Sunday, July 10, 2011

jaja membebel. lol

story written by Shaqjaja at 3:25 PM 1 awesome people
assalamualaikum

idea dah makin berkurang. baran semakin bertambah. setiap masa rasa macam nak marah orang je.

"kau ni aku hentak kat dinding karang!"

haha ayat tu je hari-hari. nak marah je keje. yela. nama pun penganggur full time. -,-'

aku bukan nya marah tak memasal. tu gilo namanya.

adik aku nak UPSR sorang. PMR sorang. lepak je macam aku. tengok tv. makan. tidur. sebijik sebijan! kadang-kadang aku fikir, siapa yang dah habis sekolah ni? 

 kalau dah pandai tu aku memang tak heran la kan. kau tidur la sampai mampos. main la sampai tak ingat nak balik. kalau kau tak balik aku la paling bahagia.

tapi masalahnya kat sini bila tengok report card,,, 
uuuuggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhh...........
buat aku rasa nak pijak-pijak je report card tu. report card ke buku mewarna ni? macam-macam colour der!

bila tegur kata, buku basah la, buku tinggal kat sekolah la, buku hilang la, buku cikgu pegang la.
bullshit punya alasan!
alasan tu satu. menjawap pulak tu. 

"alah,, kaklong pun 3A je UPSR."

watafak punya alasan. aku 3A pun at least aku try. ada usaha. 
kau? kau ada? nak bandingkan aku dengan kau pulak.
kalau kau lebih 1A dari aku, aku berani la jilat tapak kaki kau!



belajar malas. ada hati suruh orang doakan. memang la tak salah. tapi kalau diri sendiri tak nak tolong diri sendiri memang tak la nak 5A kan. 

nasib baik la mak aku hidup lagi. ada 24/7 kt rumah. kalau tak memang berbirat la muka dengan tangan kau. aku tak bagi kat kaki. orang tak nampak. kalau kat muka tu nanti orang tanya boleh la dengan bangga kau cakap "aku malas belajar. kakak aku bagi satu line kat muka. esok dapat lagi kot sebab esok aku dah plan nak main sampai subuh"

yang aku pelik kenapa dulu kalau aku malas laju je mak aku amik segala benda kat depan mata nak bagi freegift kat aku. 

sekarang? mak aku cakap je dengan dia. cakap je nak kemana? bila adik aku tukar topic je, mak aku pun join la sekali dengan topic bongok dia tu.

setakat ugut mak aku tu dia dah tak heran. sebab dia tahu mak aku pandai cakap je. bukan buat pun.

dia ni kalau dia dapat 1 JE C, memang aku gelak la kuat-kuat kat muka dia!

tak puas hati lagi ni. setakat kecoh kat blog memang dia tak kan belajar juga.


thankz for reading this entry. :)

Saturday, July 9, 2011

july 9th

story written by Shaqjaja at 3:01 PM 4 awesome people
assalamualaikum

nak wish kat FB rasa macam over pulak kan. karang orang kata aku over plus bajet sweet padahal perang setiap malam. kat sini tak pe. blog aku kan. 

happy anniversary muhammad saiful. :)
setahun macam 10 tahun kan. haha joking.
semoga kita kekal sampai bila-bila.
kalau ada jodoh, insyaallah. :)

dah kenal bertahun-tahun pun aku sampai sekarang tak paham kau ni. -,-'
kena amik masa lagi 5 tahun, gaduh sampai lebam, break-couple sampai liut, ketawa sampai bengkak, menangis sampai senak and etc. 


i love u more, most, always, forever, to infinity and beyond sayangs.


Thursday, July 7, 2011

tanam anggur

story written by Shaqjaja at 9:43 PM 2 awesome people
assalamualaikum

setelah sekian lama tak jejak kaki ke luar rumah, baru hari ni dapat keluar. 
hidup ini tak indah bagi penganggur sepenuh masa. sob sob~~

tadi aku keluar. *tak payah nak kecoh la kalau setakat ikut mak kau pergi JJ 2 langkah dari rumah tu.
hehe 2 langkah pun keluar jugak kan. ye tak? 
takde siapa nak aku ajak keluar.
 FOREVER ALONE.

penganggur tak penganggur. bulan 9 dah masuk degree. 
weeeeeee~~~~ tak sabar. 
bye rumah. *tak yah nak bye sangat la. nanti menangis nak balik*
tolong la dapat yang dekat-dekat je. senang nak balik. 

aku rasa nak hapuskan semua lelaki gatal kat dalam dunia ni.
yang tak hensem tu kita torture dia dulu.
*gelak setan*


thankz for reading this entry. :)

Wednesday, July 6, 2011

wordless wednesday #1 - ilymsb

story written by Shaqjaja at 12:07 PM 4 awesome people

Tuesday, July 5, 2011

ni la punca aku tak nak online

story written by Shaqjaja at 4:58 PM 9 awesome people
assalamualaikum

online salah. tak online pun salah.


 story 1.
tadi aku online then ada sorang mamat ni tegur kat chatbox. 
aku dah blocked dia la. so tak boleh nak tunjuk. =,='
tapi aku ingat sampai mati la apa dia cakap kat aku.

GILA: ai
HQ: ye?
GILA: nak kenal boleh?
HQ: kita tak kenal ke? macam pernah tengok je. sory la. sebab usually saya tak approve strangers. :)
GILA: tak kenal la. awak salah orang ni.. 
HQ: habis tu yang awak add kawan-kawan saya tu? awak memang suka add strangers eh?
GILA: a ah. saja-saja.
HQ: ........
GILA: kalau tak kenal takpela. saya tahu awak ada boyfriend.
HQ: hahahahahhaha awak stalk saya ke? saya tak layan la jantan kat fb. kalau nak jadi kawan tu takpela. 
GILA: takpela. saya pun tak layan perempuan kat fb sebab banyak perempuan  murahan. bye
HQ is offline and remove you from friend list and blocked you LOSER!

DP aku punya aneh tu pun ada lagi yang datang nak try?
wall aku penuh dengan komen mengarut tu kau tak nampak ke?
aku yang sikit punya kasar ni kau tak perasan ke?
lain kali before nak try, tengok orang la. stalk betul-betul.
 jangan main terjah.
nasib baik aku tak on capslock tadi.
kalau tak.......

BRING IT ON!!

p/s: kalau gentle, datang balik la minta maaf! 


story 2.
cantik.
stylo.
pandai.
 hot. 
peramah
slut

"wei kau cakap jantan mana tak nak perempuan macam ni?!!!!"

yang tu dah boleh buat aku cukup jeles dengan kau. 
TT_____________________________TT
 dah tu dapat pulak scholarship.
berganda-ganda aku jeles dengan kau. 
*yang slut tu aku xjeles langsung.


story 3.
kalau buka blog mesti perempuan cantik tahap bidadari punya. 
bukan blog yang cantik. 
tuan blog.
*takde makeup aku tak tahu la.
jeles siak!!!! 


.:: sesi motivate diri sendiri ::.

rezeki kat mana-mana kan. tuhan dah tetapkan rezeki kau banyak ni, takat ni. amik je. 
jangan nak sibuk-sibuk dengan rezeki orang lain. cuba bersyukur. 
jangan nak bandingkan apa yang kau takde dengan apa yang orang lain ada. 
bandingkan apa yang kau ada dengan apa yang orang lain takde.
Thank You Allah. Thank You for everything. 

SEMUA CIPTAAN TUHAN TU CANTIK.
tapi cantik luar je takde makna apa-apa. dah tua muka nanti sama je berkedut juga. 
kalau muka cantik perangai tak cantik pun tak guna ye tak?
dah sempurna macam ni pun dah ok. 
asal boleh beribadat, balajar tu dah cukup baik.  
semua ni dunia je. kat akhirat nanti kita semua sama. 
dulu dia yang cantik semua orang duduk sanjung tu orang dah tak pandang lagi dah. 
semua sibuk fikir amalan sendiri. 

"kenapa dulu aku asyik fikir pasal apa yang dia ada sampai tak sedar apa yang aku ada."

chill jaja. :D 
jangan baca blog orang lain lagi dah. baca blog sendiri je. haha 
jeles dengan diri sendiri tak pe.
lega dapat luah kat sini.


thankz for reading this entry. :)

forgive and forget

story written by Shaqjaja at 12:19 PM 0 awesome people
assalamualaikum

aku dah dapat rasa dah. makin hari makin kuat rasa tu. 
rasa malas nak tulis blog. 
lol kau malas pun macam ada orang kisah je kan.
nak upah orang tolong update blog aku la.
aku cakap, kau taip.

benda boleh je jadi macam dulu balik. :)
trust me.
forgive and forget.
i forgive u and i wanna forget u. 
lol just kidding. :D
datang cara baik. 
and i treat u like i used to.


thankz for reading this entry. :)

Monday, July 4, 2011

routine yang hebat atie!

story written by Shaqjaja at 3:00 AM 2 awesome people
assalamualaikum

ni untuk kau kak tie. haha
penat aku buat ni. nak pecah kepala aku ingat balik benda-benda ni. haha


8 a.m

“kak limah!!! Bangun. Dah pukul berapa ni. Kau ni tak nak bangun ke ha? solat subuh tak pagi tadi? Ke subuh gajah lagi?  Jom la study physics hari ni. Aku tak paham la apa mak jemah tu ajar semalam. Aku tidur. Haha” 

“dah pukul berapa ni timah? Kau ni pagi-pagi buta dah menyemak kat bilik aku. Datang la tengah hari sikit. Aish!”   

“banyak la kau punya tengah hari. Semalam kata nak study math. Last-last kita stalk si girlfriend dolah bebal tu. Ha! Hari ni kau nak stalk siapa pulak?”  

“ish! Yelah-yelah. Aku pergi mandi jap. Kau buat breakfast.”  

“kau ingat aku orang gaji kau ye kak limah. Aku duku kepala kau tahu la”


Time breakfast (sambil online)

“eh kak limah, kau tengok kiah cengeng ni punya pic. Geli-geli je aku tengok dia pose macam tu. Dah macam orang tak benar. Hahahaha”

“hahaha bengong. Eh eh kau tengok ni. Dia ni la yang aku cerita semalam tu. Alar.. yang makan nasi dalam pinggan tu. Tak ingat ker? Lol”

“haha semalam aku ada download lagu best. Kau dengar ni”

“eh dah lama aku cari lagu ni. Mana kau dapat ni? Aku nak la. Masuk dalam pendrive ni”

“aku kan study youtube semalam. Pastu jumpa lagu ni.”


Lepas breakfast

“aku mengantuk la makan benda ni kak limah. Kau mengantuk tak?”

“ a ah la. Aku pun mengantuk. “

“jum la tidur. Pukul 12 tengah hari nanti kita bangun study. Hehe”


12 p.m. lagu yang dikatakan best tadi dah repeat 30 kali agaknya.

“lappy siapa la memekak ni”

“tu kau la yang buka tadi. Pastu tak tutup. Terus tidur. Sekarang lagu tu dah jadi tak best. Lol”

“dah pukul 12 la. Jap lagi joyah tu mesti call aku ajak nak pergi makan. Haha jum la pergi makan. Lepas makan kita study.”


Lepas lunch.

“rasa macam tak boleh nak study je ni. Katil kau memanggil kau tu. Haha aku nak tidur jap. Nanti kau kejut aku pukul 2 ok.”

“ha yela. Sementara kau tidur tu aku online kejap.”


2 p.m

“timah… oh timah.. bangun ler… dah pukul 2 ni. Kata nak study..”

………….................................................


6 p.m

“kau tak kejut aku ke kak limah! Ggggrrrrr!! Tak pelah. Hehe malam ni kita study. Aku bawak turun lappy. Study lec note je la. Malas bawak buku. Buku kau kan ada. Bye kak limah. Malam nanti aku turun.”


8.30 p.m

“kak limah!!!! Dah solat?  Jum la study. Dah-dah la tu online. Kau ni dari pagi tadi online.”

“hehe yelah-yelah. Kau buka la buku tu dulu. Ni kita nak study yang mana. Apa yang mak jemah tu ajar ha? Bab berapa ha?”


Lepas buat 2 soalan.

“ish! Susah betul la. Belajar 1+1, latihan 3x+y-4g/78z, exam… aku malas nak cakap.”

“haha tahu tak pe.”

“eh tadi kan aku buka fb sorang minah ni. Alar. Yang pergi class tak pakai kasut tu.”

“yang mana ha???? Owhhhhhhh.. yang tu.. mana-mana?? Nak tengok.”



Macam tu la tiap-tiap hari. Nak exam baru macam orang takde agama nak study. bila dah failed timbul la azam hangat-hangat tahi ayam nak study.

Kadang-kadang bila ingat balik rasa nak menangis. Pastu rasa nak gelak pulak. Lol


thankz for reading this entry. :)


 

SHAQJAJA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review