Thursday, December 27, 2012

untuk housemate dari housemate

story written by Shaqjaja at 8:07 PM 0 awesome people
assalamualaikum

selalu dah buka page ni pastu tak tahu nak taip apa. -.-' tadi time mandi banyak pulak idea. 

ha ok dah ingat. 

dah nak habis semester 3 dah. sekarang tengah prepare untuk final exam. lagi seminggu nak exam baru nak study. muahahaha biasa la tu. yang skema je study awal. and yang skema tu la yang skor. lol

so ini bermakna dah 2 sem aku duduk rumah sewa. susah tau nak duduk serumah dengan orang luar. maksud aku bukan adik beradik sendiri. "air kalau dincincang tak kan putus" do u get what i mean? pandai-pandailah fikir. 

aku duduk rumah sewa ni terus untuk 5 sem. sampai grad nanti la. senang nanti tak yah cari rumah sewa lain. susah nak cari rumah murah + dekat dengan UiTM kat sini.

so bagi aku la kan... kalau kau nak stay lama dengan housemates kau lama-lama kena la bertolak ansur sikit.  jangan la nak berkira sangat. member kot. lain la kalau kau tak kenal. sampai kicap pun sorok bawah katil. apa la tak senonohnya perangai. tapi kadang-kadang ada je yang tak reti bahasa. kau dah tau makanan tu kau tak bayar kau pandai-pandai la mintak izin dulu. kalau sekali dua amik tak pe. ni dah orang tu dah macam supplier kicap pulak. berapa abah kau bayar dia beli kicap?

2nd, house chores. ni paling penting la. abah kau bukan tan sri tau tak. so jangan goyang kaki.
kau busy? habis orang lain tak busy? orang lain pun belajar jugak.... 

3rd, hygiene. untuk makluman anda sekalian, sesungguhnya housemates anda sendiri malu untuk tegur. inikan pula anda yang di tegur. lepas mandi calit ketiak, pastu bau. busuk tak? haha rambut kalau seminggu sekali cuci jangan terkejut la kalau kutu pun mati. aku paham sesetengah orang hormon dia overdose. kalau kau tahu hormon ko overdose..... mandi lebih sikit. 

4th, pinjam barang. kau tak kan lari dari pinjam meminjam. aku ni seluar dalam dengan bra eman je tak pernah pakai. semua baju, seluar, shawl and etc. aku dah pernah pinjam. aku pinjam lepas tu kalau aku berpeluh / baju tu bau aku akan basuh. kita amalkan konsep "anda pakai anda basuh". okey adik adik? 

5th, perangai pelik. iye.. aku paham... takde sape mintak housemate pelik. kau rasa dia pelik. dia lak rasa kau pelik. saling pelik kan? hahahahahahaahhahhaha ok tak kelakar sebenarnya. kalau korang saling pelik so takde masalah la kan? haahahahahahahah lagi sekali tak kelakar.  terima dia seadanya. maybe dia belum kenal kau. kau belum betul-betul kenal dia. amik masa sikit benda macam ni. 

6th, on call dengan boyfriend. aku paham umur-umur macam ni semua ada boyfriend. ada juga yang takde. ada juga yang tak nak tahu perihal kau dan boyfriend kau. so kalau nak bersembang hal sulit mahupun hal masa depan dengan anak-anak sila masuk ke dalam bilik. mekasih. 

takde niat nak mengata siapa-siapa. sekadar teguran. kalau terasa maknanya anda lah orang yang ditegur disini. :) aku tak mention so korang tak yah la emosi lebih lebih.

thank you for reading this entry. have a nice day :)

Sunday, December 16, 2012

bbq persatuan bisa uitm

story written by Shaqjaja at 3:05 AM 0 awesome people
assalamualaikum

its 2.36 am. aku dalam selimut tengah buat dissertation. sambil tunggu eman siapkan part dia aku update jap.

sem ni aku rasa gatal anggota badan nak handle dinner persatuan. padahal sem ni subjek dah 10. aku rasa kena tambah bagi 20 baru tak jadi kerja lain agaknya. XD

so aku handle bahagian guest. invitation card. banner. button. tu semua part aku. tak lupa dengan bantuan eman. hee

banner yang tak bagi tau dinner persatuan apa =='

invitaion card yangnampak mcm mahal la konon

ni poster
semua ni aku buat sendiri. background google dalam internet sebab tak reti buat background lagi. kalau aku buat kang takut sorang pun tak nak datang XD

actually ni bukan dinner. its just a bbq night. nak lilek lilek. kwajaq kan? aku dah g tempah baju dia boleh jadi bbq je. dah la baju tailor design cam orang tua!


sempat jap webcam. hihi

kbye nak sambung kerja.

Sunday, December 9, 2012

*takde tajuk*

story written by Shaqjaja at 1:04 AM 0 awesome people
assalamualaikum

curi masa sekejap nak update blog. aku baru balik dari kedai makan. lepas tu otw balik nampak orang jual durian. dah lama dah nak beli durian tapi tak de kesempatan. so tadi beli durian. 2 biji rm10. mahal kan. so kitaorg sebagai perempuan gunakan peluang yang ada untuk ayat abang-abang kat tepi jalan yang jual durian tu. XD

ayat punya ayat dapat la 3 biji rm10. huhu balik-balik je terus makan durian padahal aku kenyang nak mampos. tapi sebab mengidam kan so makan la. durian 3 biji aku cuma dapat makan 1 ulas, yus 1, aya 2, eman 2. =.=' 3 biji dapat banyak tu je. yang free dia bagi tu pun buruk. tapi alhamdulillah. ada rezeki dapat rasa. hihi

btw, baju dah hantar kat tailor. 15 dec amik. sebab nak cepat so design dia macam nenek-nenek sikit. tengok je la nanti. kalau cantik aku pakai. kalau tak aku bagi mama je. total cost baju tu je rm58! kalau beli dah dapat yang cantik. duhh

andddd esok.... epul nak balik kulim dah. dia takde aku cuti ni aku tak tahu la camne. :( benda apa-apa mesti aku cari dia. aku lapar aku cari dia. aku bosan aku cari dia. aku sedih aku cari dia. kawan-kawan memang tak de kat area rumah aku tu. yang rapat pun duduk jauh-jauh kat hujung malaysia. lagi sedih bila takde internet. tu memang paling sadis la.

nak sambung buat kerja. semua kerja due date minggu ni. kbye






Wednesday, December 5, 2012

semalam aku sedih. hari ni aku happy

story written by Shaqjaja at 8:59 PM 0 awesome people
assalamualaikum 


setelah semalaman aku sedih sampai tidur 12 jam. pagi tadi aku call mama cakap takde baju untuk dinner. bergenang biji mata. alahai.. manjanyaaa. *sila muntah* konon nak luahkan perasaan. but then mama tanya bila nak pakai. sebab mama nak bagi duit beli baju lain. OHMAIGOD!!! rasa macam apa yang hilang semalam dah datang balik hari ni. haha


ok lepas tu mama cakap pasal financial planning. mama dengan ayah dah discuss nak simpan duit untuk beli rumah la. tu la. ni la. tiba-tiba ayah cakap "kena simpan duit untuk kaklong kahwin sekali ni.". ohmaigod! ohmaigod! ohmaigod! aku mimpi ke? betul ke ayah yang cakap? but then mama cakap kat ayah "buat apa simpan untuk dia. dia nak kahwin biar dia simpan lah." k fine. mama jeles. :\


thats ok. dengar ayah cakap macam tu pun dah cukup buat aku happy. ada la sikit semangat nak g kelas revit petang tadi. kat kelas tadi lec cakap kena start project. dia marah kita orang sebab tak start project awal-awal. bila masa dia cakap pasal project pun aku tak tahu lah. haih..

guwa jd tutor bhai





Tuesday, December 4, 2012

Im sad :(

story written by Shaqjaja at 6:55 PM 2 awesome people
assalamualaikum



semalam mood aku ok je walaupun belum buka mata lagi aku dah dapat berita buruk. "baju aku hangus terbakar" actually tak heran sangat tu yang mood ok. 

lepas tu time balik boleh pulak ada orang reverse sampai terlanggar kerete effi. yang langgar tu macam budak sekolah je. dia dah terlajak kat simpang 3. pastu ada bas laju. dia dah cuak agaknya. tu yang reverse laju sangat. nasib baik tak de pape. break pad kena tukar. tu tak de kaitan pun dengan accident. memang break pad dah lama rosak. time hantar bengkel tu tokey tu kata kerete dah tak leh jalan sebab break dah tak makan. fuhhh nasib baik lah tak jadi pape yang lagi buruk kan. 

hari ni lain pulak ceritanya.. hari ni aku sepatutnya kelas pukul 2. tapi kena gerak awal sebab nak kena amik plan kat SUK. patut semalam pergi amik. tapi sebab accident tu so budak laki wakil la amikkan. tapi rupanya dorang tak amik. mengamuk la yang si perempuan. hari ni mood aku pun ok je. 

pukul 2 start mandarin listening test. alhamdulillah. boleh la jawap. walaupun ada 2 3 soalan aku tak clear. lepas tu dia sambung dengan oral test. sepatutnya aku buat minggu depan. tapi alang-alang dah ada kat sini apa salahnya. time orang lain buat, semua kena duduk kat luar. time aku buat, tiba-tiba laoshi suruh semua budak next class which is part 3 i think, dia suruh budak-budak tu masuk. and secara tiba-tiba, apa yang aku baca semua tak ingat. even dia dah sebut pun aku still tak leh sebut. sedih sangat sebab aku rasa aku macam tak dapat buat yang terbaik. :( 


aku dah usaha. now aku tawakal je. kalau ada rezeki, ada la kan. kalau tak de tu, ada lah hikmahnya..

next is, baju dinner. aku dah beli kain. tiba-tiba tailor cakap tak boleh jahit sebab takde contoh. hmm.. aku tak leh buat pape. mak aku pun tak reti jahit. 



 

SHAQJAJA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review