Saturday, October 27, 2012

ohlala couple

story written by shaqjaja at 10:57 PM 0 awesome people Links to this post
assalamualaikum



sekarang ni aku rasa cerita ni paling best kot. (setahun layan 2 drama korea memang ni je la yang paling best. lol ) 

so drama ni cerita pasal yeo ok and her husband soo-nam. typical korean drama. konon-konon kelahiran sebelum ni yeo ok 1st class geisha mati then dorang promise akan kahwin in the next life. tapi in the next life soo-nam buat perangai. dia ada perempuan simpanan. tiba-tiba 1 hari kantoi. depan mata yeo ok dorang kantoi. sedih gila part tu. cerita dia macam biasa je kan kita dengar? tapi bila tengok rasa lain. kena tengok. sedih sangat. 

aku yang suka marah ni pun kalau tengok husband aku macam tu boleh lemah lutut. bukan husband la. kalau boyfriend kantoi pun aku lemah lutut. nauzubillah...

dah malam. muka dah berminyak. bye 

p/s: i love u dear msb

Sunday, October 21, 2012

kenapa kelantan di benci

story written by shaqjaja at 1:17 AM 0 awesome people Links to this post
assalamualaikum

tadi idea bertimbun. bila tengok je layout post ni terus hilang macam kilat. pergghh.. ni suruh tidur suruh berambus ke tak tahu lah.

btw, aku just tak paham kenapa orang lain which is orang selain orang kelantan benci orang kelantan. bila tanya semua bagi point tak kukuh. tau nak benci tapi takde point nak benci. orang lain benci so kau pun ikut benci. lol get a life u people. 

tapi ada 2 3 orang cakap orang kelantan di benci sebab dorang suka berpuak. erm... berpuak pun jadi masalah ke? haha sila cari point lain untuk membenci. 

point kedua, ada yang cakap sebab orang kelantan kasar, pengotor, jahat and whatsoever. errr.. adakah jahat, kasar dan pengotor di classified based on where they come from? orang kalau nak jahat tak kira dari mana dia datang. kalau dah pengotor tu pun tak semestinya dari kelantan. apa orang kedah pembersih sangat ke? *simply pick kedah*. and kalau nak ikut kasar orang melaka lagi kasar kot bahasa dia... aku ada family kat kelantan and from melaka jugak. so aku boleh bandingkan. 

yang ni lagi satu, bila ada mamat nak usha sorang awek kan, bila dia tahu awek tu dari kelantan mesti dia cakap "aku baru nak usha dia, tapi dia budak kelantan. kenselll!!". errr i was like... what's wrong if she's kelantanese? tapi orang kelantan lawa-lawa kan? haha face the fact!

sila jangan benci kelantan, benci la kepada orang-orang yang jahat sahaja. sebab kat kelantan banyak makanan sedap. omnomnom *takde kaitan*

tapi mindset people kita tak boleh nak ubah la. nak buat macam mana kalau orang lain nak benci orang kelantan. abis ingat orang kelantan suka sangat kat korang? haha

aku bukan nak backup orang kelantan lah. tapi actually aku kelantanese. lol me kelantan murtad. tak reti cakap kelantan. tak tahu tempat-tempat kat kelantan. but i'm proud to be kelantanese. 

post ni takde kaitan dengan red warriors or sengaja nak mengapi-api kan mana-mana pihak. peace no burn. ooppsss! wakaka

till then, bye peeps. nitenite. nak bercinta dengan epul. 

Wednesday, October 17, 2012

terlebih exercise ni la jadinya

story written by shaqjaja at 3:04 AM 0 awesome people Links to this post
assalamualaikum

now pukul 2.54 pagi. bangun pukul 2 pagi semata nak mandi. kalau tak sebab nyamuk aku tak bangun anddddd tak update blog pepagi buta. 

so lately ni aku ada buat zumba dance dengan belly dance. buat pun sebab saja-saja nak exercise konon nak keluarkan peluh selain dari jogging. baru buat dalam 3 hari. then stop seminggu. and today aku kena pergi pusat kesihatan sebab backpain. actually sebab muscle belakang ni dah jadi apa aku tak sure sebab aku tak layan doctor tu sebab dia kerek. ha banyak betul sebab dia. kerek tak kerek tu dia punya pasal. tapi kalau student uitm shah alam tau kot doctor mana yang aku maksudkan. 

ada ke dia kata aku pelik sebab sakit belakang. =..='

seriously, sakit.

k bai.


Sunday, October 7, 2012

dancing class

story written by shaqjaja at 10:34 PM 0 awesome people Links to this post
assalamualaikum

so we meet again.. HAHAHAHAHA *evil face*

ok. tadi tu intro yang loser. 

actually sem ni berazam nak kahwin ngn azam bin azim. wakaka boyfriend sape pun aku tak tahu. ok ok serius! sem ni berazam nak turunkan berat badan. *muka serius* tapi aku sempat jog sekali. and 1 round je. hahaha bukan malas. tapi tak larat. memang la tak larat. setahun jog sekali pastu nak buat 2 round lak. melampau. 

kalau nak kurang makan memang susah la. memang tak kan la aku tinggal makan kan. so sebagai ganti aku dance. hee :D me with eman and aya. gambar tak leh upload sebab tak censored. haha tak snap gambar pun. kalau tengok balik video kita orang dance mesti malam nanti nightmare. 

aku buat belly dancing and zumba dance. mula-mula tu memang susah tapi takde la sakit-sakit badan ke apa. 

but hari ni tak buat sebab eman takde. dia ada date. aku yang beria nak date, dia yang date. sedih tak dapat jumpa epul. :(

bye

Tuesday, October 2, 2012

Give Up Dengan Mandarin

story written by shaqjaja at 11:37 PM 0 awesome people Links to this post
assalamualaikum

kalau aku tengah takde mood mula lah rasa macam semua orang tak suka aku. tapi memang aku nak bebel pasal orang benci aku. --' *sigh*

sedih kan bila tau orang yang kita sayang + rapat sebenarnya tak suka kita. tau tak macam mana rasa dia? rasa dia memang fuuu la. 

tapi nak buat macam mana. macam yang hanis zalikha cakap. "you can't make everybody like you, you don't even like everybody" hee :D 

tapi kadang-kadang aku think +ve. maybe mood aku tengah swing kan so that's why aku rasa macam semua orang benci aku. lol 

tapi...... *tapi lagi* ha ni nak cerita ni! *cerita panas dah start*

hari ni aku attend kelas mandarin. lecturer import dari china. tapi dia islam. nama dia azizah. semangat waja sikit dia ni. 1 week class dia dah mengajar. waja tak waja. dia mengajar sampai menyembur! tu yang nampak kete waja import dari china tu. ok tu tak kelakar.

so 1st week tu aku dah kena point dengan dia. aku salah sebut. memang berterabur habis la bunyi dia. bunyi lain aku bantai lain. mau tak! ada intonasi tinggi rendah lak. aku buat semua bunyi rendah. =.=' eleh.. biasa la kan. aku makan belacan bukan makan babi. memang sebut tak sama. 

so hari ni kelas untuk minggu keempat dia mengajar. dia mengajar pasal number. biasa before dismiss dia mesti tanya sorang-sorang soalan untuk topic apa yang dia ajar on that day. so tadi dia tanya sorang-sorang tapi bukan pasal topic hari ni which is number. ada sorang student tu dia siap tanya boleh tak kalau dia nak tanya pasal number. then student tu cakap "tak boleh" sebab tak paham sangat pasal topic ni. so dia tukar soalan. 

sekali time turn aku dia tanya soalan pasal number. =..=' seriously ???? dah la dia cakap laju gila. bila ulang pun laju jugak. mula-mula tak dapat jawap. then aku refer buku. lepas tu aku dapat jawap then dia suruh ulang. lepas tu buat muka. bila orang lain salah jawap dia gelak-gelak lepas tu tolong betulkan. 

lu fikirlah sendiri. aku tak nak judge lecture kat blog. takut tak sempat delete. hahaha

bila jadi macam ni aku rasa takde semangat nak study. padahal aku selalu study mandarin waktu malam before tidur sebab takut lupa.

rasa-rasa dia tak sengaja or dia memang unfair dengan aku? :( 

sepatutnya sekarang aku study mandarin tapi sebab lec being unfair, so rasa malas. malas sangat... 

اَللّهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَارْحَمْنِيْ وَأَلْحِقْنِيْ بِالْرَّفِيْقِ
"Ya Allah, berilah pengampunan padaku, belas kasihanilah aku dan pertemukanlah aku dengan kawan-kawan yang tertinggi- yakni malaikat dan hamba2 yg soleh"

Riwayat Imam Bukhari & Muslim
 

SHAQJAJA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review