Monday, March 16, 2015

Msc. in Built Environment

story written by shaqjaja at 9:47 PM

Assalamualaikum

Dah lama tak update blog sebab dah ada twitter. Semua benda aku cerita dekat twitter. Hihi

So aku nak share pengalaman aku sambung master. Apa yang buat aku nak sambung master. Macam mana aku sambung. Mana aku dapat loan. And subject apa. And apa yang aku ingat nak share aku share lah.

Julai 2014

Aku dengan kengkawan tengah busy study untuk final exam. Weehuuu!!! tazzabar time tu nak habis degree. Tazzabar sampai takde masa nak sedih fikir semua akan berakhir and aku takkan jumpa kengkawan semua. Agagaggaa sabor je la. 1 hari tu aku dapat conditional offer letter from UiTM. Offer untuk sambung master by research. Masya Allah. Rezeki. J dalam offer letter tu suruh aku datang interview dekat FSPU. Aku pergi je sebab aku rasa macam nak pergi je. Benda yang baik kan?

Aku cuak gila nak interview. The word ‘interview’ itself dah buat aku nak terkencing. Haha *over seh minah ni*. So the day came. Aku pergi interview dengan aya. Dia pun dapat offer jugak. Jalan punya jalan, maka sampai la kat FSPU. *lecak ketiak*. Ramai orang. Orang tua. Ingatkan dorang semua ada conference ke apa kan. Or maybe datang register anak sambung degree. Rupanya dorang pun datang untuk interview sambung belajar jugak. Time tu interview untuk sambung phD sekali. Tengok yang datang untuk sambung phD tu ada yang muda muda. Time tu aku semangat gila nak sambung phD jugak. Rasa nak terus beratur register untuk sambung phD.

Time interview tu takde la macam nak interview kerja. Lecturer yang interview aku tu kira baiklah dengan aku. Aku pernah tolong dia berniaga *cari duit lebih time degree*. So dia just tanya aku nak sambung master by research or coursework. Nak buat thesis tajuk apa semua bagai. Sepatutnya aku kena bawak proposal thesis. Tapi sebab offer dapat last minute so takde proposal. Aku datang lenggang perut kangkung je.

September 2014

Mara buka offer untuk apply loan. Aku pun try. Alhamdulillah dapat. J Unconditional offer letter for master pun dah dapat. Unconditional offer letter rasanya nama dia. Aku sepatut datang untuk register 16 september rasanya *hentam je tarikh ni*. Tapi aku tak datang sebab time tu takde duit nak bayar yuran. Ya Allah. Tuhan je tahu betapa sedihnya aku. Sampai satu tahap aku rasa aku taknak sambung master and time tu dah start cari kerja. Tapi kengkawan and mama banyak bagi semangat. Time tu aku sedar yang aku kena start simpan duit sikit sikit sebab aku dah tua. *takde kaitan*

1 hari tu aku buka page Ipsis UiTM yang hari hari aku buka tu. Kat situ tulis sape yang dapat loan, just bagi offer letter, offer letter dari Mara lah kalau kes aku ni. Masya Allah. Berhari hari aku sedih, tapi sebenarnya benda dah ada depan mata. So aku register hujung bulan 9. Effi teman kan pergi register. Thanks Effi. Banyak tolong aku. Sayang kau ketat ketat. Muah ciked!

Mula mula nak sambung memang susah. Duit takde. Kawan kawan and family datang bagi semangat. Family sebelah ayah and mama lesap. Lumrah hidup. Family kau akan tinggalkan kau time kau susah. Time kau senang time tu baru nak mengaku sedara. Tapi aku tak marah. It just bukan rezeki aku kat situ. Rezeki aku kat tempat lain. Baitulmal bagi aku RM 1000. Yayasan Wilayah Persekutuan bagi aku RM1500. Aku dapat first gaji (Research Assistant) RM 1500. See..... Betulkan niat then Allah buka jalan. Dalam bulan 11 duit Mara masuk. Masya Allah.. Rezeki aku melimpah limpah.

Mac 2015

So here I am. Dah semester 2. Currently working on my thesis proposal and literature review paper to be published soon. Insya Allah. And aku jugak jadi research assistant Puan Hasnizan. Ada la duit sikit untuk support diri and family setiap bulan. Alhamdulillah. Aku dah tak mintak duit mama or ayah. Semua sendiri. Duit pakwe tu ada la mintak. Nafkah katanya. *nafkah abah kau* Kikiki

Sekarang dah minggu ketiga untuk semester 2. (aku plan nak buat 5 semester). Aku still tunggu duit Mara. Nak bayar yuran. And untuk ganti duit mama yang aku hilangkan. RM 250 macam air dia pergi. Bukan air lah. Macam pelesit. Takde rezeki aku. Sape yang amik kalau dia baik dia pulangkan sebab ada alamat kat situ. Duit tu untuk bayar bil astro and bil api. Kalau yang amik tu takde duit, then aku sedekah. Kalau dia ada duit and dia joli duit aku. Hmm..... Allah je balas apa yang dia buat.

So sape sape yang nak sambung master silakan. Ada yang kata nak kerja dulu. Its fine. Mana mana sama. Aku sambung sekarang sebab aku still dalam mood nak belajar. Plus, mama suruh aku sambung. Aku jenis buat apa mama suruh. Syurga aku kat bawah tapak kaki dia kan. Redha Allah pun terletak pada redha parents aku jugak. So, why not??

Kbye. Nak tengok tv buat kerja. Next post will be on Mara Loan. 

0 awesome people:

Post a Comment

 

SHAQJAJA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review