Tuesday, September 20, 2011

no entry. (takde kaitan)

story written by shaqjaja at 12:30 PM
assalamualaikum

untungla tengah free. muahaha

free kepala hot kau la jaja! baru tadi azmiraharon call cakap ada kelas MENGEJUT. (rasa macam doktor pulak) kalau aku pergi la kelas tu memang lepas ni aku jilat la tapak kaki kau. mana tak nya. aku dah seksi meksi ni mana maunya aku tukar baju semula. kalau kelas tu setapak 2 tapak dari sini aku dah pergi dah. ni bertapak-tapak! tak tertapak dah aku nak menapak. pening dah? ok proceed. (lagipun nak bagi assignment je. pergi ke tak pergi aku tetap tak nak buat assignment tu)

actually aku bukan nak cerita pasal kelas MENGEJUT ni. aku just nak meluahkan ke'tidakpuashati'an. hari-hari nak cerita pasal tak puas hati kan? bosan eh baca benda yang sama? takpe. aku suka. 

kita ni tak sempurna. (ececeh ayat dia..) kalau nak nampak perfect kat mata semua orang tu bukan senang. kalau nak puaskan hati semua orang memang susah. aku pun kalau boleh tak nak orang sakit hati dengan aku. nak-nak kat tempat baru ni. niat aku nak belajar. time masuk sini dulu aku tak fikir pun nak cari kawan bagai. rasa macam nak hidup sorang-sorang je. senang cerita kan? tapi tu lah. aku pun tengah cari kat mana silap aku. 

sebab aku cakap dengan lelaki ke kau tak puas hati? tergugat ke? aku baru 'bercakap'. belum 'bermanja'. (muahaha gurau je saiful bakri) aku tengok kau lagi overacting. baru masuk dah kecoh. kau jangan risau. aku tak cantik @ hot macam kau. memang lelaki melayu terakhir tu pandang kau je. plus aku belum miang tahap nak minta nombor lagi la. jadi matang sikit la. kau bukan budak-budak. benda macam ni tak patut jadi modal nak bermusuh. cari modal lain la. 

ok stop sampai situ. ada tips nak bagi. tips jimat duit. ni untuk students yang rasa duduk uitm ni sangat banyak pakai duit. bukan uitm je la. semua u boleh. u sayang i pun boleh. HA HA TAK KELAKAR.

  • korang punya lunch dengan dinner tu beli sekali terus. sebab biasanya nasi putih tu sekali beli RM1 je kan? ha! korang sumbat sampai tahap takleh nak bungkus(lunch+dinner). lauk pun beli sekali je. serious jimat. RM6 untuk sehari makan tu murah la kan.
  • naik bas free a.k.a bas uitm. muahaha takpe penuh pun. janji free and korang dengan duit sampai dengan selamat. kalau u lain yang takde bas free tu jalan kaki je la. exercise.
  • kalau ada gap antara kelas dalam 1 jam - 5 jam tu tak payah balik. cari surau, baca quran. pahala dapat, duit pun selamat. pergi library pun boleh. 5 jam tu kedengaran melampau kan? haha untuk orang yang betul-betul nak jimat and yang tak apply ptptipu tak rasa macam lama pun. 
  • tak payah pakai berukband. walaupun wifi ni LAJU, korang sabar je. sabar tu kan separuh daripada iman. 
  • ni yang paling penting sekali! kat uitm ni banyak betul kiosk yang jual baju and pape je la. perempuan kalau dah masuk kiosk ni, nampak jensen ackles lalu kat sebelah pun buat dono je. kalau pergi kat kiosk macam ni, sila la bawak teman yang agak-agak tengok muka dia je korang ingat mati. kau nak beli je dia boleh physco kau sampai aku tak jadi nak beli. aku rasa bangga kalau dapat keluar dengan selamat bersama duit tersayang dari kiosk ni. 

ok tu je untuk hari ni. nak tidur. pagi tadi aku minum kopi o pekat pun still mengantuk lagi. memang takde apa yang dapat atasi mengantuk aku. bye peeps. 


thankz people!



3 awesome people:

dzafira said...

Perrrrggghhh... Perrrrggghhh.. Penjimatan berganda2 ! hahaha

wanderer said...

woit,ni jimat btol nih..hahahak
pasal minah yg overeacting tuh,ko laser je dye..bia dye menangis sampai xnak pegi kelas dah...muahahahak

cik qusha said...

dzaf: haha ddk sini baru rasa duit tu ada nilai. T_T

ijue: haha aku xapply ptptpu. tu kne jimat over2 ckit. haha aku kalau xde ko mmg mcm xreti nk laser2 org ni. haha

Post a Comment

 

SHAQJAJA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review