Monday, August 19, 2013

practical training part 1

story written by Shaqjaja at 12:58 PM
assalamualaikum

lama ye tak update kerana malas. so kali ni nak cerita pasal practical training. (padahal dah ada tajuk. poyo seh)

hensemnya intro aku. agagagaga 

ok ini serius. kali ni kita serius k. ini cerita yang serius. template dah tukar nampak cam budak budak walapun badan macam mak budak. pedulik hape kan. tapi ini cerita yang serius. 

sem 4 aku di kejutkan dengan berita kena praktikal selama 7 minggu. mindf*ck kan praktikal 7 minggu je. sape nak hamik kau. 7 minggu tu masa untuk sesi suai kenal dengan staff dan laluan laluan pelik kat tempat praktikal.

so agak mencabar time nak cari tempat praktikal memandangkan aku bukan jenis ramai kawan and susah nak berkawan and susah nak bercakap benda yang waras. aku memang banyak cakap tapi bercakap benda yang tak waras. so basically kawan kawan aku semua yang tak waras. agagagaggagagagagag tak yah nak menidakkan eh. korang walaupun waras mesti suku waras je. 

so setelah habis kredit call sana sini. habis air mata. habis emosi. nangis nangis mengadu kat mama. kat epul semua, maka dengan pertolongan kawan ayah aku dapat praktikal kat IB (istana budaya). hihi pakai orang dalam la kiranya. kalau tak susah sikit sebab 7 minggu punya pasal. 


so aku kena datang istana budaya a week before final exam. aku skip class. skip test. skip everything semata nak datang istana budaya. ingatkan interview. sekali datang tunjuk surat kat pengarah bahagian teknikal then dia kata OK. tu je. yes! tu je!!!!!!!!!!

on tuesday time tu aku kat shah alam dah, tengah tidur petang. biasalah. ternak lemak. tiba tiba ada unknown number call. office number. aku memperbetul suara takut kantoi tengah tidur. dia cakap dia from istana budaya. yang paling tak boleh blah dia cakap 

"awak siti hajar ke? awak ada datang jumpa puan shima eh (pengarah teknikal)? awak tak boleh buat macam tu tau. mana boleh pakai cable. pakcik awak yang nama mie tu eh?"

aku time tu baru bangun terus macam, eh pehal jantan ni. gila ke apa. time tu terdiam sebab blur kan baru bangun. so dengar lagi dia cakap apa.

"kami terima permohonan awak untuk praktikal kat IB. tapi kami tak kan bagi awak elaun dan juga penempatan. awak kena datang pada 15 julai pukul 9 pagi"

aku cakap ok je la. lantak la elaun tu. lagi pun sebulan lebih je. IB pun dekat je ngn rumah aku. dari rumah aku boleh nampak IB. so lepas habis exam hari ahad, aku balik kl terus praktikal hari isnin. otak aku tengah proses lagi soalan paper semalamnya. terus kena ngadap lelaki yang call aku tu. mula mula aku tak nak datang ingat nak cari tempat lain tapi jauh lak. so redha je la. 

bila 1st time datang jumpa si lelaki yang call aku tu (aku gelar dia gay) dia terus sound. mula mula dia cakap pasal resume. dia komen pasal gambar. apa kau tak pernah tengok perempuan cun ke. hahahahah pastu dia cakap pasal lambat. aku lambat 5 minit sebab tunggu orang tu orang ni nak tunjuk jalan ke bangunan pentadbiran. bangunan pentadbiran lain dari bangunan IB. 

habis dia bebel aku jumpa bos sebenar a.k.a supervisor aku sepanjang praktikal ni. so dia cerita la apa kerja yang aku kena buat. kerjanya adalah TIDUR. yes tidur. sebab bulan puasa takde show so tidur je la. kerja tu ada tapi sikit sangat. tu pun tengok orang buat kerja. bukan aku buat kerja. tapi bersyukurlah bukan kena photostat. hahahaha

card aku yang tinggal lagi 2 minggu praktikal baru nak hambik. ehem card ni aku buat sendiri. bukan design dia. tapi untuk access semua pintu aku buat sendiri. 

log book. nipi je ni. bape muka surat je. 

isi log book. isi sikit sebab muka surat sikit. keje takde memang la isinya takde kan. 


menumpang bilik kak rini sebab bilik teknikal sejuk nak mampos

workstation aku. hihi nampak tak bantal tu. 


berselindung di sebalik kak rini

cerita banyak lagi. nantikan sambungannya akan datang. bila aku rajin. bila ada free time. 

0 awesome people:

Post a Comment

 

SHAQJAJA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review