Monday, September 12, 2011

UiTM di hati sesiapa

story written by shaqjaja at 6:24 PM
assalamualaikum

lama siak tak online. sekarang pakai wifi uitm. untungla ada wifi kat uitm. haha
nak cerita sikit pasal orientasi uitm di hati ku ni. nasib baik la dapat fasi yang baik. aku tengok kolej lain fasi semua garang nak mampos. fasi kita orang lepak je. tak de marah-marah. tapi lepak-lepak pun macam kem tentera jugak. T_T
sekali sehari aku mandi. bukan apa. nak jimat air. kahkahkah tidur je dengan badan bau macam bangkai. 

hari ni dah boleh masuk kelas. fakulti aku depan kolej. mula-mula dah bangga dah. rupanya kos aku punya kelas kat menara. kena naik bas pulak. baru plan nak pergi lambat-lambat. siot je. tadi aku rasa dah jalan 100 km cari kelas. ada kata kat sini. ada kata kat sana. masalahnya kalau 'sini' dan 'sana' tu dekat takpe. ni macam hujung dunia je. penat tak yah cakap la. ada gap kejap tu boleh pulak aku pergi kolej delima untuk daftar koko. lepas tu naik bas balik semula kat menara. SUMPAH PENAT. tadi masuk kelas lambat sikit. nasib baik lec sporting. hilang semua penat. 

hari rabu kelas sampai pukul 10.30 MALAM. TERBAIK!!!!!
kalau tak dapat skor memang aku dah jumpa menara mana nak terjun. haha

tu je. nanti aku nak membebel lagi pasal uitm ni. hohoho

2 awesome people:

dzafira said...

Aku dapat bayangkan.. huahahaha..

cik qusha said...

hahaha mcm apa je kn. xpe. dugaan 4flat ni.

Post a Comment

 

SHAQJAJA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review