Friday, March 25, 2011

sesuatu yang mengejutkan

story written by Shaqjaja at 11:51 PM
assalamualaikum

aku ada sesuatu yang mengejutkan aku sendiri.  *pointless.

ni adalah ratio study aku. hentam je ni. di adaptasi dari kenapa ramai pelajar universiti tidak lulus exam 

ok. oleh sebab aku student asasi je kan so aku ada 252 hari je. dalam 8 bulan setengah tak tolak cuti sem 2 bulan. ni kira dari aku start daftar sampai la abis final exam sem 2.

1. weekend
dalam 252 hari tu weekend je dah 39 hari. so tinggal 213 hari je. tu tolak hari ahad je tau. sabtu tak kira. kalau kira lagi sakit.

2. cuti umum
dah tu cuti umum ada 5 hari. aku rasa la. sebab jarang je aku takde klas hari2 biasa. so ada baki 208 hari.

3. cuti semester
tu belum masuk cuti sem lagi. dalam 2 sem ni kira-kira 2 bulan camtu la cuti sem. dah 60 hari tu. baki tinggal 148 hari. 

4. tidur
kalau nak kira ngn tido skali la kan, dah 80 hari. sehari 8 jam. so tinggal la lagi 68 hari.

5. ibadat
ibadat tu dah kira-kira dalam 30 minit sehari. (yeke aku ni?) dalam 2 sem tu dah kira 5 hari la. baki tinggal 63 hari je...

6. macam-macam
tolak main, makan, tengok movie, sembang, kutuk mengutuk, lepak, online dan macam-macam lagi yg sewaktu dengannya dalam 50 hari. amik kau. bapak lama. baki tinggal 13 hari je. 

7. exam
last dah ni, exam. exam tu dalam 20 hari la. (mcm mne tah aku kira ni) so -7 hari. negative.. T.T nonsense!!!

kesimpulannye kt sini, apa yang aku kira ni tak betul. hahahaha. bukan2.

sebenarnya, kalau kita tengok balik kt atas tu, weekends tu bukan aku duduk goyang kaki tunggu nasi masuk mulut je. buka jugak buku tu. paling-paling pun tengok la dalam 2 3 huruf untuk menyedapkan hati yang kononnye aku dah study. wakakakaka tipu-tipu. aku study la. assignment tu time ni la aku bagai nak gila nak siapkan. assignment tu kira study la erk??? ok next.. (padahal assigment copy org pnye je)

cuti umum tu plak kan, kena ganti klas gak nanti. korang ingat lecturer suka tengok kita orang bahagia dengan orang tersayang kt rumah? jangan harap la. T.T siot je. baik takyah cuti. so study la kan. maksudnya tak kira sangat la cuti tu kan.

cuti sem tu plak, klu semester break memang haram la aku dapat bahagia kt rumah. confirm-confirm la kena study kalau dah naik cuti terus final exam. sumpah tak aci.

tido tu tipu la 8 jam sehari. dusta belaka tu. tak tentu. kadang-kadang 8 jam. kadang-kadang 11 jam. 12 jam tu tak pernah lagi la. 3 4 jam pn pernah. knape? study. haha

ibadat tu no komen. aku rasa lebih dari 30 minit. ececeh.... bukan sebab study ok.

main, online, makan, sembang, tgk movie tu bukan seratus peratus 50 hari. dalam semua tu sambil2 tu aku study la. tengah2 buka fb tu aku buka je buku physics. tak focus pun ada la jugak 2 3 benda yang lekat dalam kepala otak ni. nak main? main apa? haha aku tak ada masa nak main. sembang paling lama kot. tapi aku sembang pasal chemist, pyhsics, computing, imp. actually kita orang merungut. wakaka padan la ilmu tak lekat. merungut rupanya. time tengok movie memang aku tak study. menipu la nak study time tengok movie kan. buka buku tu memang la buka. gimik je tu. 

time exam ialah masa terbaik untuk study. esok nak exam malam tu baru buka buku, tu benda biasa. dari sekolah rendah nak upsr. dah naik sekolah menengah nak pmr, sampai nak spm pn mcm tu jugak. masa paling lama nak study time2 macam ni la. so exam ni tak dikira halangan untuk study la kan. hehe ni pemangkin. haha 

aku tak pernah sakit. kalau nak sakit pun senggugut je. senggugut pun boleh study. eleh. setakat senggugut tu. 2 3 jam je. demam memang tak.

hmmmmm... nampaknye masa study tu ada terselit kat mana2. hahaha rasanye dah tak payah nak naikkan ratio study dah ni. hahaha TERBAIK DARI LADANG!!!

terima kasih sebab sudi luangkan masa baca benda mengarut ni. :)

0 awesome people:

Post a Comment

 

SHAQJAJA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review