Monday, August 20, 2012

Sekali kawan selamanya kita tetap kawan

story written by shaqjaja at 6:15 PM
assalamualaikum

*singsing lengan baju* ehem. sebenarnya takde mood nak update ni. sebab sekarang ni aku tengah lapar gila. nak-nak hujan kan. double la lapar dia sama macam harga mcdelivery time raya. *kekejaman di malaysia*

ok intro macam tak kena je kan. takpe. abaikan. aku nak bercakap pasal kawan. *tiba-tiba annoyed dengan diri sendiri*

dari sekolah rendah convent sampai sekolah menengah convent. lepas tu masuk teknik gombak. then sambung kat matrik teknikal johor. lepas tu guna cable masuk uitm puncak alam buat foundation in engineering. *megah je bunyi nye* 

bila dah pindah dari satu tempat ke satu tempat of course la kita akan jumpa orang baru. buat kawan. jadi rapat. lupakan yang lama. kan? ni hakikat. kalau tak sorang dua kau lupa mesti ada jugak yang di lupakan. (^^,)

so masalah kat sini bila kawan kita jumpa orang lain then dia lupa kat kita. aku pun buat benda yang sama. tapi.....

kenapa perlu rasa marah dengan kawan kau kalau dia dah tak contact kau? kenapa bukan kau yang call or message dia dulu? think! dont simply judge.

selalu kalau kawan dah tak call lepas tu kau nampak dia tweet seronok-seronok dengan kawan baru kau mesti terasa. then kenapa tak start the conversation first? instead of waiting for them why dont u just text him/her first.

aku memang banyak lost contact dengan kawan lama. bukan lost la. lost bunyi tak sedap. jarang contact. tapi ada je aku still contact. contohnya atie. *dia sorang je aku still contact* :| aku bukan tak nak call/message dorang tapi aku tak tahu nak cakap apa. selalu benda yang sama je yang di tanya. khabar. belajar mana. duduk mana. rumah sewa kat mana. lepas tu marah-marah sebab tinggal dekat tapi tak pernah jumpa.

tapi kat sini aku tak berani komen lebih sebab situasi berbeza. ada yang rumah dekat sekangkang kera tapi batang hidung tak pernah nampak.

bila kita semakin dewasa kita travel sana sini. jumpa macam-macam jenis orang. jumpa yang perangai pelik-pelik. yang tak boleh berkawan dengan orang pun ada *patut berkawan dengan binatang*. yang ni jenis dengan semua orang dia nak gaduh.

pilih kawan betul-betul. cari yang boleh hidup sama-sama. susah senang dia ada. :)

aku ada eman, aya, effi, and yus. dorang selalu ada dengan aku bila aku sedih, happy, marah. even bila aku susah pun dorang yang offer nak tolong. aku hope friendship aku dengan dorang last forever. :) insyaallah.


eman, yus and effi. :) i love them.

yus and beloved aya.
takde motif lain eh gambar yus ada 2. tak jumpa gambar aya.

ok. nak keluar. today mama tak masak so kena makan kat luar. :| her nose bleeding. 

2 awesome people:

wanderer said...

cop...yus tu yusra ke????

shaqjaja said...

a ah. dia from skolah ko jgk kn? ko knl dia ke? aq rse aq pna tye dia psl ko.

Post a Comment

 

SHAQJAJA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review