Friday, August 17, 2012

P14G vs Unifi

story written by Shaqjaja at 5:30 PM
assalamualaikum

ni bukan nak api-apikan ke apa eh. cuma aku nak bagi tau pasal unifi dengan P1 ni. 

rumah sewa kat shah alam tu aku pakai P1. kalau pakai broadband kan lemz (lembab). pastu nak bayar pun rasa macam tak berbaloi. sorang katakanlah RM80 (pakej celcom). lepas tu youtube kalau buka lusa baru boleh tengok kan.

so bila pakai P1 aku puas hati. memang laju. tak sempat loading. aku jarang nampak page loading. download lagu ke apa file ke memang laju. apatah lagi youtube. tengok movie kt youtube pun smooth je. takde sangkut-sangkut. bayar pun RM27 sorang sebab share 5 orang.




waktu beli tu (eman yang beli) eman ada tanya, "kitaorang ni students, kalau cuti macam mana eh?". penjual tu kata "takde masalah. pergi kat HQ. boleh terminate sementara". bila datang cuti tu aku jadi saksi orang yang duduk kat counter customer service tu kata "cik dah salah maklumat ni. kita takde perkhidmatan macam tu". 

r u f*cking kidding me miss?

aku tak tahu dorang memang sengaja buat macam tu sebab nak market ke apa. tapi memang berdosa la tipu customer. nak-nak students. kita orang menuntut ilmu dorang boleh main kencing macam tu. 

aku baru je pakai unifi kat rumah ni. dia ada promosi untuk bulan julai hari tu. pemasangan free. sepatutnya installation fee dia RM 200. bila dah pakai 2 3 hari tu tiba-tiba unifi buat hal. kejap-kejap lost connection. pastu kena restart kat modem. kalau sekali 2 tak pe tau. ni banyak kali. kadang-kadang tu sampai 2 3 kali dalam sehari. jahanam la lama-lama kalau macam ni.

so aku call customer service. dia kata maybe ada masalah pemasangan & nanti dia hantar orang untuk tengok. kalau dia datang kena bayar RM 50. tak jugak kot aku nak bayar.  nak datang TENGOK tak kan kena bayar RM 50. bila dia call untuk confirmkan pukul berapa nak datang tu aku cakap "internet dah ok. tak yah datang la eh" haha 

so tadi modem ni buat hal lagi. aku call orang lain pulak. aku call orang yang datang pasang hari tu. bila aku call dia cakap "modem tu baru lagi. dia memang macam tu. dalam seminggu dua ok la nanti"


seriously? 

FINE! unifi ni memang nak kikis harta benda aku ke apa. sabar je la puasa-puasa ni buat hal. 

0 awesome people:

Post a Comment

 

SHAQJAJA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review