Saturday, September 24, 2011

aku sayang FSPU

story written by shaqjaja at 4:54 PM
assalamualaikum

ni actually cerita semalam. tapi hari ni baru ada masa nak story. busy kalah menteri. =,='

semalam aku takde class. memang totally free la. tapi petang tu ada program dengan FSPU (fakulti senibina perancangan dan ukur). kacau schedule betul la. baru nak bersenang-senang. 

semalam pukul 5 ada program apa tah. aku tak amik tau pun. datang je. lepas tu ikut je orang lain buat apa. tapi kalau diorang sembah berhala aku tak ikut ah. 

kitaorang main game. buat menara dari bahan terbuang. nama menara tu samp-ah sar-ap. memang terbuang habis la. menara paling tinggi yang akan menang. tapi menara kitaorang takde la tinggi mana. but still kitaorang yang menang sebab menara kitaorang yang paling stabil. 

game kedua tu kena pass belon berisi air ke belakang. group kitaorang jugak yang memang sebab 10 belon yang ada semua sampai dengan selamat. :) 

game yang ketiga ni paling BEST ah sebab aku main game ni. bukan aku nak pun. tapi ada abang senior tu dah aim aku, mira dengan lela. actually kitaorang tak buat cheers group. tu yang kena paksa main. aku bukan tak nak buat cheers group tu. cuma tak nak nampak macam retarded. 

game ni kena cari gula-gula dalam tepung. kalau kat sekolah tadika dulu (sekolah menengah tak main geme ni) kena tiup tepung pastu amik gula-gula tu guna mulut. kat universiti orang dah advanced. dalam tepung kena letak perisa. bagi sedap dan bersemangat nak cari gula-gula. bahan-bahannya ialah: 

tepung
garam secukup rasa
serbuk kopi
air untuk pekatkan tepung
gula-gula yang dah expired

dia kalau letak tepung je aku tak kisah sangat. ni dah letak air, memang tak la kan. nak cari bukan main susah lagi. kalau tiup, esok la jumpa gula-gula tu. time tu takde fikir apa dah. fikir nak memang je. memang aku benamkan je dengan muka-muka sekali. aku orang ke 5 kot. kau bayangkan berapa mulut dah terbenam dalam tepung tu. EEEEUUUUUWWWWW!!!!!! yang part gula-gula expired tu aku tipu je.

balik tu ingat nak pergi DATC join mira dengan lela makan. tapi lepas solat maghrib tu aku macam dapat petunjuk dan hidayah (ececeh). so aku tak pergi. penat siak!! game cincai pun penat. bukan sebab main game aku penat. jalan nak pergi FSPU tu berliku habis la. rasa macam duduk pendalaman je. kena naik sampan. naik bukit. turun bukit. lintas sungai yang arus deras + buaya lapar semua ada la. 

ku fikir panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. bella ada kelas. syaifa dengan jannah nak keluar. aku sorang-sorang je kat bilik. aku baru ingat nak tidur. sebab esoknya tu ada kawad. tapi tak kan nak duduk sorang-sorang pulak. mana maunya aku duduk. so aku follow jannah dengan syaifa tengok transformer 3. bayar RM1 dapat tengok movie seat 1st class. oleh sebab aku dah tengok so aku manfaat aircond + masa yang ada dengan tidur. 

pic takde, pic aku berbayar ok. 

thankz people. :)

3 awesome people:

wanderer said...

sonok btol weekend ko ja...hahaha
aku teringin nak nengok muke kau yang kene cicah tepung tu..wahahahak

cik qusha said...

memang seronok! aku memang seronok duduk sini sampai "taknak" balik jumpa bonda tersayang. sobs~
muka aku kena apa pun maintain cun. muahahahaahha

wanderer said...

hak tuihhh!!!!
muntah aku...hahahahak

Post a Comment

 

SHAQJAJA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review