Assalamualaikum
Dah lama tak update blog sebab dah ada twitter. Semua benda
aku cerita dekat twitter. Hihi
So aku nak share pengalaman aku sambung master. Apa yang
buat aku nak sambung master. Macam mana aku sambung. Mana aku dapat loan. And
subject apa. And apa yang aku ingat nak share aku share lah.
Julai 2014
Aku dengan kengkawan tengah busy study untuk final exam.
Weehuuu!!! tazzabar time tu nak habis degree. Tazzabar sampai takde masa nak
sedih fikir semua akan berakhir and aku takkan jumpa kengkawan semua. Agagaggaa
sabor je la. 1 hari tu aku dapat conditional offer letter from UiTM. Offer
untuk sambung master by research. Masya Allah. Rezeki. J dalam offer letter tu suruh
aku datang interview dekat FSPU. Aku pergi je sebab aku rasa macam nak pergi
je. Benda yang baik kan?
Aku cuak gila nak interview. The word ‘interview’ itself dah
buat aku nak terkencing. Haha *over seh minah ni*. So the day came. Aku pergi
interview dengan aya. Dia pun dapat offer jugak. Jalan punya jalan, maka sampai
la kat FSPU. *lecak ketiak*. Ramai orang. Orang tua. Ingatkan dorang semua ada
conference ke apa kan. Or maybe datang register anak sambung degree. Rupanya
dorang pun datang untuk interview sambung belajar jugak. Time tu interview
untuk sambung phD sekali. Tengok yang datang untuk sambung phD tu ada yang muda muda.
Time tu aku semangat gila nak sambung phD jugak. Rasa nak terus beratur
register untuk sambung phD.
Time interview tu takde la macam nak interview kerja.
Lecturer yang interview aku tu kira baiklah dengan aku. Aku pernah tolong dia
berniaga *cari duit lebih time degree*. So dia just tanya aku nak sambung
master by research or coursework. Nak buat thesis tajuk apa semua bagai. Sepatutnya
aku kena bawak proposal thesis. Tapi sebab offer dapat last minute so takde
proposal. Aku datang lenggang perut kangkung je.
September 2014
Mara buka offer untuk apply loan. Aku pun try. Alhamdulillah
dapat. J Unconditional
offer letter for master pun dah dapat. Unconditional offer letter rasanya nama
dia. Aku sepatut datang untuk register 16 september rasanya *hentam je tarikh
ni*. Tapi aku tak datang sebab time tu takde duit nak bayar yuran. Ya Allah.
Tuhan je tahu betapa sedihnya aku. Sampai satu tahap aku rasa aku taknak
sambung master and time tu dah start cari kerja. Tapi kengkawan and mama banyak
bagi semangat. Time tu aku sedar yang aku kena start simpan duit sikit sikit
sebab aku dah tua. *takde kaitan*
1 hari tu aku buka page Ipsis UiTM yang hari hari aku buka tu.
Kat situ tulis sape yang dapat loan, just bagi offer letter, offer letter dari
Mara lah kalau kes aku ni. Masya Allah. Berhari hari aku sedih, tapi sebenarnya
benda dah ada depan mata. So aku register hujung bulan 9. Effi teman kan pergi
register. Thanks Effi. Banyak tolong aku. Sayang kau ketat ketat. Muah ciked!
Mula mula nak sambung memang susah. Duit takde. Kawan kawan
and family datang bagi semangat. Family sebelah ayah and mama lesap. Lumrah
hidup. Family kau akan tinggalkan kau time kau susah. Time kau senang time tu
baru nak mengaku sedara. Tapi aku tak marah. It just bukan rezeki aku kat situ.
Rezeki aku kat tempat lain. Baitulmal bagi aku RM 1000. Yayasan Wilayah
Persekutuan bagi aku RM1500. Aku dapat first gaji (Research Assistant) RM 1500.
See..... Betulkan niat then Allah buka jalan. Dalam bulan 11 duit Mara masuk.
Masya Allah.. Rezeki aku melimpah limpah.
Mac 2015
So here I am. Dah semester 2. Currently working on my thesis
proposal and literature review paper to be published soon. Insya Allah. And aku
jugak jadi research assistant Puan Hasnizan. Ada la duit sikit untuk support diri
and family setiap bulan. Alhamdulillah. Aku dah tak mintak duit mama or ayah.
Semua sendiri. Duit pakwe tu ada la mintak. Nafkah katanya. *nafkah abah kau*
Kikiki
Sekarang dah minggu ketiga untuk semester 2. (aku plan nak
buat 5 semester). Aku still tunggu duit Mara. Nak bayar yuran. And untuk ganti
duit mama yang aku hilangkan. RM 250 macam air dia pergi. Bukan air lah. Macam
pelesit. Takde rezeki aku. Sape yang amik kalau dia baik dia pulangkan sebab
ada alamat kat situ. Duit tu untuk bayar bil astro and bil api. Kalau yang amik
tu takde duit, then aku sedekah. Kalau dia ada duit and dia joli duit aku.
Hmm..... Allah je balas apa yang dia buat.
So sape sape yang nak sambung master silakan. Ada yang kata
nak kerja dulu. Its fine. Mana mana sama. Aku sambung sekarang sebab aku still
dalam mood nak belajar. Plus, mama suruh aku sambung. Aku jenis buat apa mama
suruh. Syurga aku kat bawah tapak kaki dia kan. Redha Allah pun terletak pada
redha parents aku jugak. So, why not??
Kbye. Nak tengok tv buat kerja. Next post will be on Mara
Loan.