Thursday, December 27, 2012

untuk housemate dari housemate

story written by Shaqjaja at 8:07 PM
assalamualaikum

selalu dah buka page ni pastu tak tahu nak taip apa. -.-' tadi time mandi banyak pulak idea. 

ha ok dah ingat. 

dah nak habis semester 3 dah. sekarang tengah prepare untuk final exam. lagi seminggu nak exam baru nak study. muahahaha biasa la tu. yang skema je study awal. and yang skema tu la yang skor. lol

so ini bermakna dah 2 sem aku duduk rumah sewa. susah tau nak duduk serumah dengan orang luar. maksud aku bukan adik beradik sendiri. "air kalau dincincang tak kan putus" do u get what i mean? pandai-pandailah fikir. 

aku duduk rumah sewa ni terus untuk 5 sem. sampai grad nanti la. senang nanti tak yah cari rumah sewa lain. susah nak cari rumah murah + dekat dengan UiTM kat sini.

so bagi aku la kan... kalau kau nak stay lama dengan housemates kau lama-lama kena la bertolak ansur sikit.  jangan la nak berkira sangat. member kot. lain la kalau kau tak kenal. sampai kicap pun sorok bawah katil. apa la tak senonohnya perangai. tapi kadang-kadang ada je yang tak reti bahasa. kau dah tau makanan tu kau tak bayar kau pandai-pandai la mintak izin dulu. kalau sekali dua amik tak pe. ni dah orang tu dah macam supplier kicap pulak. berapa abah kau bayar dia beli kicap?

2nd, house chores. ni paling penting la. abah kau bukan tan sri tau tak. so jangan goyang kaki.
kau busy? habis orang lain tak busy? orang lain pun belajar jugak.... 

3rd, hygiene. untuk makluman anda sekalian, sesungguhnya housemates anda sendiri malu untuk tegur. inikan pula anda yang di tegur. lepas mandi calit ketiak, pastu bau. busuk tak? haha rambut kalau seminggu sekali cuci jangan terkejut la kalau kutu pun mati. aku paham sesetengah orang hormon dia overdose. kalau kau tahu hormon ko overdose..... mandi lebih sikit. 

4th, pinjam barang. kau tak kan lari dari pinjam meminjam. aku ni seluar dalam dengan bra eman je tak pernah pakai. semua baju, seluar, shawl and etc. aku dah pernah pinjam. aku pinjam lepas tu kalau aku berpeluh / baju tu bau aku akan basuh. kita amalkan konsep "anda pakai anda basuh". okey adik adik? 

5th, perangai pelik. iye.. aku paham... takde sape mintak housemate pelik. kau rasa dia pelik. dia lak rasa kau pelik. saling pelik kan? hahahahahahaahhahhaha ok tak kelakar sebenarnya. kalau korang saling pelik so takde masalah la kan? haahahahahahahah lagi sekali tak kelakar.  terima dia seadanya. maybe dia belum kenal kau. kau belum betul-betul kenal dia. amik masa sikit benda macam ni. 

6th, on call dengan boyfriend. aku paham umur-umur macam ni semua ada boyfriend. ada juga yang takde. ada juga yang tak nak tahu perihal kau dan boyfriend kau. so kalau nak bersembang hal sulit mahupun hal masa depan dengan anak-anak sila masuk ke dalam bilik. mekasih. 

takde niat nak mengata siapa-siapa. sekadar teguran. kalau terasa maknanya anda lah orang yang ditegur disini. :) aku tak mention so korang tak yah la emosi lebih lebih.

thank you for reading this entry. have a nice day :)

0 awesome people:

Post a Comment

 

SHAQJAJA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review