Friday, March 8, 2013

my life as student part 3 uitm shah alam. lol

story written by Shaqjaja at 11:37 AM

Bismillahirrahmanirahim

*title mintak kaki. ye aku tau tu.*

Aku dah habis sem 3. Tak sabar nak masuk sem 4. Hihi bukan aku suka apa. Masalahnya aku bosan di rumah. So macam biasa. Habis sem aku suka duduk sorang-sorang then ingat balik semua pahit manis sepanjang sem yang aku and kawan-kawan lalui. Pergh!! Bahasa dia! A.Samad Said!

Sem 3 ni la baru aku terhegeh-hegeh masuk dapur. Almaklumla.. bukannya bela orang gaji kan nak suruh masak. Tak kan nak suruh member pulak masakkan. Biadap na. sem ni aku blaja masak mee. Thankz to member2 pesbuk kerana membantu. Masin la. Tak cantik la. Bunuh diri la. Tu semua aku anggap sebagai kritikan membangun kecuali yang part bunuh diri tu. -.- yang penting epul jeles sebab aku masak and pidot was the first person to taste it. Haha poor my baby. Sabar ye. Nanti aku masak yang lagi sedap.

Sem ni jugak kita orang yang dulu berlima kini berempat dan terkadang bertiga tatkala pidot membuat suara sadis untuk ajak aya keluar study sama-sama tak kurang nya juga aya yang tiap2 hari jumpa kat klas namun masih mengeluarkan auta “lamanya tak jumpa pidot”.

Yang berempat tu kerana… ye biasalah. Dalam berkawan ada pahit manisnya. Tapi dia ni memang pahit tahap julap. Kalau termakan memang tercirit. Apa dia buat tu aku rasa tak perlu kecoh kerana aku bukan seperti dia suka menyebarkan cerita betul mahupun palsu.

Tapi bila dah hujung sem aku banyak dengar dari mulut orang yang dia bercerita pasal kita orang berempat. Well.. u-know-who. Drama queen.  Aku tak kisah. Dia buat taik and now orang dah tau taik yang dia buat. Amacam? Seronok fitnah kita orang? Haha aku harap kau puaslah sebab aku dah puas bila orang datang kat aku cakap dia benci kau. Wakakakakaka pleaseee.. get a life..  p/s: sape yang termakan cerita garik tu aku harap kau kembalilah ke jalan yang benar. Kesian aku tengok kau seperti di perbodohkan. 

Sem 3 ni jugakla dimana aku nampak kat mana baik buruk kawan-kawan kau. Aku takde cakap aku ni baik. Aku memang jahat. Bahasa kasar. Mencarut macam berzikir. But that’s me. Kalau tak boleh terima then senyap. Aku bukan tak semena2 nak g carut kat muka orang. My attitude is based on how u treat me. Baik kau, baik la aku. Kalau kau rasa aku jahanam , amik cermin, cermin diri anda sebelum anda mengata saya. 

Neeexxxttt.. sem ni jugak subject paling banyak aku kena amik. 10 subject. 5 final. Well… semua tu dah lepas. Aku dah usaha. Now tawakal. Aku tak mintak lebih lepas tengok paper final hari tu. Lulus pun dah Alhamdulillah. Now I just have to prepare myself for the next sem. Tak nak ulang balik mistake sem ni. *konon*

Tu je apa yang aku dapat ceritakan sepanjang sem ni. As a conclusion, (ececeh) I hate u more than I hate cockroaches.

0 awesome people:

Post a Comment

 

SHAQJAJA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review