Thursday, February 21, 2019

WEDDING PREPARATION: PART 1

story written by Shaqjaja at 11:10 AM 0 awesome people

ASSALAMUALAIKUM

Tahniah sistur. Kahwin jugak kau kan. Haha


So, first kau kena ada date. Not specific one but at least target bulan berapa tahun bila. 

Sis start dengan survey venue and caterer. Untuk pusat komuniti range harga is between RM 1500 - RM 1800 ye. Deposit RM 300 masa booking. Sis booking SATU TAHUN SEBELUM OTHERWISE KAU TAWAKAL JE LA ADA DEWAN AVAILABLE DENGAN MASA KAU KAHWIN.

So next, caterer. Actually 6 months before dah boleh booking. But sis booking tahun 2017 untuk wedding tahun 2019. Harga maintain 2017. #cheapskate

Caterer sis only cover pelamin, food, and outfit. Sis add onn PA system w/ DJ sebab taknak krik krik. Caterer ni sis tak suggest orang lain amik. Bukan nak tutup periuk nasi dia. Cuma tak nak korang sakit kepala. GHAHAHAHA sis bayar depo sebelum jumpa caterer ye. Konon nk cepat sebab dia murah. Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. I iz redhaaaaaa. Kalau cancel depo tak dapat balik ye adik kakak. Reception total RM 17,300 (including cake, gift, & bunga telur)

Issue #1: This caterer dalam pamphlet dia tulis 'sepasang baju baru'. Tapi bila aku tuntut, dia cakap tu pamphlet lama. Well... I said the her 'Tu bukan masalah saya. Saya nak tuntut apa yang dah dijanjikan' So yeah. Sis dapat baju baru. 

Photographer pun sis survey awal. Nak cari mana yang ada buat promo and kot la dapat harga murah sebab awal lagi en. Sis survey tahun 2017. Tapi booking 2018. Total RM 2,200 (promo price).

Next, sis beli barang hantaran. Acah-acah beli awal konon ada year-end-sale. Sale la sangat. Beli awal sebab takut duit habis kat benda lain. Dulang ada 7 x 5 je. Banyak-banyak buat semak and nak jaga susah. Kang ada yang hilang, menangis la sistur di pelamin. Sis plan nak buat dulang 3 x 5 or 1 x 3 je. Banyak-banyak kalau takat letak epal, anggur, limau tu buat apa? Kau nak esok aku belikan. Tapi yelah. Melayu dan adat berpisah tiada. Rela mati anak dari mati adat. Pfffffttttt!

Dulang sis tempah sebab taknak dulang-dulang tu semak kat rumah later. Satu dulang around RM 35. Total RM 7,000 (including barang-barang hantaran).

Then for nikah, Sis buat kat rumah cari kat Airbnb sebab kat masjid macam leceh. Terikat dengan catering pilihan masjid and also ada timing ye. Takkan sis nak halau tetamu pulak kan. 
Total RM 4,500 (including upah jurunikah, food, khemah, inai, pelamin, and outfit)

Borang kahwin jangan lupa diknon. Kang kau ngan pakwe nga nga je la masa nikah. Kah!

Last sekali dik, rumah sewa kau nak duduk lepas kahwin. Kalau duduk dengan parents then Alhamdulillah. Ke takziah? Privacy takde diknon. Kau nak bergurau senda pun kena tunggu mak kau mandi. Tiber! Macam takde bilik pulak haha

Sis cari rumah area Gombak. Nak dekat dengan office je. Malas drive jejauh. Sis mudah stress ketika driving dalam jangka masa yang lama. Poyo gittew. Rumah ni lengkap semua kecuali washing machine, fridge, and TV. Total cost untuk masuk rumah dalam RM 14,000 (including deposit).

Semua benda aku dah cerita kat Part 1, habis Part 2 nak cerita apa? Pfft


 

SHAQJAJA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review