Tuesday, December 4, 2012

Im sad :(

story written by shaqjaja at 6:55 PM
assalamualaikum



semalam mood aku ok je walaupun belum buka mata lagi aku dah dapat berita buruk. "baju aku hangus terbakar" actually tak heran sangat tu yang mood ok. 

lepas tu time balik boleh pulak ada orang reverse sampai terlanggar kerete effi. yang langgar tu macam budak sekolah je. dia dah terlajak kat simpang 3. pastu ada bas laju. dia dah cuak agaknya. tu yang reverse laju sangat. nasib baik tak de pape. break pad kena tukar. tu tak de kaitan pun dengan accident. memang break pad dah lama rosak. time hantar bengkel tu tokey tu kata kerete dah tak leh jalan sebab break dah tak makan. fuhhh nasib baik lah tak jadi pape yang lagi buruk kan. 

hari ni lain pulak ceritanya.. hari ni aku sepatutnya kelas pukul 2. tapi kena gerak awal sebab nak kena amik plan kat SUK. patut semalam pergi amik. tapi sebab accident tu so budak laki wakil la amikkan. tapi rupanya dorang tak amik. mengamuk la yang si perempuan. hari ni mood aku pun ok je. 

pukul 2 start mandarin listening test. alhamdulillah. boleh la jawap. walaupun ada 2 3 soalan aku tak clear. lepas tu dia sambung dengan oral test. sepatutnya aku buat minggu depan. tapi alang-alang dah ada kat sini apa salahnya. time orang lain buat, semua kena duduk kat luar. time aku buat, tiba-tiba laoshi suruh semua budak next class which is part 3 i think, dia suruh budak-budak tu masuk. and secara tiba-tiba, apa yang aku baca semua tak ingat. even dia dah sebut pun aku still tak leh sebut. sedih sangat sebab aku rasa aku macam tak dapat buat yang terbaik. :( 


aku dah usaha. now aku tawakal je. kalau ada rezeki, ada la kan. kalau tak de tu, ada lah hikmahnya..

next is, baju dinner. aku dah beli kain. tiba-tiba tailor cakap tak boleh jahit sebab takde contoh. hmm.. aku tak leh buat pape. mak aku pun tak reti jahit. 



2 awesome people:

wanderer said...

hantar baju kat mak aku..mak aku bole tlg buatkn..
*memang jarak umah kau ngan umah aku sejengkal je..haha*

shaqjaja said...

ha! meh sni bg alamat. haha weh ijue, mak kau tau jahit blouse ke?

Post a Comment

 

SHAQJAJA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review