Friday, April 18, 2014

testimoni neutrogena deep clean facial cleanser and fine fairness serum and lotion

story written by shaqjaja at 5:46 PM
assalamualaikum


before ni aku pakai sabun terlajak laris sangatlah laris d'herbs sabun madu propolis. seminggu dua pakai nampak la kesan yang best. tepi tepi hidung dah takde putih putih. skin pun tak naik jerawat. tapi bila lepas cuci muka, muka rasa macam tegang. macam kak ton gitu. bagai ditarik tarik. tak lama lepas tu, jerawat dah naik balik. dia naik kecik kecik je tau. aku tak sure sebab sabun ni or simplysiti set orang tua punya tu. agagaga aku kebas mak aku punya. tapi aku stop 2 product ni dan beralih ke NEUTROGENA!! 
terlajak larissss!!
sumber: google image

aku start dengan pakai deep clean facial cleanser. kau tak tahu aku punya nak survey sampai masuk guardian 2 3 kali. yelah.. benda nak pakai kat muka kena la betul betul kan. kalau pakai kat kaki takpe lagi. 

sumber: google image
*semua sumber dari google image sebab aku malas nak amik gambar*

aku punya neutrogena takde tulis "normal to oily skin". tak jumpa pulak gambarnya. 

mula mula pakai kan, best sangat. wangi. soft je kan skin aku. lepas pakai skin tak rasa tegang. soft macam baby sikit. wiwiwi mak suka yang ni nyah! sekarang dah masuk botol kedua. jarang tau aku nak kekal dengan 1 product. salu gatal tangan nak tukau. 

jerawat pun dah kurang. tapi kalau nak period still akan naik. dia tak boleh melawan hormon power rangers aku. tapi kan, parut dah mula pudar tau. hihi iloike!

lepas aku satisfied dengan 1 product dia, aku try lagi 1. dia punya serum. 
sumber: google image
serum ni agak mahal tapi time tu tengah ada duit tu aku beli. tapi menyesal jugak la lepas beli. duduk kat kerusi luar guardian. pandang benda ni lama lama sambil cakap "tolong jangan buat aku menyesal please".

aku pakai benda ni pagi lepas mandi dengan malam sebelum tidur. aku rasa aku nampak kesan dia. of course skin aku dah tak merah kehitaman. bukan la dah hilang burn tu. tapi kurang la sikit. still guna sampai sekarang. teksture dia, melekit. tapi dia cepat meresap. bila dah sapu kat muka dah takde rasa melekit mahupun berminyak. 

next aku beli lotion.  
sumber: google image
nak beli ni pun aku buat research banyak kali. 'buat research' tu macam melampau sangat bunyi nya. tapi aku cari la dalam internet testimoni pasal products ni semua. yang ini dia ada spf 30 Pa++. aku tak tahu PA tu apa. yang penting ada spf. tu yang aku nak. kalau tak takde fangsen la kan pakai serum siang malam kalau aku still kena direct sunlight. 

products fine fairness ni setakat ni hanya memutihkan kulit aku je. aku sebenarnya takde la buat experiment terperinci ke atas kulit sendiri. aku just cakap mana aku nampak. 

lepas ni nak try product neutrogena yang lain. 

ok. itu sahaja. ni bukan nak promote. tapi nak bagi testimoni sahaja. lain orang lain kulit and lain effect terhadap products yang dinyatakan. sekian








0 awesome people:

Post a Comment

 

SHAQJAJA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review