pergi tengok movie. total recall. aku rasa movie ni bosan. serius bosan. rugi je 2 jam setengah tengok. -.-'  lepas habis movie aku membebel macam mak nenek. tetiba ada orang cakap buat aku terkedu. rasa nak beli semua baju raya kat wangsa walk tu. muahaha

tak tahu la ni proposed ke apa. tapi aku happpppppyyyy sangat-sangat!!! 

Usah dambakan suami semulia Rasulullah
Jika diri tidak sehebat Khadijah 

Tidak perlu suami 
sehebat Sulaiman 
Andai diri tidak secantik Balqis 

Usah mengharapkan suami setampan Yusuf
Jika kasih tidak setulus Zulaikha

Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Jika diri tidak sekuat Hajar dan Sarah

Usah bermimpi mendapat lelaki seperti Ali
Jika diri tidak sehebat Fatimah

wahhh rasa macam esok jugak nak kahwin. GATAL! 

tapi aku berangan sakan ni mesti mak aku tak kasi. TT_TT tak kisah la. yang penting dia dah cakap. hee aku tak nak seronok sangat. baru "cakap" nak hantar tanda. belum hantar lagi. macam-macam lagi boleh jadi sekarang kan. so aku tak yah la sibuk ye ye nak tengok pelamin la. usha baju la. usha cincin la. relex sudah..... kecoh-kecoh esok tengok-tengok tak kemana. kan kan kan.

bercakap pasal usha cincin. aku tengah usha lappy sekarang ni. nak beli lappy baru. semua macam suggest ASUS je. tapi kejap-kejap terasa kaya nak pakai vaio. muahaha tak kisah la. ada duit baru serabut kepala nak beli apa.

ok. bye. 


Tuesday, August 14, 2012

semester 3 yang menjelang tiba

story written by Shaqjaja at 12:54 AM 0 awesome people
assalamualaikum

dah lama dah nak update pasal benda ni. tapi mood tak mengizinkan. duduk rumah ni aku selalu je nak marah. =.=' sekarang tengah bahagia. :)

so today aku nak cerita pasal semester 3. eh? macam tah pape je kan. cuti pun sebulan lagi ada. actually nak tunjuk sikit banyak subject untuk sem depan. 

boleh nampak ketidakikhlasan dalam memuat naik jadual ni. 

yang credit hour 3.0 tu gegel lutut tengok. T_T sem lepas ada 3 subject je yang credit hour 3.0. susah kalau credit hour banyak sangat ni. 

tapi takpelah. usaha tangga kejayaan. usaha lebih sikit dari sem lepas sebab subject pun banyak sikit dari sem lepas. 

p/s: sedang aku seronok nak update blog tiba-tiba mood aku spoil. fffuuuuu!!!

Monday, August 6, 2012

keep calm and....

story written by Shaqjaja at 11:25 PM 0 awesome people
assalamualaikum


blog dah bertukar wajah. tangan aku memang gatal tak boleh duduk diam. ada je benda nak diubahkan. lagi pun before ni ada gambar eman free hair. dosa orang tengok aurat dia kat blog ni aku yang tanggung kan sebab aku yang post. lagi pun eman sekarang dah pakai tudung. :) alhamdulillah. semoga allah kuatkan iman dia. bukan senang nak berubah kan. dengan pengaruh orang sekeliling lagi.

cakap pasal pengaruh orang sekeliling tiba-tiba aku panas hati. hmm aku tak nak kotorkan blog aku dengan cerita pasal dia. sebut nama dia pun aku tak nak. aku dah lupakan dia. aku tak nak cerita buruk pasal orang even perangai orang tu memang buruk pun. haha



thankz for spending your time :)

p/s: demam eh? kesian awak..

Sunday, August 5, 2012

kan senang..

story written by Shaqjaja at 5:13 AM 0 awesome people

update blog via mobile. awesome kan? tapi boleh nampak la kat mana kunonya tu.

Friday, August 3, 2012

alhamdulillah

story written by Shaqjaja at 2:49 PM 0 awesome people
assalamualaikum

alhamdulillah. dah dapat tengok result. and result aku ok je. berbaloi dengan usaha. kalau dah study last minit ni la hasilnya kan. 2 hari sebelum paper baru buka buku yang tak pernah buka before ni. 


apa yang aku cuba ketengahkan ialah 'berbaloi kau mencarut habis paper aritu'. aku tak ingat part mencarut yang mana sebab aku 24/7 mencarut. haha serius ni.

actually pointer tak hebat pun. tak dekan pun. :) expectation aku untuk sem pun tak tinggi. aku just harap pointer sem ni lagi baik dari sem lepas sebab usaha pun lebih dari sem lepas. 

alhamdulillah. ada peningkatan. and aku harap sem depan pointer lagi baik. datang dah angan-angan mat jenin tu. 

bukan angan-angan mat jenin eh. ni serius. tapi sem depan ada 10 subject. so susah sikit la. susah sikit. tak banyak. hee aya pun dah berangan nak tidur ptar. haha




p/s: i'm happy today. :D


ke-nervous-an

story written by Shaqjaja at 7:14 AM 0 awesome people
assalamualaikum

now dah 7.07 am but result still lagi tak boleh tengok. orang lain boleh je. kenapa aku sorang je ni. sem lepas pun macam ni and ianya berakhir dengan kekeciwaan. sobs

takpe. ujian ni. sabar eh jaja...

i'm waiting.. and waiting.. and waiting.. and still waiting...



p/s: cuak kebebeyh ni. 

Thursday, August 2, 2012

pahit manis semester 2

story written by Shaqjaja at 4:41 PM 0 awesome people
assalamualaikum


now tengah cuti. terperuk je kat rumah sebab malas kerja. bosan seyh. nak nak takde internet. berganda-ganda la kebosanannya.. 

hari ni dah ada internet. tadi baru pasang. sekarang nak update blog. nampak tak kat mana semangat tu?

sepanjang sem 2 macam-macam yang jadi. since aku dah duduk luar ni so lagi mencabar la. duit pun banyak nak kena guna. sewa rumah lagi. bil internet. bil air. bil elektrik. duit belanja. tapi alhamdulillah la. hidup lagi sampai sekarang. takde kaitan

rumah sewa yang aku duduk tu rumah orang bujang dulu. lelaki lak tu. kotor tak yah cakap la. tapi aku tak berkesempatan nak tengok sejauh mana kotor dia sebab aku balik lambat. banyak jugak la duit abis kat rumah tu. yelah. rumah kosong. perabot takde. memang takde benda rumah tu. dia tinggalkan fridge rosak je. terima kasih la tuan rumah. duit memang banyak habis kat rumah tu. cecah seribu kot. :O

sem 2 ni kelas dah bahagi 2. kelas best and kelas tak best. ok tipu. kelas a and kelas b. lecturer ramai cakap kelas b ni lagi ok la. no comment. aku kelas b. 

sem ni trip ke cameron highland. picture satu je. yang kat atas ni. malas nak upload sebab pic banyak macam tak best plus gambar kena crop dulu. lepas tu ada trip ke putrajaya untuk tengok structure kat sana. 


time kat cameron.

trip ke putrajaya. 

then sem ni kitaorang celebrate birthday member2 sume. including me! hee 

kat dataran shah alam
nampak je kecik. berat!
                                     
birthday effi. celebrate kt bengkel. haha

macam-macam yang jadi. bila dah masuk u macam-macam jenis orang yang aku jumpa. tuhan je yang tahu. tak payah la nak cerita. biar aku dengan member2 aku je yang tahu. :) tuhan jauhkan dia dari kami. haha jahat tak?

 thats all. till then.. bye peeps.

p/s: ikut hati mati. ikut rasa binasa

 

SHAQJAJA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review