Thursday, November 17, 2011

siapa yang ketuk??

story written by shaqjaja at 7:11 PM
assalamualaikum

semalam aku lepak bilik tv. actually hari2 aku lepak bilik tv. biasalah kan kalau dah ramai-ramai tu suara macam mana. datang pukul 9 malam balik pukul 1pagi. 

lepas tu semalam yang lepak sana aku, iman dengan aya je. aku datang dulu dengan iman. kitaorang buka tv, buka lappy. buka fb. japgi tiba-tiba aku dengar ada orang ketuk tingkap. aku dengan confidentnya pandang nak tengok siapa ketuk. then aku terfikir, belakang tu gelap gila. siapa yang nak pergi belakang tu? nak kata kayu ke ranting, mana ada pokok belakang tu. belakang tu lereng bukit. ada ampaian. tapi belakang tu sangat sempit dan gelap. ada ke orang nak jemur kain pukul 11 malam? 

cara ketuk serious macam orang. sebab kuat. tapi aku macam dengar kat atas pulak. tempat kena ketuk tu macam antara tingkap dengan siling. tinggi la kiranya. aku pandang tingkap tu sebab nak tengok 'siapa' ketuk. then iman cakap jangan tengok. aku kalau dia tak cakap jangan tengok memang aku tak takut apa and tak fikir apa. tapi dia dah cakap macam tu memang aku speechless.

lepas tu aku pandang iman, iman pandang aku. takut wei, kalau lari lagi takut. so jalan terbaik, stay je. bila aya dah datang boleh pulak iman tanya 'kau ke yang ketuk tingkap belakang tadi?'
maigodddd imannn!! tak kan dia nak pergi belakang tu. 

aku kalau orang tak takutkan aku, memang aku tak takut walaupun aku tahu apa yang jadi sebenarnya. benda sekarang jangan cakap. 

ok fine! aku dah takut. bye!

thankz people! :D

0 awesome people:

Post a Comment

 

SHAQJAJA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review