assalamualaikum
before ni aku pakai sabun terlajak laris sangatlah laris d'herbs sabun madu propolis. seminggu dua pakai nampak la kesan yang best. tepi tepi hidung dah takde putih putih. skin pun tak naik jerawat. tapi bila lepas cuci muka, muka rasa macam tegang. macam kak ton gitu. bagai ditarik tarik. tak lama lepas tu, jerawat dah naik balik. dia naik kecik kecik je tau. aku tak sure sebab sabun ni or simplysiti set orang tua punya tu. agagaga aku kebas mak aku punya. tapi aku stop 2 product ni dan beralih ke NEUTROGENA!!
terlajak larissss!! sumber: google image |
sumber: google image |
aku punya neutrogena takde tulis "normal to oily skin". tak jumpa pulak gambarnya.
mula mula pakai kan, best sangat. wangi. soft je kan skin aku. lepas pakai skin tak rasa tegang. soft macam baby sikit. wiwiwi mak suka yang ni nyah! sekarang dah masuk botol kedua. jarang tau aku nak kekal dengan 1 product. salu gatal tangan nak tukau.
jerawat pun dah kurang. tapi kalau nak period still akan naik. dia tak boleh melawan hormon power rangers aku. tapi kan, parut dah mula pudar tau. hihi iloike!
lepas aku satisfied dengan 1 product dia, aku try lagi 1. dia punya serum.
sumber: google image |
aku pakai benda ni pagi lepas mandi dengan malam sebelum tidur. aku rasa aku nampak kesan dia. of course skin aku dah tak merah kehitaman. bukan la dah hilang burn tu. tapi kurang la sikit. still guna sampai sekarang. teksture dia, melekit. tapi dia cepat meresap. bila dah sapu kat muka dah takde rasa melekit mahupun berminyak.
next aku beli lotion.
nak beli ni pun aku buat research banyak kali. 'buat research' tu macam melampau sangat bunyi nya. tapi aku cari la dalam internet testimoni pasal products ni semua. yang ini dia ada spf 30 Pa++. aku tak tahu PA tu apa. yang penting ada spf. tu yang aku nak. kalau tak takde fangsen la kan pakai serum siang malam kalau aku still kena direct sunlight.
sumber: google image |
products fine fairness ni setakat ni hanya memutihkan kulit aku je. aku sebenarnya takde la buat experiment terperinci ke atas kulit sendiri. aku just cakap mana aku nampak.
lepas ni nak try product neutrogena yang lain.
ok. itu sahaja. ni bukan nak promote. tapi nak bagi testimoni sahaja. lain orang lain kulit and lain effect terhadap products yang dinyatakan. sekian