Thursday, February 21, 2019

WEDDING PREPARATION: PART 1

story written by Shaqjaja at 11:10 AM 0 awesome people

ASSALAMUALAIKUM

Tahniah sistur. Kahwin jugak kau kan. Haha


So, first kau kena ada date. Not specific one but at least target bulan berapa tahun bila. 

Sis start dengan survey venue and caterer. Untuk pusat komuniti range harga is between RM 1500 - RM 1800 ye. Deposit RM 300 masa booking. Sis booking SATU TAHUN SEBELUM OTHERWISE KAU TAWAKAL JE LA ADA DEWAN AVAILABLE DENGAN MASA KAU KAHWIN.

So next, caterer. Actually 6 months before dah boleh booking. But sis booking tahun 2017 untuk wedding tahun 2019. Harga maintain 2017. #cheapskate

Caterer sis only cover pelamin, food, and outfit. Sis add onn PA system w/ DJ sebab taknak krik krik. Caterer ni sis tak suggest orang lain amik. Bukan nak tutup periuk nasi dia. Cuma tak nak korang sakit kepala. GHAHAHAHA sis bayar depo sebelum jumpa caterer ye. Konon nk cepat sebab dia murah. Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. I iz redhaaaaaa. Kalau cancel depo tak dapat balik ye adik kakak. Reception total RM 17,300 (including cake, gift, & bunga telur)

Issue #1: This caterer dalam pamphlet dia tulis 'sepasang baju baru'. Tapi bila aku tuntut, dia cakap tu pamphlet lama. Well... I said the her 'Tu bukan masalah saya. Saya nak tuntut apa yang dah dijanjikan' So yeah. Sis dapat baju baru. 

Photographer pun sis survey awal. Nak cari mana yang ada buat promo and kot la dapat harga murah sebab awal lagi en. Sis survey tahun 2017. Tapi booking 2018. Total RM 2,200 (promo price).

Next, sis beli barang hantaran. Acah-acah beli awal konon ada year-end-sale. Sale la sangat. Beli awal sebab takut duit habis kat benda lain. Dulang ada 7 x 5 je. Banyak-banyak buat semak and nak jaga susah. Kang ada yang hilang, menangis la sistur di pelamin. Sis plan nak buat dulang 3 x 5 or 1 x 3 je. Banyak-banyak kalau takat letak epal, anggur, limau tu buat apa? Kau nak esok aku belikan. Tapi yelah. Melayu dan adat berpisah tiada. Rela mati anak dari mati adat. Pfffffttttt!

Dulang sis tempah sebab taknak dulang-dulang tu semak kat rumah later. Satu dulang around RM 35. Total RM 7,000 (including barang-barang hantaran).

Then for nikah, Sis buat kat rumah cari kat Airbnb sebab kat masjid macam leceh. Terikat dengan catering pilihan masjid and also ada timing ye. Takkan sis nak halau tetamu pulak kan. 
Total RM 4,500 (including upah jurunikah, food, khemah, inai, pelamin, and outfit)

Borang kahwin jangan lupa diknon. Kang kau ngan pakwe nga nga je la masa nikah. Kah!

Last sekali dik, rumah sewa kau nak duduk lepas kahwin. Kalau duduk dengan parents then Alhamdulillah. Ke takziah? Privacy takde diknon. Kau nak bergurau senda pun kena tunggu mak kau mandi. Tiber! Macam takde bilik pulak haha

Sis cari rumah area Gombak. Nak dekat dengan office je. Malas drive jejauh. Sis mudah stress ketika driving dalam jangka masa yang lama. Poyo gittew. Rumah ni lengkap semua kecuali washing machine, fridge, and TV. Total cost untuk masuk rumah dalam RM 14,000 (including deposit).

Semua benda aku dah cerita kat Part 1, habis Part 2 nak cerita apa? Pfft


How it's like working as a quantity surveyor in ID company

story written by Shaqjaja at 10:05 AM 0 awesome people

Assalamualaikum

Sis dulu belajar asasi amik Engineering, Degree sis menyimpang ke Surveying (because mak tak larat nak belajar benda susah nyah. BORINGGGG!!!!).



Tapi industri Building Surveying ni sangat tak famous di Malaysia ye rakan rakan. Kat JKR hanya ada SATU je Building Surveyor. Every year berapa students yang grad dari kos BS? Oleh sebab tu ramai ye yang graduate BS tp kerja QS. Tapi we all punya knowledge tak power macam student QS. 

Sis memang ada apply kerja BS but yeahhh. Nak sedapkan hati je konon padahal tahu takkan dapat (plus, memang taknak sebab kerja dia boring ye). 

So, now here I am working as QS at ID company. Company sis buat interior design for offices, airports, banks, houses, in Malaysia, Indonesia, Cambodia (tu je kot).



But before that, untuk yang tak tahu, QS tu kerja dia kira kos design yang designer design. QS untuk ID lebih senang compared to construction company kot. Kerja tak banyak. 

HAHAHAHAHAHA!!! Tak banyak la sangat. 

Sini ada SEMBILAN designer and ada DUA QS. Kalau 1 designer pegang 3 project, so ada 27 project. 

27 project bahagi DUA QS. Meninggal tak sistur????????????

Well...... Project tak datang sekali 27 lah. Dia sendu-sendu since musim ekonomi pun sendu ni. 

Last year sis ada buat costing ID untuk headquater KWSP. Bangunan ada duabelas tingkat. Masa ni sis baru sangat so tak tahu sangat pasal interior design. 3 bulan sis jadi zomba. Ni pun nasib baik ada back up. Kalau tak maybe sis dah buat tahlil untuk diri sendiri.


p/s: QS punya kerja bukan takat kira kos je. Dari kira kos sampai la tutup akaun projek. BAHASA MELAYU SUNDAL SIS EXPLAIN. 

Monday, February 18, 2019

2019

story written by Shaqjaja at 2:06 PM 0 awesome people

Buka Salam


Last update tahun 2015. Tengah buat master. Tak banyak yang berubah, just berat je bertambah. Watdehek doh. 

So let me review what have happenned in 2016, 2017, 2018 and what to expect this year. Gittew ye. Ingat kau artis ke sundal?

2016

Still continuing my master. This year kerap jumpa prof sebab prof risau thesis tak siap-siap. Sis jugak active round 1 Malaysia kutip data with my favorite kakak, Kak Effi. 

Hujung tahun start sembang dalam thesis. Kencing hancing baik punya. Gahahahaha

Then, my scholar, MARA ended in September. Meninggal ye sundal nak bayar yuran. Apa lagi. Gelabah taik pergi cari kerja. 

I started working (like betul-betul kerja) as a promoter kat BATA. Ada event 'Back To School'. Bayangkan eh. Kau dah la tak suka kids, PASTU KENA TENGOK DRAMA MEREKA TAKNAK PAKAI KASUT. Lets stop here. Mak tetiba stress memikirkannya. 

2017

Sis kerja sebulan je sebab konon nak tukar kerja kedai buku. Tapi gaji dia pergh!!! Dia ingat aku minah bangla ke. So sis quit promoter then duduk rumah sambil berharap ada kerja datang cari sis. 

Ada ye kerja cari sis. Bahahaha Sis start kerja as quantity surveyor kat construction company, tempat adik sis practical. Jauh nun di Seri Kembangan. We rented a room at Bukit Jalil, RM 500/month excluding utilities. Belum include makan, tambang pergi kerja, menyundal time weekend. All with gaji less than 2k. How did I survived that???????????

Tu namanya rejeki. After 3 months naik gaji sikit. Sikittttttttttttttttttttt je. Tapi sis siap mampu amik lesen. Beli kereta (sebab tak tahan nak bayar mahal-mahal kat GRAB). 

Tapi... Siti Hajar jenis tak bersyukur. Beliau cari kerja lain yang dekat dengan rumah because I cannot live far away from my mother (bila dekat asyik gaduh je). 

Sis dapat kerja kat Titiwangsa dengan gaji extra 200 je dari company lama. Sis pergi kerja baru duduk 10 minit dah sampai ye. Punya la dekat. HAHAHAHA

Oh tak lupa juga, sis juga telah bertunang pada tahun ini. Sebabnya sis dan pakwe tak boleh kumpul duit untuk kahwin. Bila gaji je lupa nak kahwin. Bila tengah bulan dah miskin baru ingat nak kahwin. Jadi bila dah bertunang, at least its a reminder for both of us sebab dah ada deadline which is 1 and a half year. Lama ye sundal....

2018

Sis meneruskan perjuangan di company baru. Nothing much happened. Just sis ugut bos untuk naikkan gaji lagi sebab konon tak cukup nak kahwin. KAH!

Sis juga siapkan thesis dan viva pada August 2018. Serius tak sangka sebab almost quit. Tak larat dah nak bayar yuran beribu 1 sem. 

Then sis slowly siapkan preparation untuk kahwin. Sebab sis suka buat benda sorang-sorang jadi kena buat awal. 

2019


Tetiba dah February ye. Lagi 3bulan nak Ramadhan, puasa ada lagi 12 hari belum ganti. Tu je. kbye
 

SHAQJAJA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review